“ Abang Ben , kawan saya kat opis kan , hari hari bukak blog abang ben baca kisah Qhaliff .. Kisah Qhaliff je la .. “
Amboiiiiiiiiiiiiiii .. kejam betul laaa.. Tapi tak pe.. Kisah dia ke , kisah aku ke.. sama je .. Sebab aku yang bercerita , kan ? Hehehe ..
Tapi yang penting , tujuan aku berblog selama ini dah menjadi kenyataan .. Kenapa ? Aku sering terfikir bagaimanakah aku nak pembaca blog ni setiap pagi akan singgah baca blog aku ! Wajib singgah gitu !! Haaa .. hehehe ..
Kalau lihat dari carta trafik pembaca , seawal 7 pagi dah ramai masuk membaca .. Bak kata kawan tadi tu la , kawan opis dia pasti singgah sebelum mulakan kerja ..
Sebenarnya , trafik boleh je dilipatganda dengan entri entri hiburan atau panas , tapi aku jarang buat begitu kerana tiada kepuasan .. Skang ni , aku terasa best sbb ada pembaca setia walaupun sekadar silent reader ..
Bukan bangga , terharu sebenarnya . Dan pada masa yang sama segala impian aku tercapai .. Ini bermakna , apa yang aku rancang memang menjadi kenyataan atas usaha serta sokongan rakan rakan . Dan paling menarik ialah bila dapat email macam ni .. Dan banyak lagi macam ni ..
Sapa kata blog blog yang punya rekabentuk menarik saja yang menerima tawaran sebegini ? Aku dah buktikan berkali kali , blog cikai cam aku ni pon mampu menjadi perhatian jika kita benar benar komited .. Haaa ..
Apa pun , semua ni takkan terjadi tanpa sokongan dari korang semua ! Terima kasih .. Hanya ALLAH saja dapat membalas kebaikan korang ..