Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..
Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..
Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..
Bila aku ditawarkan menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze Challenge ni , aku teruja. Bukan sebab hadiahnya tetapi cabaran misteri yang menanti ! Hehehe .. Ok , tipu la tak teruja dengan hadiahnya kan ? Heheh.. Tapi hadiah tu , no 2 .. Penyertaan dan kesempatan berjumpa dengan rakan rakan blogger yang lain , tidak patut dilepaskan ! Satu peluang yang jarang diterima.
Ok .. Bertempat di Piazza , The Curve segalanya bermula.. Aku datang awal untuk mencari mood agar dapat bertanding dgn penuh semangat .. Huhu.. Semangat nak menang nehh ! Takde la.. Aku sekadar mencari pengalaman jer .. hehe..
Jam 9.30. Segalanya bermula. Aku disatukan dengan kenalan blogger yang dah lama aku kenal , Isaac Tan .. Dan dua blogger lagi , Vee dan Hilda. Cun dua dua ni .. Hahahha ..
Tidak lama kemudian , penerangan diberikan. Apa yang patut dilakukan .. Dan , semua peserta / blogger teruja .. Tak sabar nak buktikan mereka adalah blogger yang penuh bersemangat dan aktif ! Bukan sekadar semangat depan pc jer ! Huhuh..
Preetttt ! Task pertama .. Perghh.. Kena kuat mental dan pantas untuk yang pertama ni .. Tapi , untuk cabaran MAXIS 4G BLOGGERS CHALLANGE 2013 ni bukanlah untuk mencari sapa terpantas sebaliknya , menghabiskan kesemua cabaran dengan sempurna .. Haaa .. jangan tersilap !
Setiap kumpulan dikehendaki gunakan Samsung Galaxy S3 yang dibekalkan untuk mendapatkan kod QR pada belon yang berhampiran bagi memperolehi kunci kereta serta klue seterusnya.
Kumpulan aku yang diketuai Isaac Tan , berjaya dapat klue. Kedudukan ketika ini , kami di tempat ke 4 rasanya.. Lokasi , ke Mad Monkeyz ! Aku tak tau apa tempat ni .. heheh .
Wow ! Rock Climbing ! Suka benar aku sbb aku tak pernah cuba tetapi bagi aku , aku takde masalah sbb aku mmg gemar memanjat sejak kecil dulu .
Selesai task kedua , kami dapat klue untuk task seterusnya iaitu ke Sunway Lagoon. Kat sana , cabarannya agak mudah. Go Kart ! Mampu dilalui dengan tenang .. Hehehhe .. Selesai ! Dapat dihabiskan dengan jayanya .
Dapat task seterusnya .. Kembali ke tempat permulaan iaitu , The Curve.. Dan kumpulan aku adalah kumpulan pertama yg sampai !
Cabaran ni yang kumpulan aku silap. Maklumlah , takde pengalaman .. Kena makan tembikai ! Tu jer ! Jadi , kumpulan aku makan la dengan sopan santun walhal ada antara mereka gunakan pengalaman mereka , ‘makan’ dengan gelojohnya ! Huhuh ! Bijakkk ..
Dan , mereka itulah yang menjuarai Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013 ni ! Pasukan aku , tarak menang pon .. Huhuhuh.. Kiciwa gue ! Hahahha .. Takde la.. tak kisah pon .. Aku datang pon sbb ni mmg keje aku .. Menang kalah tu , adat pertandingan .. Cool l kan ? Heee …
Tujuan utama pertandingan ni adalah untuk membuktikan bahawa MAXIS 4G LTE sudah meliputi diseluruh kawasan Lembah Klang dan beroperasi dengan cemerlang !
Aku yang gunakan Waze sbg GPS mencari lokasi yang diberikan di setiap check point , mmg pantas jer. Takde sangkut sangkut ! Search pon laju ..
Akhir kata .. walaupun kumpulan aku tewas pertandingan ni , kami tetap bangga dapat lalui kesemua cabaran dengan cemerlang dan berpasukan ! Dan paling penting , kami dah merasai bagaimana MAXIS 4G LTE berfungsi dengan baiknya di setiap laluan kami !
Tahun depan nak masuk lagi ? Huhu.. Kalau dijemput , apa salahnya .. kan ?
Dulu , bunyi skit tv pon dah terjaga .. Skang ni , tidur dgn bunyian sistem home teater di depan mata , tetap lenaaaa .. Paksa la tidur ngan mak dia .. Tamo.. Bila aku letak depan tv , dengan botol susu .. 5 minit je , lenaaa ..
Pastu angkat masuk bilik .. Hurm.. bila tengok dia , rasa kasihan pulak. Rasanya aku ada plan untuk dia nanti .. Harapnya menjadi .. InshaAllah .. Masa untuk belajar ..
Aku paling tak suka , ke Damansara , Petaling Jaya mahupun Shah Alam ! Kenapa ? Sebab aku tak mahir langsung jalan jalan ke sana ! Gi la berkali kali .. tetap tak ingat punya !
Jumaat lepas , aku kena gi ke 1 FIRST AVENUE utk satu event. Aku kena ada kat sana selepas waktu solat Jumaat. Jalan pasti sesak punya time tu.. Aku pulak tak tau kat mana bangunan ni ..
Maka gunalah GPS .. Tak sempat nak google lokasi bangunan ni.. Dan , ikutlah aku.. Pusing kiri , kanan .. terus .. Masuk taman ni .. keluar taman ni .. Rupa rupanya ???? Sebelah Media Prima je ponnnn ! Huk alohhhhhh … Geram giler akuuu .. Arghhhh ..
Dan hari ni , aku kena gi Piazza , The Curve.. Alahai .. Suka benar la diorang buat event kat Damansara ni .. Aku tak suka okeh ! Aku duduk Sepang nii.. Jauh woooo .. Tapi kerana aku kerja dan punca rezeki buat masa ini adalah dari situ maka .. ikut jer laa.. Jangan banyak songeh !
Tapi kali ni , aku tidak akan tertipu ! Aku tau kat mana The Curve ni ! Haaaa .. Pastinya dekat juga dengan 1 First Avenue yang aku gi tempoh hari !
Event kata kul 8 pagi kena ada dah kat lokasi. Aku keluar rumah jam 7.15. Aku set pada GPS. Wowww !! Aku akan tiba jam 8.15 gitu ! Perghhh.. lambatttt !
Terus bergerak ke lokasi.. Zasss .. zasss .. Aku tamo ikut GPS ! Aku tau dah jalan ! Pandu ikut naluri .. Dan , tadaaaaa .. aku sampai 8.09 pagi ! Tu diaaaa .. Teror tuuuh !
Dan event , belum mula lagi.. 9.20 baru mula ! Huwaaaaaa .. Kalau ada perangkap laju , mau mau 4-5 gak la aku kutip ! Semangat nak menang punya pasal ! Huhhu …
Selesai 'kerja' hari ni .. lepas la nak byr hutang bulan depan .. Berderu balik rumah . Rindu kat si anak .. heee..
Sampai je rumah , terus disambut dek Qhaliff .. ajak meronda jap .. Haaha.. ok je laaa.. Anak punya pasal ..
-iklan-
Zaman sekarang nih semua orang nak beli sesuatu yang berkualiti dengan harga berpatutan kan?
Kalau jalan jalan kat shopping complex tu... sebagai perempuan memang tak sah kalau tak jengah dan belek belek harga pakaian..beg..kasut..akesesori..
Kadang kadang ada yang kita nih berkenan sangat tapi bila tengok harga.....Alahai... Letak balik. Over bajet.
Tak boleh nak salahkan peniaga sebab mereka nak bayar sewa kedai..gaji pekerja..bil elektrik , kan ? Sebab tu shopping online jadi pilihan ramai kaum wanita akhir akhir nih.
Selain sebab harga yang jauh lebih murah.. Ianya juga sangat menyenangkan..Mudah..hanya dengan pilih.. Tanya soalan pada penjual online.. Buat bayaran.. Tunggu je barang sampai..
Mudah..dan jimat masa,jimat kos petrol,jimat kos parking,jimat kos makan luar..kan?
Hihi.. Bulan lepas ada satu online shop baru.. Skirt labuh yang ada kat sana cantik cantik sangat...! Dah la sekarang tengah ada diskaun.. 3 helai skirt cuma rm100 je..! Lagi murah daripada beli kat luar..! Ada banyak pilihan....sampai rambang mata dibuatnya.. Dapat beli 3 helai..lepas tu mix and match dengan blouse..! Best kan..?
Ada tak yang korang berkenan..? Jom kita pilih sama sama..erk..
Jom..! Klik je kat SINI ye..
Tadaa… Siap dahhh !! Ari tu masa dapat , aku pening gak kepala camana nak pasang sistem home teater ni yang berjenama PIONEER ni !
Sebelum tu , aku cerita skit noo .. Aku kenal PIONEER ni sejak aku berusia 18 tahun .. Tu pon sbb abang aku beli set dan letak di rumah. Dia mmg giler layan movie guna sistem ni .. Dan aku terpengaruh dengan dia .. huhu ..
Dan sekarang , aku ada dah satu set ! Terima kasih PIONEER kerana menjadikan impian aku , satu kenyataan .. Huhuh.. Ok , sambung cerita .. Rupa rupanya tak sukar mana pon selagi kita ikut arahannya .
Segala masalah aku selesai bila aku beli 2 lagi kabel HDMI dan satukan pemain Blu Ray dan juga Astro ke receiver ! Dan hasilnya , terbaik !!!!! Sangat best ! Aku pasang kuat kuat pon , bunyinya tak pecah ! Memang best giler laaa..
Aku test memula dengan citer AVATAR .. PErghhhhh … memang sangat buat aku tak nak keluar rumah wooo ! Qhaliff yang takut dengan bunyi kuat pon berani lepak layan movie dengan aku ! Huhu ..
Ok , itu yang guna Blu Ray. Aku try guna Astro HD punya lak .. Layan Maharaja Lawak .. Dan rasa macam tengok live depan mata je sbb bunyi yang keluar tu , jelas dan terang berbanding sebelum ni ..
Mahal ke ? Aku rasa tak mahal mana pon .. Mampu milik je kalau benar benar korang kaki movie .. Sewaktu aku beli HDMI kabel ni kat satu kedai popular tu , mmg diorang pon syor PIONEER ..
Ok , aku nak sambung layan movie .. hahahaha … Terima kasih PIONEER ! Terbaekkk .. huhu ..
Siap tgk movie guna home teater.. skit pon dia tak terganggu !! Lena jer dia tidur .. huhu .. Tapi tetap kena angkat tidur dalam bilik gak sbb tak nak ajar dia tidur dpn tv ..
Ni pon sbb dia memberontak nak duduk dgn aku walhal dia dah ngantuk sangat .. hurmm ..
Dah lama aku tak tengok berita .. Lebih tepat lagi , tonton tv sbb aku tinggal kat umah mak aku , tv dikawal oleh .. hurmmm .. Sendiri mau ingat la kaannn .. Hehehe.. Tak kisah la.. Aku pun sibuk dengan keje aku gak … Tak sempat nak belek tv ..
Bila balik umah sendiri , dan dah pasang home teater yang cool giler ( nanti citer lain ) , baru nak layan tv balik . Dan malam ni , nak tahu perkembangan banjir di Pantai Timur..
Aku bukak la rangkaian yang dah cukup lama di Malaysia ni untuk tonton berita.. Tapi sayangnya , hampir 12 minit aku menunggu .. air setitik pun tak nampak ! Dok cerita pasal perhimpunan tu saja ! Lorrr ..
Aku terfikir , mana satu yang penting ni ? Di FB , ramai dok bercerita mengenai nasib nasib mangsa di sana.. Takde sapa nak cerita pasal perhimpunan tu pon !
Apa dah jadi ni ??? Kalau berlaku di luar negara , mungkin la kot tunggu segmen luar negara tapi ni dalam negara ! Apa yang berlaku , adalah lebih teruk dari yang dirasakan ..
Aku terfikir lagi .. negara kita ni antara negara yang banyak duit ! Bangunan baru .. Koridor sana sini .. tapi kenapa bab ni , masih perlu sumbangan rakyat ???
RM500 untuk mangsa banjir ? Hurmm.. Bersyukurlah ? Hurmm … Tak tau nak kata apa ! Aku bukan pro pembangkang atau cari silap kerajaan tapi kalau aku jadi mereka , aku batalkan saja perhimpunan atau tangguh ke lain masa dan beri tumpu sepenuhnya pada isu musibah yang melanda rakyat Malaysia ni ! Rakyat Malaysia yang memegang Mykad !
Dah layan ? Belum ? Hehehe .. Aku layan dah ! Ada orang kata , yang Lawak Ke Der 1 lagi best ! Tapi ada yang kata 2 lagi best ! Ok , bagi aku .. semua best ! Tapi yang ke 3 ni , ada dua muka baru iaitu Douglas Lim dan Jambu ! Ok , aku tengok dah ! Memang pecah perut la layan lawak diorang ni !!
Aku tonton baru baru ni Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya bersama rakan rakan blogger yang lain . Rugi laaa tak gi layan ! Ramai blogger kata mmg best yang ni terutama Douglas Lim. Tak caya ? Gi la tengok sendiri ! Hehehhe ..
Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 secara langsung di depan mata ! Takde edit edit punya .. Live okeh !
Khabarnya Lawak Ke Der 3 mendapat sambutan hangat ! Benarkah ? Hehehe.. Kalau aku sendiri terpaksa cari parking sewaktu datang ke Istana Budaya tempoh hari , pastinya ianya bukan sekadar khabar angin ! Ianya benar la tuuu .. kan ? Hee..
Ok ok .. cerita banyak tamooo .. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE . Terlebih dahulu , apa itu ESCAPE ? Buat pelanggan CELCOM pasti tau kan ? Hee.. ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi korang yang boleh korang bawa ke mana sahaja , di hujung jari korang je .. Dengan ESCAPE korang boleh menikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi … Paham dah ? Ke tak paham lagi ? Tak paham lagi , layari www.ESCnow.com sekarang .. cepat !
Ok .. apakah berita baik itu ? Kini korang boleh tonton Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31/12/2013 , selama 6 bulan. okeh !! Confirm puashati punya laaa .. kan kan ?
Selain dari menonton Lawak Ke Der , korang berpeluang juga memenangi hadiah yang ditawarkan oleh CELCOM menerusi Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang mana hadiahnya ialah wang tunai sebanyak RM5 ribu , setiap hari !!
Cara untuk menyertainya ???
Mudah je pon.. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari bagi menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Kemudian Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.
Paham ke tak ni ???? Macam takkk je.. Macam tak jerrr .. Hehehe .. Kalau tak faham , tak peeee .. Sila layari laman web ESCAPE sekarang jugak !! Hee… Jangan mara aa… Guwau jugaa .. Cepat la klik ..
ESCAPE ..Best ke tak ??
Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta) . Korang boleh pilih dan tonton mana mana sekali pun ..
Korang hanya membayar dan menonton filem kegemaran korang itu dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Haaa !! Berbaloi bukan ??
Kelebihan ESCAPE ialah • Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua .Masudnya ialah korang boleh menonton filem filem yang dipilih menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows).
Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.Korang juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
Sekali lagi… untuk maklumat lanjut layari www.ESCnow.com ,bila bila masa sahaja .. Takde paksaan punya .. Heee.. Guwau je yer .. Teringin nak jadi pelawak gak ni ! Hahah..
Selamat menonton !