Alhamdulillah .. misi melawat Penjara Kajang tercapai. Aku rasa sangat sangat bersyukur akan kebebasan yg aku miliki sekarang ini. Bila melihat banduan banduan yg berada di dlm sana , terasa seperti burung yg berada di dlm sangkar..
Aku ada beli sesuatu di dlm sana. Kain lap kaki buatan tangan.. Ada kawan blogger terdengar banduan wanita berkata ..
" Syukur ada org nak beli juga .. " ..
Hurm . Terus terang , barangan yg mereka buat mmg cantik cantik dan kelihatan sangat bermutu .. Aku rambang mata dalam tu jap. Nasib baik duit cukup cukup je bawak.. hahaha..
Apakah tujuan kami ( bloggers ) ke sana ?? Tu nanti aku cerita dgn lebih lanjut. Ni aku nak tanya laa .. Kalau korang ada satu syarikat dan memerlukan tenaga mahir seperti pegawai IT , apakah kamu sanggup menerima bekas banduan yg punya kelayakkan sebagai salah seorang kakitangan ?