Qhaliff dah sembuh.. Aku 90% tapi ibunya , belum donggg .. Kena gi klinik kerajaan utk amik mc ari ni..
Sementara tunggu , aku gi lepak minum milo ais .. Secawan RM2 koooo.. hahaha.. kurus daddy ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Qhaliff dah sembuh.. Aku 90% tapi ibunya , belum donggg .. Kena gi klinik kerajaan utk amik mc ari ni..
Sementara tunggu , aku gi lepak minum milo ais .. Secawan RM2 koooo.. hahaha.. kurus daddy ..
Wow ! Kalau bicara soal politik , dikatanya tidak matang ! Kalau bicara soal hiburan , baru matang ? Heeee … Eh ? Ni zaman bila punya pendapat ni ? Huhu.. Cuba cari berapa ramai budak boleh berbicara pasal politik tanpa kira dia pro mana sekali pon. Dengar apa yg cuba dia hujahkan ..
Itu lebih baik dari dok bersembang pasal artis Korea laaa.. artis Jepun laaa .. Atau pon artis Malaysia yang pakai mekap apa atau baju apa .. Eh , buang masa laaa.. Ops , sesekali .. ok laa.. Bukan tak leh .. Sebulan sekali , ok laa.. hahaha ..
Abis tu , bicara soal politik ni menjana minda la eh ? Gilo koo .. Nak bercerita pasal politik ni , kena ada fakta yang betul. Salah cerita , kena gelak atau kena maki kooo .. Jadi , kena la banyak membaca .. Secara tidak langsung , bila dia membaca , dia akan tahu banyak perkara terutamanya mengenai sejarah politik negara atau juga dunia ..
Tak kisah la dia nak sokong biru ke , hijau ke .. asalkan mampu berhujah dengan logik , sabar dan punya fakta , bagus.. Kalau tak , baik dia baca buku sekolah jer .. Jangan kacau orang aihh .. Hahahha ..
Sebab tu , jarang nak dengar budak sekolah sembang politik ni .. Tak ramai nak amik tau sbb mak ayah dok suap makan lagi. Tiap pagi , mintak duit gi sekolah .. Pastu belanja awek makan atau pakwe makan .. Haaa.. Dengar PAS nak perintah negara , takut abis sebab taknak Hudud ! Hahahahha .. Sbb tu kena amik tauuu … Jangan duk bawah tempurung ..
Jangan marah aa… Selamat bersekolah yer adik adik .. Belajar rajin rajin. Mana tau boleh jadi menteri tapi jangan jadi menteri berlagak dengan harta rakyat yer !
Maafkan daddy sayang .. Kena ikat perut kita tahun ni ..
Hahahah .. Takde laaa .. Dia kurus sbb dia aktif sangat dah skang ni.. Berkungfu dengan aku , setiap jam .. Melarikan diri setelah menjatuhkan barang lagi .. Haaa.. Maunya tak kurus ? Makan terlebih wokeh ! Camana pun , anak mesti mau kasi makan.. Bapak tak makan , tak peee .. Heee..
Tapi kalau bapak tak makan .. anak camana mau makan ? Bapak tak larat mau cari makan nanti .. Susah laaa .. Kalau gitu , biar bapak makan dulu .. Heeee..
Gurau laaa .. Aiseyman..
Tahun ni tahun ke 6 aku blogging.. Yeke ? Sat kira.. Mula hujung 2008 kan ? Skang dah 2014 .. haa.. Berapa ? Kira la sndiri.. Aku letih dah kira.. Tu belum masuk GST lagi tuuu .. Haaa..
Awal awal blogging .. aku fikir , best giler dapat job ni ! Free pon tak pe laaa .. Janji dapat macam macam terutama gi bercuti sana sini ! Tapi mustahil la sbb aku ni , bukan blogger retis atau popular pon ..
Tapi segalanya mula meleset bila aku dah masuk tahun 2 blogging. Pelbagai job aku terima .. Berbayar dan juga tidak. Awalnya yang tidak berbayar tu , ok la.. Win win situation.. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam tak berbaloi.. Takkan diorang ni tak mampu bayar walaupun untuk RM100 ??
Sesekali tu , ok la. Tapi kalau dah 2,3 kali menda yang sama suruh promote , tu melampau laaa .. Diorang dapat keuntungan. Atau agen tu dapat bayaran.. Tapi sampai kat blogger , tak payah bayar ! Dah kasi makan , tidur free .. dah laa , kata mereka ! Amboiii .. Maaf laaa yer. Kalau nak gitu , maka aku pergi bercuti cuti Malaysia je la. Untuk update ? Maaf .. Adil la kan ?
Blogger bukan wartawan. Wartawan , mmg dah ada gaji. Blogger pula , income dari blognya. Kalau nak asyik free.. lama lama tutup blog weh ! Kalau bagi produk mcm gadget , berbaloi la gak. Boleh jual dan duit leh simpan ! Ni zaman duit mau pakai banyak woo !
Blogger pon.. Nak pasang network pun , jangan sampai merendahkan lagi maruah blog tu. Susah susah kasi naik .. Tau tau , free ! Perghhh ..
Bukan apa .. aku kesian je kat blogger yang dok kata , ‘ kenapa aku tak pernah merasa duit dari blog ? ‘. Camana nak merasa kalau ada blogger dok asik amik job free.. Bukankah itu akan matikan segala peluang pendapatan blogger ?
Air suam pon mau bayar tau .. Mana ada free skang ni ! Mau gerak , guna minyak .. Lrt mau naik ! Memadai dengan tidur makan je ? Atau seronok ? Sesekali , ok laa .. Selalu buat , makan pasir laa .. Jangan ternganga bila dengar ada blogger masyuk tapi kita tak.. Dah kita nak free jer ..
Ingat blogger .. korang ada blog , FB , Twitter , Instagram .. Korang update tu , guna internet .. Mau bayar internet maaa ..
Entri dari rakan sejawat .. Baca kat SINI ..
Mencicit dia lari dari dapur selepas dia jatuhkan mangkuk berisi cili kicap . Menurut wife , dia letak atas dapur kabinet tu jer . Qhaliff main capai je setelah nampak dari jauh ada sesuatu yang boleh digapainya !
Bila dah tarik dan jatuh , wife terus jerit nama aku. Qhaliff , mencicit lari ke ruang tamu dan duduk atas sofa. Menanti hukuman dari bapak dia..
Aku tak salahkan dia pon. Aku pesan kat wife supaya lebih berhati hati bila letak barang di atas kabinet dapur tu. Qhaliff dah boleh capai dah sekarang .. Semua benda adalah mainan baginya .. Hurmm ..
Tak perlu cari salah sapa. Yang patut diutamakan ialah hindarkan dari kemalangan .. Jadi , saling nasihat menasihati tu penting .. Jangan tunggu kena , baru nak bertekak.. Tak guna …
Dulu , aku selalu attack filem dia yg .. hurm.. mmg tak beri apa apa kebaikan pada penonton . Aku mmg tak sokong langsung dia .. Tapi hari ini , ini segalanya berubah. Alhamdulillah , ada hikmah besar disebalik kejadian yg lepas..
Aku follow Twitter dia , mulai hari ni ...hee..Tahniah .. Alhamdulillah.. Semoga terbit filem filem yg memberi manfaat pada penonton terutama aku..
Pernah aku pergi satu forum intergriti ni. Pengerusi tanya pada semua ahli yg dijemput .. majoriti blogger . Dia tanya camana nak intergritikan pengguna internet ? Aku jawab mudah jer.. Kita mulakan dari atas . Kalau atas punya intergriti , yang bawah bawah ni ikut sama laa .. Kepimpinan melalui teladan la kan ?
Aku biasa pergi event VVIP.. Atau pernah terlibat dengan pengurusan majlis yang mana VVIP terlibat. Haaaa.. Part makan ni selalu jadi pening kepala.. Abis cut sana sini untuk cukupkan bajet. Yang untuk hadirin , takde masalah.. Tapi VVIP ni haaa… Kang bagi makan biasa biasa ,jadi isu lak .. kan ?
Ok.. Walaupun apa yang aku nak bagi cadangan ni dah ada dalam 11 Langkah Penjimatan tetapi ianya untuk sektor awam ! Sektor awam setahu aku dah lama berjimat ni.. Aku gi meeting ngan Jabatan pon dihidangkan karipap , bihun kosong dan kopi je tempoh ari .. Alhamdulillah.. kenyang .. Tu yang penting.
Apa kataaa .. Apa kataaa .. Menteri yang banyak bg pandangan ni mulakan , pastu rakyat ikut. Alang alang nak berkongsi beban bersama rakyat la kan ?
Menteri kalau boleh bawak makanan sendiri dari rumah bila gi mana mana majlis. Bukan apa , makan skit je pon.. Bayangkan.. bila menteri kena bawa makanan sendiri, hadirin pun akan bawa juga. Boleh tukar tukar makanan.. Kan best gitu ? Ala ala potluck gituuu..
Kalau meeting bersama pegawai tu , hidangkan biskut kering dengan kopi o jer.. Kasi cicah ! Baru 1Malaysia .. kan ? Barulah benar kita diambang penjimatan sebenar benarnya. Bukan dok suruh sektor awam dan rakyat jer .. Orang atasan ni pon kena jimat seabisanya. Kalau ikutkan , pemimpin lama dah kena sedekah hartanya untuk meringankan beban rakyat .. Bukan rakyat yg ‘sedekah’ harta .. Tak suka ? Letak jawatan. Ramai lagi nak jadi Menteri…
Antara cadangan cadangan rakyat yang lain ialah :
pm and menteri menteri yg bersekutu dengannya kena keluarkan duit poket aka gaji sndiri utk buat apa2 event or ke luar ngara. tak pyh guna duit kerajaan. or nak bagi BR1M pun kena guna duit pm and mnteri2nya. kalau BR1M setiap tahun dpt RM650, diorang perlu keluarkan duit poket diorg sendiri utk rakyat. haha. biar diorang tahu susah ke tdk hidup rakyat ni yg bpendapatan bawah RM3k.. Gaji atas 5k pun bising hidup mcam ni. Ni kan pulak yg bawah RM3k. Huhu
Amacam ? Boleh tak buat gini ? Turut merasai beban rakyat .. Yelah , duduk atas kerusi empuk pastu cerita dok beban sana sini , tak guna gak kan ?
Sekian..Jangan nak maki aku .. Nak marah aku. Aku cintakan negara ni ..
Awal pagi 2014 .. Aku belek ‘New Feed’ di Samsung Note 8.0 aku yang dah hampir jadi milik Qhaliff. Hurmm .. Nak tau apakah negara ini yang aku cintai ini telah digulingkan atau tidak , dengan cara perhimpunan ‘Guling’ malam tadi ..
Beberapa orang rakan aku di FB , ada pergi ke perhimpunan itu . Respek ! Mereka bukan sekadar gebang di FB saja malah berani memperjuangkannya di atas jalanan. Gambar diletakkan di FB mereka untuk menunjukkan bukti keadaaan. Semuanya ok !
Kemudian aku nampak ada rakan ‘LIKE’ page yang aku confirm geleng kepala kalau masuk. Aku masuk baca jap… Astagfirullah al a’zim… Pulakkk ! Fitnah benar ni ! Ternampak di page akhbar yang pernah jadi kesayangan aku .. Pun berita firnah ! Aku cuba check di page akhbar lain .. takde pulak pasal berita yang mereka sampaikan ! Apa laa nak jadi ni ??
Aku baca komen komen yang ada di situ.. Aku rasa mual giler ! Ada yang menuduh orang yang turu ke perhimpunan ni , tak bertamadun laa.. buang masa laaa dan macam macam lagi sumpah seranah kepada mereka. Kesian pada mereka tu.. Masih buta lagi..
Ramai masih lena . Kata mereka , kenaikan ni tak menjejaskan mereka pon .. Mudah je bagi aku .. Kalau korang gi makan kat luar , order je air suam. Tengok la berapa harga air suam tu yang mana satu tika dulu , ianya percuma jer !! Apakah ianya masih percuma ?
Jangan lupa , kita ada anak cucu satu hari nanti ..
Hurmm.. Aku ingat nak letak kalendar yang ada macam macam kenaikan tu tapi .. hurm.. biarkan dulu jer ..
Buat rakan rakan , selamat menyambut tahun baru yg bakal mencabar ni . Aku pun nak kena belajar bangun seawal pagi untuk mencari lebih rezeki .. Er , sebelum ni pon mmg tidur kul 4 , bangun kul 6 pagi semata mata nk cari rezeki untuk keluarga.. Hurmm.. Reset minda je la jawapannya.
Apa pun , selamat menempuh segala ujian Allah. Banyakkan berdoa , ingat padaNya. InshaAllah , tahun ni aku dan ramai lagi rakan blogger akan mendapat zuriat .. Pastinya entri di blog akan berubah wajah .. Huhuh.. Doakan kami yer ..
Dan buat isteriku yang tercinta ..
Selamat Hari Lahir !! Hadiah dapat double wooo .. Satu , baby.. satu lagi hp.. heeee.. Ok la kan ? Ada satu lagi !! Kasih sayang .. auch.. Hahahaa…
-iklan-
Harga Runtuh Buku “A Priceless Princess” Hanya untuk 1/1/2014!
BELI SATU DAPAT PERCUMA SATU!!!!!!
TAWARAN HANYA SAH UNTUK SEHARI – 1 JAN 2014!!!!!!!
Buku Islamik Santai sesuai untuk remaja dan dewasa.
Boleh dibeli secara pos daripada penulis – RM19.90 sebuah:
Sms 019-6745742 atau pm facebook “Nasiroh Omar” atau pm fanpage “A Priceless Princess”
Apa saja aku makan , dia nak .. Bila dah dpt , jgn mimpi nak dpt balik ! Skg , kena makan sorok sorok dah nehh .. Hahahaha .. Tapi tak sampai hati laaa nk sorok makanan dari anak..Huhu...
Gi klinik Presint 3 tadi .. Wife lak sakit mata.. Jalan tutup pulak utk sambutan Tahun Baru secara halal di depan Makamah Keadilan tu.. Byk duit nih .. ke sponsor ? Hee.. Lantak la kan.. akhirat jawab .. masing masing kena soal termasuk aku..
Parking sat tepi hentian bas sbb susah nak masuk parking.. Masa pon dah agak lewat.. Masa nak turun tu , nampak laaa kapas yg dah dihiasi dgn darah , dibuang merata begitu saja. Hurmm..
Tau tak bahayanya bila menda gini dibuang gitu je ? Satu .. mungkin ada virus.. Dua , jin suka woooo.. Haaaa.. kanggg.. kanggg.. haaaa... Yg ketiga , ingat la ada kawan cita.. darah tu , kalau dititis dengan limau purut.. siapp laaaa empunya darah.. Betul atau tidak , wallahualam ..
Kesimpulannya , tolonglah jaga kebersihan.. Dah tak cukup ' kotor ' ke negara kita ni sampaikan kita pon tumpang sama nak kotorkan lagi..
Turun skit.. Last timbang , 14kg .. pastu bila kena cirit birit ari tu , berat dia jadi 13.5kg dan kekal hingga sekarang ..
Selera makan ? Sama jer .. Bagi apa pun , semua makan malah siap berebut dengan aku lagi .. huhuu ..
Makin tinggi dan makin mencabar bapak dia .. huhuh ..
# Hurm.. antara entri entri terakhir sebelum menjelang 2014.. Pasni entri pasti berbeza.. Apakah ?
Wife bagitau aku tadi… Qhaliff buang berus gigi dan ubat gigi dia ! Mahai tuuu beli !! Beli kat MotherCare kooo … Huhuh…
Seingat aku , aku letak atas meja makan kedua dua tu selepas mandi pagi tadi..
Aku gi tengok kat dapur .. Huh !! Tu diaaa … Aku nak capai guna tangan yang disarungkan dengan plastik .. tak tercapai ! Haihh ..
Qhaliff perhati je aku buat kerja.. Pastu ada hati nak masukkan kain buruk dalam tu ! Terus aku marah… Lari dia ke ruang tamu dan menyorok !
Nampak ?
Terus tak jadi nak bebel kat dia ! Huhuhuh … Nasib baik dia buang berus gigi dia .. Kalau buang kunci rumah ? Kereta ? Handphone ??? Huhu… Kena sorok dah semua ni pasni ..
Buang remote home teater ??? Mau aku jadi hulk jugak !!