Selepas terdengar Que Achmad kata dia berminat dengan Nissan Almera Impul yang baru je keluar dalam bulan lepas tu , aku g tengok kat showroom untuk mengetahui apa yang menyebabkan dia berminat benar terhadap kereta tu hingga ada plan nak tukar ke kereta tu ..
Semalam , selepas makan di restoran Nasi Ulam Aida , aku g tengok … Sambil dukung tu , aku dilayan oleh seorang staff berbangsa melayu kat situ.
Cara layanan dia macam aku ni sengkek sangat. Tak beria sungguh . Maklumlah , gaya aku pun gaya orang miskin. Memang pon kan ? Hehehe ..
Dalam aku dok tanya dia , tetiba ada sorang laki berdiri berhampiran dia .. dia terus menegur dan bersalaman orang tu tanpa pedulik dah kat aku .. Hahaha .. Aku terus blah dari situ.
Lepas wife abis makan , dia ajak g tengok . Memang kitorang plan nak tukar kereta tapi bukan dalam masa terdekat ni laa .. Nak settle hal rumah dulu ..
Bila kitorang sampai semula kat showroom tu, kitorang dilayan oleh staff berbangsa cina. Dia layan bersungguh-sungguh hingga kitorang nyaris tergoda gak laaa .. Nasib baik aku sakit perut .. Kalau tak , dah nak test drive dan plan nak tukar terus ! Hahaha.. giler ..
Tapi kensel .. Sabtu ni baru nak test drive. Bila aku tanya pendapat Que Achmad , dia kata jangan beli lagi. Tunggu tahun depan .. Rugi tahun katanya .. Betul gak ..
Dan semalam, aku tanya pendapat KakiSembang lak .. Dia suruh try Toyota lak .. huhu ..
Beli beca je la ..