Hurmm .. Tamo dah tidur banyak pasni ! Masa untuk kita BERMAIN .. Hehe .. Bukan main kosong tapi untuk meransang otak Qhaliff .. Hehe.. Otak bapak dia dah terlebih diransang.. huhu ..
Ada dua blog yang aku baru jumpa dan ianya menarik sekali untuk aku kongsikan bersama rakan rakan yang punya baby dan untuk aku rujuk bagi membantu pembesaran Qhaliff..
Yang pertama , buat mereka yang punya bayi seusia bawah 3 bulan , kena buat macam ni ..
1. Usap, Peluk & Cium Bayi
2. Menyusu
3. Berbual-bual
4. Menggantung Mobile
5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih
6. Bernyanyi & Menari
7. Senaman Otak
Jika dah berusia 3-6 bulan lak ..
- Menggantung Mobile Berwarna Terang
- Menggenggam Pelbagai Objek
Kalau nak baca dengan lebih lanjut , g ke blognya di SINI
Sebenarnya ada yang tertera di blog tu aku buat secara tak sengaja atau mungkin aku tak ingat sbb banyak sangat aku baca dan lakukan dengan tanpa disedari dan alhamdulillah , Qhaliff skang suka sangat pandang sana sini kemudian cuba mengapainya termasuk juga suka tengok muka sendiri kat cermin lalu lemparkan senyuman pada aku .. hehe .. Cute sangat ..
Ada satu lagi blog yang mana penulisnya mmg dah cukup berpengalaman la .. hehe .. Dan sangat menarik maklumatnya .. Nik Eliani Nik Nawi , dalam blognya yang bertajuk Ajar Anak Membaca Awal byk berkongsi cara cara nak mendidik anak kecil seusia 12 bulan .
Wow .. Bila baca blog blog begini , ternyata bukan mudah untuk membesarkan bayi. Bukan sekadar jaga keselamatannya , makannya , pakainya tetapi meransang otaknya. Tapi sebenarnya aku teror bab tu .. Hahahah .. Sebab tu aku tiap petang aku bawak dia keluar ke taman. Sentuh daun .. Rumput .. Menghirup udara segar malah bagi dia menikmati bunyi bising kenderaan .. Supaya tak jakun la nanti.. Hahaha ..
Banyak lagi nak kena belajar ni .. huhu.. Sian kat ibu ibu yang bekerja tu kan ? Malam dh penat .. nak ajar anak.. nak siapkan makan lagi untuk keluarga.. Hurmm..