Baru lepas mandi.. solat .. Plan nak duduk sambil layan Ryukendo dengan Qhaliff.. Tiba-tiba wife bagi arahan kat aku … Aku pun gi je la.. Dia nak masak .. Tamo makan luar.. Takut woooo… Air catu kan.. Kebersihan di tahap meragukan.. huhu..
Aku keluar .. tinggal wife ngan Qhaliff.. Qhaliff tengok tv… Wife kat dapur.. Kedai dekat jer ..
Beli dah.. Balik rumah.. Sampai rumah , pintu dibuka.. Dannnnn !!
“ Qhaaaaaliffffff !! “
Aku jerit.. Dia wat dek jer.. Meneruskan aktiviti kebajikan dia melembutkan badan Ultraman yang dah penat berlawan dan juga tab yg dah penat bekerja seharian ..
Apa yang aku boleh buat cumalah rakamkan saja tindakan dia tu.. Nanti bila daddy dia dah tua dan nyanyuk , dan buat gitu kat rumah dia… Jangan nak marah daddy aaaaa !!