“ Betul bang .. Saya sendiri pon menyesal tapi apa nak buat.. Skang ni pun dah umur 35 .. “.
Yup .. berbual soal kawin . Aku sekarang umur 37 dan punyai anak berusia 9 bulan. Lagi 6 tahun , dia akan bersekolah dan aku dah berumur 43 !! Perghhh.. Gi daftar anak dengan usia gitu .. Anak masuk U , aku bertongkat dah ! Heheheh ..
Perbualan diteruskan dengan soalan soalan yang lebih peribadi. Kenapa dan mengapa ? Perbelanjaan dan perkahwinan campur. Teman bual aku tu , berbangsa india yang sangat mengenali masyarakat Melayu kerana dah berada dalam masyarakat melayu sejak kecil lagi. Malah katanya , dulu kerap ikut cara orang Islam seperti bangun awal subuh , berbuka puasa sama sama .. Selebihnya tak sempat nak interview sbb balik gi amik Qhaliff ..
Kesilapan yang dia akui ialah tidak menabung dan membuat aset seperti membeli rumah terlebih dahulu memandangkan dia bekerja dengan bank .. Amat mudah untuk membuat pinjaman andai nak beli rumah.
Disebabkan ikut darah muda yang inginkan keseronokkkan , semua itu tidak diendahkan. Dan aku tidak nafikan kerana aku sendiri macam tu. Bila dah cecah 30 an , baru nampak semua tu ..
Terlewat ? Masih belum terlewat cuma agak terkejar kejar .. hehehe .. Korang yg masih muda , amik pengajaran kehidupan rakan rakan yang ada disekeliling .. Buka mata dan nilai .. Jangan nampak yang buruk saja .. Amik dan jadikan pengajaran ..