Malas dah nak main badminton ni. Last main , masa zaman persekolahan . Selepas gagal menempatkan diri dalam pasukan negara bagi kempen Piala Thomas setelah gagal tipis pada Rashid Sidek ketika tu , aku terus gantung raket aku !
Hurm.. nampaknya ianya kembali menghantui aku setelah aku turun ke gelanggan baru baru ni di Komplek Sukan Nilai .. Best woo situ ! Gelanggang gile banyak . Pastu guna getah hijau tu. Teringat kembali saat saat aku bergelar juara flat bawah 7 tahun. Perghh.. Tak sangka juara ! Tu pun sbb lawan aku tarik diri .. Dia sunat malam sebelum tu !
Hurm.. semakin bergiat aktif rakan rakan blogger aku ni .. Hari ni badminton , pasni paintball lak .. Perghhh ..
Selain main dengan kengkawan blogger ni , aku layan gak ngan jiran jiran taman perumahan aku ..
Terasa muda balik .. heee ..