Haihh.. pandai dahh lari keluar skang niii .. Daddy kena ikut jer pasni ! Takleh leka dah .. Bahayaaaaaaa..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Haihh.. pandai dahh lari keluar skang niii .. Daddy kena ikut jer pasni ! Takleh leka dah .. Bahayaaaaaaa..
Serius ! Aku dah ‘hang’ ! Nak kena tinggalkan segala gadget yang ada untuk beberapa hari dan menikmati dunia tanpa sebarang telekomunikasi !
Mampukah ? Mampukahh ?? Perghhh .. Boleh ! Apasal tak boleh kan ? Antara nak atau tidak jer .. Hurmm .. kan kan ? Hehehe .. Aku rasa aku boleh ..
Kenapakah sampai gitu sekali ? Aku keje non stop sejak beberapa bulan kebelakangan ini . Apa saja job masuk , aku terima ! Ada yang terpaksa aku tolak. Bukan aku tamak tapi dah memang keje aku dan itulah punca pendapatan aku.
Belum pun Disember tamat , jadual untuk Januari dah mula diisi .. Nampaknya , rezeki sbg blogger semakin ok .. Alhamdulillah .. Rezeki anak ..
Camana pon , aku perlukan cuti untuk aku ! Huhu.. Atau aku boleh jadi gile jap sbb stress.. huhu..
Hurmm.. bila kena ‘jaga’ budak gini , kesabaran perlu berada di tahap tertinggi .. kalau tak , ada yang makan penampar nanti .. kan ? Bukan mudah wooo ..
Dan terjadi satu insiden semalam .. menyebabkan aku cepat hilang pertimbangan dan .. hurmmm .. rasa menyesal sepanjang malam .. Cuba perbetulkan dengan memujuk dan berbuat baik pon tak memadai , bagi aku ! Salah dan silap aku yang cepat melenting ! Haihhhh …
Aku kena berubah dari segi tu. Kena tenang dan perlu pantas tangani masalah bila ianya berlaku !
Beberapa negeri dan bandar sedang dalam keadaan darurat .. Banjir sana sini ! Aku melihatnya di dalam FB .. pelbagai gambar ada .. Macam macam termasuklah gambar yang lawak .. Lawak ke ???
Bila berlakunya banjir , kerosakkan harta benda akan berlaku ! Yang jadi mangsa ni majoritinya bukanlah orang berada . Kalau orang berada sekali pon , pastinya akan alami kerugian yang boleh mengarukan kepala punya !
Janganlah kita dok sebarkan gambar gambar yang tak sepatutnya. Kesian mereka yang sedang bergelut dengan masalah gini .. Aku yang baru je selesaikan masalah air pun rasa lega sangat kerana tidak libatkan kos membaiki yang tinggi. Kalau tak ? Tergaru kepala gak.. Mana nak cekau duit !
Tu baru duit.. Belum lagi nyawa.. Yang terkorban kerana banjir ? Hurmmm .. Janganlah buat main main dengan isu ni. Prihatin la skit. Kalau terima gambar gambar yang kononnya lawakkkkk , tak yah la nak edar sama .. Biar jer mati di situ ..
Bayangkan kita antara mereka semua tu. camana ?
Biasa dok tengok kat Youtube tapi tak puashati la.. Sebab sekerat sekerat jer.. Hehehe .. Hari ni , berjaya juga memuaskan hati aku yang dah lama teringin nak tengok secara langsung depan mata , stand up comedian terbaik negara kita ! Hehehehe ..
Maka , berkumpulah para kenalan blogger di sana untuk sama sama merasai dan melepaskan tekanan seharian bekerja dengan bergelak ketawa mendengar serta menonton kreativiti 4 orang comedian yang terdiri dari Nabil , Harith Iskandar , Jambu dan Douglas Lim ..
Best ke ? Ke tak best ? Ok .. nak aku terus terang ke ? Aku bagitau la yer .. Jambu , dah biasa tengok .. Harith pon.. Nabil juga tapi aku teruja nak tengok Douglas Lim punya idea bagi membuatkan penonton yang majoriti berbangsa melayu ketawa .. Apakah dia mampu melakukannya , dengan menggunakan bahasa Melayu ???
Hurmmm .. aku bagi dia , 5/5 bintang malam semalam ! Douglas paling menyerlah diikuti Harith. Mereka telah menghidupkan malam aku yang mana sebelum itu aku cukup tensen dengan kesesakkan lalu lintas .. Huhuhu ..
Maka sekarang .. aku tau yang Douglas ni sememangnya layak digelar antara stand up comedian terbaik di negara kita ! Spontan , penuh idea dan original .. heeee ..
Ok , lain lain .. aku percaya mereka akan perbaiki agar setanding dengan Douglas .. kalau tak , mereka akan tenggelam lagi dengan tepukan gemuruh yang ditujukan kepada Douglas.. Heee.. Jujur nehh !
Haa.. bagi yang belum lagi berkesempatan nak gi menonton LAWAK KE DER yang sedang berlangsung di Istana Budaya bermula 4hb Disember dan akan tamat pada 8hb , silalah ajak kawan kawan atau famili bersantai ke Istana Negara .. Heee ..
Tiket ? Sila ke TICKET2U untuk membuat tempahan .. Baik buat tempahan . Takut tiket abisss .. heeee … Selamat skit kan kalau dah buat tempahan .. huuu ..
Best ! Best giler !! Best .. part ni Douglas pelik camana khinzir leh terlibat sama !
-iklan berbayar-
Sebelum korang baca , khusus untuk pembaca blog ini , CLINICELL akan memberikan sample percuma percuma kepada 15 orang terawal yang like fanpage dan inbox CLINICELL free sample !
Ok .. terus terang aku citer ni .. aku tak pernah dengar mengenai CLINICELL ni sehinggalah aku menulis mengenainya ! Haa .. Korang camana pulak ? Mungkin ada yang dah tau , dan ada yang tak tau . Buat yang tak tau .. jom baca .. Kot kot berminat nak guna atau nak menambah pendapatan !! Apa ?? Duit ?? Tau dah.. mesti nak baca punyaa ..
Mula-mula aku cite sedikit mengenai CLINICELL ni berdasarkan info yang aku ada ni.. Mungkin tak lengkap dan mereka yang lebih arif dari aku , sila berkongsi maklumat yer .. Hee.. Terima kasih ..
CLINICELL ni anti penuaan dan mengembalikan kecerahan wajah dengan mengunakan formula termaju yakni ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Ianya mengandungi :
Bertujuan menyegarkan serta mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kulit.
Haaa .. Mesti tertanya-tanya sapa yang formulasikan CLINICELL ni , kan ? Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM) yang bertanggungjawab menformulasikan CLINICELL ini !
Kajian yang di buat menunjukkan CLINICELL ini :
( sila rujuk website pengeluar AstaREAL P2AF Astaxanthin untuk keputusan ujian. ).
Ok .. soalan feveret ! Apakah punya kelulusan HALAL dari JAKIM ? Ya , ada .. Dan mesti nak tanya apakah khasiat produk ni kan ? Hehehe.. Tau daahhhhh ! Ok , antara khasiat produk ini ialah :
Menurut info , selain disahkan HALAL oleh JAKIM , kilang pembuat produk ini juga berstatus GMP. Menariknya , harga CLINICELL ini murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana kualiti yang setara dan 100% selamat dan tiada kesan sampingan !
Dikatakan CLINICELL ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana pengambilan secara oral ( makan/minum ) .
Cara penggunaannya ? Mudah jer .. hanya larutkan 1 paket di dalam air kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur. Senang je kan ? Dann .. ianya berperisa oren. Tak seperti rasa ubat pon .. Menurut info tu laa .. Heee..
CLINICELL disyorkan di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.
Amacam ? Ada yang teringin nak cuba ? Atau nak mengetahui dengan lebih lanjut ? Ok , bagi yang nak cuba bolehlah membuat pembelian secara online di www.clinicell.com.my dengan harga promosi untuk WM RM120 dan EM RM 130 sekotak. Pembelian secara pakej juga ada di sediakan. Shaker akan diberikan secara percuma. Penghantaran adalah percuma untuk WM dan EM .
Dannnn .. jika berminat untuk menjadi Rakan Niaga Clinicell bolehlah mendaftar di website www.clinicell.com.my ataupun menghubungi Hotline 03 – 41618199
Ahaaa .. Sebelum nak keluar dari blog ni , apa kata Follow Instagram Clinicell @clinicell4u dan juga Like Facebook Fanpage Clinicell www.facebook.com/clinicell.cosmeceutical .
Terima kasih kerana sudi membaca ..
Bukan kerana banjir tp kerana penuh dgn anak cucu mai tidur sini .. Semua dari Pulau Pinang .. Qhaliff , sama naik laaa dgn diorg .. Nak berlawan la jugak dgn abang abang tu haaa..
Pening jap aku .. kena jaga diorg sbb parents diorg kena gi hospital. Ada kes skit .. hurmm..
Hurmm .. perlu ke memaki hamun dalam internet terutama bila ada isu isu yang boleh diselesaikan dengan cara matang dan bijak ? Apa guna nak gaduh gaduh kan ?
Kes-kes plagiat , teramik gambar atau kes kes seumpamanya tanpa pengetahuan empunya pasti akan menimbulkan isu apatah lagi bila ada ‘tukang bakar ‘ atau penasihat yang nak kasi huru hara ini dunia yang penuh dengan macam macam perangai manusia ..
Tak perlu tarik perhatian pengguna internet dengan mengajak mereka sama sama menambah dosa dengan update di status FACEBOOK , atas apa jua alasan sekali pon ..
Kecualilaahhhhh .. kecualilaahhhhhh … orang yang ‘amik’ hak orang tu tak nak mengaku malah sengaja nak kasi kita panas hati lagi .. Haaa , tang ni .. barulahhhh .. barulah ??? Rileks dulu.. akal ada .. Apakah kita sama dengan mereka ? Guna akal dengan bijaksana ..
ALLAH ada ..
Nak main sama .. Boleh je tp dia ngantuk tuuu.. Time tdo dia nih .. Maka , kena bg dia tdo atau boleh mendatangkan kecederaan.. huhu..
Garang budak ni .. abis semua kena ‘pedang’ dengan dia ..
Perghhh .. perghhh .. Perghh .. Eh , silap .. Alhamdulillah ..Terima kasih kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri kita yang berjaya mengtranformasikan segala galanya. Patut negara kita tampak lebih bergaya dan cemerlang dibawah pentadbirannya .. Tahniah sekali lagi ..
Aku pelik la sekarang ni wooo .. Segalanya nak dijadikan isu ! Naik skit kecoh .. Naik sikit kecoh ! Kerajaan bagi macam macam dah ni. Siap dah listkan dan bagitau di dada dada akhbar , television , radio malah ada jugak yang dijadikan drama ! Takkan tak perasan kot ?
Macam aku ni .. Bila ayam naik harga , aku kurangkan makan ayam. Kalau teringin sangat nak makan , aku mintak la jiran aku buat ayam masak merah ke .. Aku gi la makan .. Bukankah itu salah satu perbelanjaan berhemah ? Bijak kan ? Janji perut kenyang..
Gula naik .. Aku tak beli gula tiap minggu. Tahun lepas punya gula pon tak abis lagi . Ada aku kisah ? Tak pon.. Sapa yang suka makan gula , naya la diaa ! Diabestis lagiii koo.. Sbb tu banyak semut mati akibat penyakit kencing manis ..
Ok .. Bila tarif elektrik naik , maka kita juga secara automatik kena berjimat lagi . Aku tak kisah semua ni ! Bukan susah pon nak berpanas setiap malam yang mana selama ni bila tidur , confirm pasang aircond. Kipas saja tak memadai untuk menghilangkan panas. Qhaliff berpeluh ? Tak pe.. asalkan sihat ..
Jadi , senang cakap .. Kita kena berjimat cermat. Lampu kena senantiasa ditutup bila tak guna. Lampu kat Putrajaya tu dipasang setiap malam , tu tak pe.. Asalkan nampak cantik .. pelancong gembira .. ok la kan ? Negara dapat nama kan ..
Dalam erti kata lain.. kesimpulannya , segalanya telah terjadi. Terima je la kan ? Apa yang boleh kita buat ? Berdoa untuk kesejahteraan negara kita ..
Nampaknya aku kena cari bisnis lain untuk tampung kehidupan aku sekeluarga lepas ni. Ingatkan pendapatan sekarang dah cukup.. Rupanya tidak .. hehehe .. Hidup untuk bayar hutang rupanya ..
Wife ajak tidur .. Dia lari masuk bilik atok dia . Nak tidur ngan atok ! Boleh gitu ? Hahahah .. Baru 4 hari kat sini .. Sebulan ? Perghhh .. Ni sekarang pon dah lasak main ngan sepupu2 dia .. Huh !
Susah dah nak lari .. Aku nk bwk , confirm tak jadi keje punya. Bukan nak lepak tp nak cari duit utk beli susu anak .. heeee ...
-iklan-
Tanyalah mana-mana ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Selalunya mesti kata begini , “ Cukuplah anak sorang ni, sakitnya bersalin..rasa macam nak putus nyawa”. Tapi bila bayi dah makin membesar..kerinduan untuk MENIMANG CAHAYA MATA seterusnya mula datang kembali ! Dan sudah tentu mereka MERANCANG UNTUK HAMIL lagi.
TAPI....apabila teringat semula pengalaman ‘sakit ketika menjalani tempoh berpantang...ada yang berfikir 2 kali untuk hamil buat kali ke-2 kerana banyak ‘kesakitan’ yang ibu-ibu perlu tanggung.
PENGALAMAN SAYA berpantang dengan SET PANTANG SHAKLEE memberikan pengalaman berpantang yang sangat berbeza, jauh lebih baik dari berpantang anak pertama. Ikuti PENGALAMAN SAYA SENDIRI.
Jom kita lihat TESTIMONI-TESTIMONI TERBAIK SET BERPANTANG SHAKLEE.
Anda pasti teruja.!!
Untuk INFO LANJUT tentang produk shaklee. Klik SINI.
Murni [ 019-3190733]
Sapa ??? Sapaaa ?? Aku laaa !! Apa kes ? Sampai hati ke ‘wife kamu’ nak buat begitu ? Hahahaa.. Bertubi tubi soalan kan ? Kenapa jadi gitu ? Jawapannya ialah ?
Gini .. Sebelum aku keluar antar dia gi kerja , ada la dia cakap semasa dalam bilik tidur tu.. Sewaktu bersiap laa.. Aku lak cakap yang tekak aku sakit .. Dia jawab , camana tak sakit.. berdengkur serupa ekzos pecah jer .. Aku kata laa.. Penatt .. seharian selesaikan urusan dunia .. Kalau bukan suami buat , takkan nak suruh jiran sebelah buatkan , kannn ?
Pastu dia cakap la yang aku ni sempatt ngingau sebut nama penuh dia ! Aku sengih je la.. Nasib baik laa nama penuh dia.. Kalau nama awek atau pelakon sinetron negara jiran , camna ? Dia jawab.. pertumpahan darah la jawabnya ! Hahaha ..
Nasib baik la kan ? Hahahaha .. Pergh.. Kot la tersebut nama awek blogger ke .. Tak pasal pasal berperang seharian dan terpaksa tutup blog dan aku keje jadi guard kat ERL .. huuu …
Bila jalan jalan kat shopping complex , antara perkara yang orang perempuan suka buat ialah membuat perbandingan harga sesuatu barang atau pakaian kan...?
Biasanya harga untuk sehelai skirt mesti lebih lima puluh hengget..
terutamanya untuk skirt yang plus size...
kalau yang cantik cantik tu kadang cecah seratus hengget sehelai...kan?
Ha... kenapa skirt tu mahal-mahal..?
Antara salah satu sebab tokey tu nak cover sewa kedai..
kos pekerja.. kan? Memang jauh berbeza dengan beli online..
Boleh dapat skirt yang sama dengan harga berkali kali murah..
Cuba jalan jalan kat alamanda..
tengok harga skirt tu.... phewwww...
Kalau yang mampu tu boleh la sambar je kan.. Kalau yang jenis bajet bajet , bagaimanakah..? Haaa.....nih ada penyelesaian ! Apa kata beli online..? Kalau beli sehelai skirt baru 50 hengget je termasuk pos..
Dan sekarang tengah sale.. Saper saper beli 3 helai skirt otomotik harga seratus hengget je.. Jimat banyak..! Kalau rasa nak untung lebih.. Beli lah share share....!
Cepat la... Musim kenduri kendara nih..
syok gak melaram kan..
Meh la terjah sini : https://www.facebook.com/bachonlineshop
Nak lebih senang klik sini : https://www.facebook.com/bachonlineshop/photos_albums