Pilihlah mana satu ? Semua macho dan mantop ! Hehehe ..
Pilihlah mana satu ? Semua macho dan mantop ! Hehehe ..
Sapa sangka kan ? Dalam dunia maya ni , macam macam orang kita tak kenal , boleh jadi kawan dan lawan . Ada yang kawan, mmg boleh bawak sampai ke mati perhubungan tu . Ada juga hari kawan esok jadi lawan hasil ketidakpuashatian terhadap entah apa pon tak tau laa ..
Malam ni , sekali lagi persidangan rakan maya dibuat oleh aku bersama beberapa lagi rakan maya seperti blogger dan kawan FB yang tinggal berhampiran aku yakni di Putrajaya.
Kesannya , banyak yang aku tak tau dan mereka tak tau , dah tau .. Menariknya ada yang tergaru kepala setelah mengetahui identiti memasing .. Hahahah ..
Sapa sebenarnya kita tak kisah la.. Asalkan bukan pesalah undang undang dah la.. Yang penting keikhlasan bila berkawan tu perlu ada .. Mana tau , hari ni hari kita .. esok hari dia lak .. kan ?
Dan ada benarnya kata salah seorang kawan tu , masa depan anak kita kian terancam … Kenapa ? Haih .. panjang ceritanya .. Yelah , kita pon dah leh nampak sebenarnya .. Cuma terkabur dek kerana tidak mahu percaya jer ..
Patutlah orang perempuan sukaa .. Aku pada asalnya nak je buat yang simen tu jer .. Yang macam kat rumah aku yang aku duduk skang ni .
Maaf la yer . Bukan nak riak atau bangga diri. Aku tau korang punya jauh lebih cantik dari dapur aku ni tapi ini sekadar log untuk blog aku andai aku nak cari balik info berkenaan kabinet dapur seperti bila siap dan sebagainya.
Berapa harga , aku rasa tak mahal mana pun. Confirm korang boleh buat punya jika nak buat .. Nak buat sampai berpuluh ribu tu , tak mampu la aku .. Ala kadar asalkan wife suka .. Aku okeh jer …
Yang penting bahagia dan masak sendiri .. hehehe .. kan kan ? Hari ni , penutup untuk segalanya renovation … InsyaAllah ..
Memalukan .. Rasulullah s.a.w dan para sahabat dah tunjuk contoh. Kenapa ada yang tak nak ikut ? Kalau ada yang nak ikut pun , masih ada yang berhati busuk untuk menidakkannya !
Di Uruguay , Presiden Jose Mujica, mendapat gelaran unik iaitu Presiden Termiskin apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu !!
Menurut sebuah akhbar , dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri !
Katanya gajinya itu mencukupi untuk dia dan keluarga dia saja. Apakah dia dan keluarganya tinggal di rumah mewah ? Jawapannya , pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo dan memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.
Fakta : Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan dan presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah.
Amacam ? Ada tak calon calon PRU untuk diundi macam mereka ni ? Kalau ada , aku nak kempen untuk mereka .. bleh ?
Sumber berita , Hmetro Online.
Perghhh .. Terbaik laa animasi dia.. Dan mmg skang negara kita pon dah leh buat gitu cuma idea lom lagi ‘segila’ tu tapi aku yakin kita boleh capai begitu cuma nanti ada yang kritik kaw kaw kata mengarut ! Heheh ..
Berbanding denga RESIDENT EVIL : RETRIBUTION , aku rasa Damnation ni lebih menarik lagi cuma yang ni takde watak ALICE tetapi ada watak ADA WONG
Kira tak nyesal gak la download.. Heheh .. menda free .. amik jer selagi ada .. kang dah blocked , kena beli dvd dia ..
Mengisahkan apa ? Haa .. tu kena tengok sendiri laa baru layan .. Kang kalau aku nak cerita , aku cerita je ending dia camana.. baru potong stim nak layan kan ? Hehehe ..
Best ? Menarik untuk didownload.. hehehe … Er , link ? Cer tengok kat TEAMHANNA .. hehe ..
Wawawa .. Tak sangka eh ? Hehehhe .. Baru beberapa bulan je buat blog dah meletup giler giler giler aihh .. Semalam , salah satu entrinya telah mendapat tempat di HarakahDaily. Page utama woo.. Sapa sangka kan ? Rezeki dari Allah bila kita rajin menelaah dan membaca.
Ok .. blog mana neh yang aku katakan ? Blogger ni berkali dah aku jumpa. Orangnya masih single walaupun ramai nak tackle namun seringkali di komen oleh anonymous mengatakan blogger ni gay .. Hahahhaha .. Sian.. Teringat kisah aku memula dulu ..
Tak silap aku , pernah gak dia hampir putus asa nak berblogging ( bukan main blog yer ) sbb dek mereka yang hanya bijak mengeji tetapi berkat sokongan rakan rakan , dia kembali bersemangat ! Muhahaha ..
Siapakah blogger yang aku maksudkan ni ? Haaa.. nak tau ? nak tau ? Hehehe .. Biarlah rahsia eh ? Esok esok je aku la aku bagitau eh ? Hehehe ..
Yer laaa .. jom ke blognya .. Klik SINI utk ke blognya ..
Alhamdulillah .. kitchen cabinet yang diidamkan , dah terpamer indah di dapur rumah baru aku. Maaf la yer.. Bukan nak berlagak ke apa tapi saja nak update dalam blog sebab secara tak langsung , ianya menjadi log aktiviti aku . Gambar , esok aku letak eh .. hehe ..
Selepas selesai ‘tugas’ di rumah baru , aku dan keluarga aku g jalan jalan cari makan .. Er , tak jalan pon sebab dah tau nak g mana .. Seperti dah kena magnet , aku berenti di restoran Ummiza Cafe .Suka kat situ sebab murah dan kemas ..
Restoran ni baru je seminggu beroperasi. Dan dalam seminggu , pelbagai komen dan kritikan telah diterima. Itulah yang wife aku bagitau setelah berborak dengan tuan punya restoran tu .. Hehehe..
Menurutnya , dia dan makcik dia telah terima kritikan hingga makciknya merajuk nak datang .. Dalam bahasa pasarnya , kena maki dengan pelanggan. Punca ? Makanan lambat sampai ..
Alahaiii.. rileks laa.. Baru je seminggu operasi dan semua pekerja nampak baru sangat dalam bidang ni. Bagi la peluang skit kat mereka untuk perbaiki .. Nak cepat cepat , g makan kat hotel ! Bayar mahal skit laa .. Confirm order , lagi seminit sampai .. Kononnnn .. huhu ..
Menurut akak tu lagi , sasaran mereka sebenar adalah pelajar pelajar kolej dan universiti di kawasan situ tapi tak sangka lak menerima banyak pelanggan .. Tu yang jadi kelam kabut sedikit.
Dan mereka sedang perbaiki mutu perkhidmatan .. Sabar la .. Nak cepat cepat , jgn makan kat luar.. Masak je sendiri .. Kan kan ? Takde sapa nak marah ..
Haahaha.. Tu diaaa .. Lelaki ke perempuan yang komen gini ? Ada sorang kawan aku , dia cerita dalam blog dia pasal aktiviti dia g berjalan sana sini .. Kena kutuk .. hahahah ..
Aku buat entri segmen , ada yang tak puashati. Aku buat entri gym , kata aku gay ! Weh .. tak suka , jangan la baca ! G la baca blog blog politik yang confirm leh maki hamun di ruangan politik tu . Atau tak nak baca pun , g bukak TV9 . Layan kartun .. Yang mai masuk sapa suruh ??
Buat makluman , ini blog peribadi. Perkembangan yang aku tulis ni berlaku pada diri aku dan persekitaran .. Tak suka ? Ada aku kisah ? Selagi aku tak ciplak mana mana entri .. Selagi aku tak maki hamun dalam ini entri .. Selagi aku tak langgar mana mana undang undang , selagi tu aku tulis apa yang aku nak .. Dengki ? Istighfar banyak banyak .. Confirm Islam kan ?
Pelik spesis manusia gini .. G la layan tv tu haaa.. Busuk benar hati tu aihh ..
Maaf .. komen begini aku tak approve sbb nanti ada yang balas membalas tembakan. Aku tak nak tanggung dosa . Aku buat entri ni untuk kesedaran semua .. Bersihkan hati kita ..
Ahaaa.. berdua je kali ni dalam kereta . Ni kali pertama laaa aku ngan Qhaliff dalam kereta .. Nampaknya macam ok je dia.. Takde masalah macam mula mula dulu .. Malah siap pandang sana sini lagi .. heheh ..
Oh , sebelum ada yang komen .. Qhaliff mengadap ke belakang dan bukannya depan cermin utama .. Kira membelakangkan laa .. ok ?
Berkenaan dengan job Qhaliff untuk iklan tu .. dah dibincangkan dengan wife .. Hurmmm … Rasanya .. rasanya .. Rasanya..
Hurmm..
Alhamdulillah .. Tak batuk n selsema dah dia .. Nasib baik aku jaga dia sendiri. Kalau antar taska , mesti jap ok jap tidak … Banyak gitu .. maklumlah , jangkit berjangkit..
Syukur pada Allah. Risau tu, confirm la ada kan . Maklumlah , baby.. Kena bagi perhatian lebih . Hurmm .. Mana mana parents akan seperti aku ..
Bila dah sihat , lega betul hati aku. Tak dgr dah dia batuk kecuali sesekali .. Tu pun batuk gatal .. hehe..
Baru dapat satu email .. Qhaliff terpilih utk photo shooting bg iklan sebuah bank terkemuka. Tak tau nak terima ke tak .. kena bincang ngan mem besar .. huhu ..
Lama tak layan filem Korea .. Dulu rajin gak la sewaktu awal awal kawin .. Maklumlah , tak keluar rumah .. Hahaha.. Skang susah dah nak layan sbb sibuk sangat ( konon.. huhu )
Bertajuk ONCE UPON A TIME IN HIGH SCHOOL ni aku download di salah satu laman web download yg popular. Macam macam ada kat situ .. hehe ..
Best ke ? Disebabkan ada aksi yg simple dan ehem.. cinta , aku tonton sampai abis laaa ..
Nangis ? Tak la.. sedih jer .. maklumlah cinta setengah jalan .. huhu.. Teringat dulu dulu punya kisah.. Cinta ngan Julia Rais .. eceh.. hahaha ..
Ok la filem ni.. Lama dah kan ? Tahun 2004.. aku selalu terlambat .. hehehe.. Sekadar hiburan , ok la kot ..
Heheh .. Dalam diam , anak mengajar ibu bapanya .
“ Kot yer nak kasi anak tidur pun , mandikan .. Pakai pakaian bersih bersrih pastu kasi makan .. Baru la dodoi.. Tidur pun nyenyak .Siap mimpi lagi .. kan kan ? “
Aku mandikan dia .. Pastu bagi kurma skit .. Baru bagi susu .. Hehe.. Dapat susu botol ke dua .. mata pun kuyu..
“ Cepat laaa tidur Qhaliff .. daddy sakit perut nih !! “
Kena pasti kan dia tidur lena , baru g tunaikan hajat .. Kalau tak , mmg kes naya ! Hahaha ..
Hehe .. Lewat bangun walaupun awal pagi dah bangun pastu sambung balik. Ni gara gara layan filem korea semalam laa .. Ceritanya , best gak la.. Cam biasa , elemen cinta wajib ada .. Dan heroinnya confirm la cun kan sbb dah .. dah .. er .. korang tau la jawapannya ..
Tidur dalam kul 3 lebih .. Hampir kul 4 .. Kul 6 bangun … sambung balik pastu .. Selagi Qhaliff tak cakar muka aku , sekali tu aku dengkur sebelah dia .. Apa ?? Abang ben dengkur ? Normal la tu kan.. hahaha ..
Kul 8 lebih jaga sbb Qhaliff dah menjeling kat aku . Sebelum budak ni terpusing pusing , aku pun celikkan bijik mata seluas alam walaupun mulut dok menganga harap satu keajaiban berlaku yakni Qhaliff tetiba mengantuk !
Dan skang kul 10 pagi .. Qhaliff dok menjerit ajak main ! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…. Nak mandikan dia pastu menyusu.. Eh , kasi susu .. Pastu baru leh update pasal filem korea yang aku tengok tu ..hehe..
Memandang wajah si kecil ini ..
Lena dibahu ibu ..
Hanya mengerti menangis ..
Hanya tahu ketawa ..
Selainnya , dia tidak mengerti apa apa…
Memandang wajah si kecil ini ..
Hati aku sayu ..
Apakah itu juga perasaan ayah aku satu tika dulu ?
Begitukah kasihnya ibu pada aku dulu ?
Ya ALLAH ..
Aku tak bisa membayar segala keringat mereka untuk ku selama ini ..
Hanya padaMu aku memohon ..
KAU lindungilah mereka di dunia ini dan di akhirat kelak ..
KAU ampunilah segala dosa dosa mereka , Ya ALLAH ..
Sesungguhnya aku mengerti betapa kasihnya seorang ayah pada anaknya ..
Sesungguhnya , aku sangat menyesali segala tingkah laku aku pada mereka , satu tika dulu ..
Huhuhu .. Macam jatuh cinta kat daddy je .. hahaha .. Cinta seorang anak pada ayahnya kan ? Nanti dah besar , jangan lwn cakap daddy dan ibu yer .. Tak baik .. Kalau rasa rasa nak lawan , baca blog ni sejak Qhaliff mula lahir eh ..
Semoga Allah ampuni dosa dosa kedua ibu bapa kita .. Dan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi ..