Awal dia bangun ari ni .. Er , hari hari lain pun awal cuma kali hari ni sejarah sikit sbb dia tidur sebelah aku atas tilam. Kalau tak awal pagi mesti mak dia letakkan dia dalam rocker dia tu haa pastu aku pun dok la membuaikan dia hingga kul 10 pagi ..
Tapi hari ni setelah semalaman tengok mak dia dan dia saling berebut tempat dan aku cuma di hujung katil saja kerana risaukan himpap Qhaliff ..
Yelah , tau tau dia kat sebelah aku .. Macam pagi ni laaa … Sedar-sedar dok pukul kaki aku sambil ,
“Daaa daaa daaaa daaaaaaaa … “
Tapi bagusnya tak la merayau mana mana .. Kat sebelah aku jer .. Huhuh.. Tak leh jadi gini ni … Kalau ada boleh merangkak atau berjalan nanti ? Huhuhu …
Tapi yang buat aku peliknya .. Dia tidur malam , tidur mati haaa.. Aku cium pp dia yang dah macam muka Mickey Mouse time tidur tu haaa .. Tersembul pp dia membulat cam mangga epal dalam mulut dia , pun tak sedar ! Kalau tidur siang , usik kaki pun dah jaga !! Huh..
Maaf la ye .. aku tak pernah tengok perkembangan bayi dan ini sangat mengujakan aku.. Macam orang tua dah diaa .. huhuu..