Dah tau dah nak kena buat apa.. Aku tak yah suruh , dia dah buat !
Tengah dok layan Pada Zaman Dahulu kat tab aku .. Aku halakan kamera ..
“ Ok tak gini . daddy ? Cukup tak ?? Tak eh ?? “
“ Ok… cam ni ok tak ??? Tak ok , daddy buat la sendiri ! “
Dah tau dah nak kena buat apa.. Aku tak yah suruh , dia dah buat !
Tengah dok layan Pada Zaman Dahulu kat tab aku .. Aku halakan kamera ..
“ Ok tak gini . daddy ? Cukup tak ?? Tak eh ?? “
“ Ok… cam ni ok tak ??? Tak ok , daddy buat la sendiri ! “
Suasana yang best ! Terletak Marina Putrajaya , restoran Maritime ni , mmg best untuk melepak dan makan .. Harga ? Hurm.. aku rasa ok kot .. Tapi tak la semurah kedai awe Kelantan atau mamak nasi kandar tu.. Cam aku makan kari laksa tu , harganya belasan ringgit.. Ok la kan ? Sedap pon sedap.. abis kuah dia aku telan.. Memang abis diet aku.. hehehe ..
Ajak la keluarga tersayang bersantai sesekali .. Dah la Isnin sampai Jumaat penat bekerja .. Mai sabtu ahad , lepak rumah jer. Huhuh.. Apa ? Duit tak de ? Ok , alasan diterima ! Heeee…
Baru-baru ni , aku ada la lepak ngan kawan kawan aku .. Di satu meja ni aku terpandang la situasi yang membuatkan aku terfikir sejenak ..
Si ibu ni dengan anaknya yang agak aktif , dengan selambanya buat karenah di satu majlis melibatkan orang orang kenamaan.. Respon ibunya ? Tenang giler .. Takde pun nak dimarahnya apatah lagi nak naik tangan ..
Kalau aku laaa , boleh tekanan jap apatah lagi kalau semua orang memandang kita selepas tu.. Haa.. Silap silap terus keluar dari majlis tu.. huhu ..
Bila melihat sikap ibunya tu , aku kembali berfikir .. Dan sejak tu , aku terus berubah .. Kena banyak bersabar dengan anak kecil. Mereka masih belum tahu apa apa tapi mereka mengerti akan setiap tindakan kita ! Awas .. Mereka reti merajuk !
Bantal ni hanya ada di rumah mak aku. Di sana , dia mmg tidur dalam buaian. 5 minit letak dalam tu , 3 jam la dia tidur .. Lena !
Tapi pastikan ada bantal busuk dia ni.. Tuu , yang dia peluk tuuuu ..
Daddy dia ada ke dulu bantal busuk ? Ok … aku terus terang , mak aku siap paksa aku suruh buang. Rasanya sampai sekolah menengah gak la aku dok tidur dengannya.. heheheh .. Sedap baunya.. Machammm… heehehe ..
Nampak sedap char keow teow ni kan ? Ok , aku kasi 2.5 dari 5 bintang.. Kerang dia , agak kureng kali ni.. Biasanya tip top ..
Suasana ? Memang aku suka suasana di sekeliling Coffee Village yang terletak ke susur keluar Kajang / Bangi lama ni .. Dekat ngan Putrajaya je .. Memang ramai orang datang sini terutama atas kul 10 malam sbb boleh layan karaoke dan juga makanan yang sedap.
Tapi apa yang kureng ??? Juruwangnya tak reti berterima kasih dan juga senyum ! Bila berbual dengan sesama mereka , senyum sampak ke telinga !
Hampeh , kan ? Realiti ..
Setiap saat adalah penting buat seorang blogger. Blogger perlu bersiap sedia dengan kamera agar detik atau kenangan itu tidak terlepas begitu saja.
Nak usung kamera Dslr yang besar dan berat tu , semakin mustahil buat aku apatah lagi aku dah ada rekod sejarah kehilangan kamera akibat kecuaian sendiri. Tu cerita lama .. Maklumlah , aku kena dukung anak skang ni..
Ok .. kenapa aku tertarik pada Sony Alpha5000 ni ? Kali pertama aku menyentuhnya utk buat review mengenai kamera ni , aku teruja dengan keringanannya.. Ringan ok !! Sebelah tangan je untuk amik gambar ! Maka senang nak berselfie .. Maklumlah , konsep selfie skang amat top.. Kiranya nak bagitau dunia yang dia ada kat situ dah ! Haaaa.. hehehe .. Dan aku terpengaruh gak bab selfie ni.. heee..
Nak buat selfie ni , tak susah pun guna kamera ni.. Naikkan je skrin dia ke 180°.. Haa.. Pastu klik ! Settle ! Kenangan tercipta.. hehehe ..
Part lain yang aku suka ialah kepantasannya menangkap gambar. Aku tak tau la dalam bahasa kamera dipanggil apa. Aku bukanlah ‘orang kamera’ .Aku cuma tau pakai jer. Walaupun dah belajar dulu tapi aku tak ingat dah…
Kepantasan shutter ketika mengambil gambar adalah sangat penting buat aku .. Kenapa ? Setiap detik tidak dapat dikembalikan ..
Dan anak kecil pun mampu gunakan tanpa sebarang masalah .. Tengok skrin dan klik ! Tu diaaa hasilnya .. Gambar bawah ni , diambil oleh salah seorang anak pemain bola futsal ni .. Bawah umur pegang kamera ? Perghh.. rileks je dia tekan butang dan hasilnya amat aku puashati ..
Bagaimana pula dengan fotografi permandangan ? Ok.. Gambar ni aku cuma guna auto setting jer.. Aku saja guna auto sebab kamera ni pon pasti ramai mereka yang amatur berminat untuk gunakannya terutama mereka yang tak beberapa berminat nak gunakan setting manual ..
Sangat menarik dan mengujakan hinggakan apa saja aku nampak , semua aku nak abadikan dalam kamera ni ..
Bagaimana pulak dalam keadaan gelap ? Biasanya kamera ni bila dalam keadaan gelap , kena guna flash . Kalau yang guna telefon pintar ,confirm gagal dapat nak snap gambar ! Hurmmm ..
Tapi dengan Sony Alpha5000 , tiada masalah bila bergambar di lokasi yang mana cahayanya rendah (low light ) terutama dalam bilik gelap atau malam hari ! Dan gambar gambar yang diambil mengunakan format AUTO dan juga lens yang asas jer.. Bayangkan jika korang mahir guna setting manual ! Tentu lebih cantik gambarnya , kan ?
Sony Alpha5000 ni boleh tukar tukar lens gak.. Menarik sangat !
Ok , ni part menarik mengenai SONY ALPHA 5000 ! Penggunaan WIRELESS utk penghantaran gambar ke telefon pintar mahupun ke komputer korang !
Dengan memuat turun aplikasi PlayMemories Camera Apps bagi telefon pintar Android korang akan dapat mengguakan fungsi Wireless dengan sepenuhnya contohnya penghantaran gambar dan juga kawalan pintar kamera ! Tak perlu dah nak guna usb kabel andai berada di kawasan terbuka.
Pantas ke penghantaran file gambar tu ??
Perghhh.. Sangat laju !! Sekejap je download semua gambar yang ada di dalam kamera ke telefon pintar mahupun komputer ! Yang penting mesti ada Wifi pada telefon pintar mahupun komputer. Heheheh.. Mesti la ada kan !!
Camana pulak kawalan kamera melalui telefon pintar ? Dengan menggunakan aplikasi ‘Smart Remote Embedded’ , korang boleh kawal kamera tu melalui telefon pintar yang dah punya aplikasi tersebut !
Contohnya pada gambar di bawah ni.. Kamera dihalakan pada laptop dan di telefon pintar aku tu , terpampang visual yang diambil oleh kamera Sony Alpha5000 tuu .. Menarik ? Tentulaaahhhh ..
Ok .. setelah aku tunjuk semua gambar gambar yang aku amik ni tanpa sebarang edit melainkan aku letak watermark , pasti korang nak tau spesifikasinya kan ?
Amacam ? Ok .. aku terus terang , aku dah pon membelinya satu ! Aku mmg perlukan kamera sebegini ..
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kamera ni , sila ke http://bit.ly/1m4lW75
Baru-baru terima aku terima satu kiriman dari sahabat FB aku nun di Kelantan tu .. Dia dah sedia maklumkan pada aku yang dia akan kirimkan Congo Bars untuk aku rasa ..
Congo Bars ? Memula aku ingat dia jual bars protein yang orang bina badan tu makan .. Bila bukak .. Tu diaaa.. Memang saja tak kasi aku diet ni si Shaz !!
Aku biar dulu.. Wife rasa.. Qhaliff pon panjat atas meja makan utk amik.. Berebut ngan wife ! Satu satu Qhaliff makan.. Siap pegang bekas tu..
Ini tak boleh jadi ni ! Aku pun amik dan rasa .. Dan rasa lagi.. Dan lagi .. lagi … lagi.. Dan abis dah ! Huh !! Mau kena order utk raya nanti ni.. Perghh.. Dah kena pikir untuk raya dah ni.. hahaha .. Yelah , nanti orang tak amik order dah haaa.. Ada gak jamu biskut kering.. heee..
Ok.. Apa tu Congo Bars ? Aku amik gambar ni dari FB Shazwani Shakeri sendiri sbb aku tak sempat nak amik gambar dengan cunnya .. Qhaliff tak sabar nak makan !
Congo Bars? Sejenis brownies yang mewah dengan kekacang Almond juga walnut dan coklat. Boleh dipanaskan semula menggunakan microwave untuk anda yg ingin menikmati cairan coklat di dalamnya.
Rasa ? Ok.. aku terus terang , kalau aku update di blog tu , maknanya mmg menepati selera aku. Aku tanya wife , dia kata sedap ..
Ok .. Cerita banyak takde .. Kalau korang nak menempah , bolehlah roger Shaz ( Dapur Shaz ) Boleh dipos. Atau self pick up di area Kota Bharu. Harga untuk penghantaran melalui Poslaju :
*Sabah/Sarawak caj lain dikenakan.
Atau kalau nak bertanya dengan lebih lanjut , boleh ke fan page DAPUR SHAZ utk bersoal siasat .. Kot la ada yang nak tanya sijil Halal atau sijil dari KKM ..
Lama dah aku tak wat keje macam ni .. Memula dari Sepang – Putrajaya .. Hantar wife gi meeting kat sana pastu balik rumah .. Baru sampai rumah , nak baring jap… tetiba dia antar mesej , kata meeting nak abis dah .. Aku kemas balik barang , angkut Qhaliff masuk dalam kereta .. Gi balik jemput dia ..
Lepas jemput dia , aku ke Pusat Bandar Damansara untuk amik barang kat sana. Di situ je , aku berpusing 4 kali cari jalan masuk ke dalam tu. Aku tak pernah sampai kawasan tu. Lepas tu , balik ke Sepang balik.
Sampai rumah , terus terlena dalam 10 minit.. Bangun bangun , leganyaaa .. Mandi , solat pastu hantar wife gi klinik utk pemeriksaan kandungan .. Sementara tunggu dia abis .. ( dalam 2 jam gak tuu ) , aku lepak ngan Qhaliff ..
Selesai wife punya part .. Aku dapat mesej yang aku kena hadiri satu majlis di PICC dalam kul 5 . Tengok jam dah kul 4 lebih.. Hampir kul 5 ! Tak sempat. Aku bgtau aku sampai lepas maghrib.
Balik rumah dulu. Mandi mandi… siapkan Qhaliff dan tunggu wife siap kerja dia baru aku keluar semula ke Putrajaya ! Di sana , buat kerja lagi hingga ku 10 malam.
Balik terus ke rumah. Sampai rumah , Qhaliff tak tidur lagi. Happy dia nampak aku .. Terus dia ‘kerjakan’ aku..
Kul 12 malam.. aku ingat nak update blog.. Tetiba Qhaliff datang masuk dalam bilik ..
“ Daddy buat apa tu ? Meh Qhaliff tolong.. “
Dan dia mula menaip bersungguh sungguh dengan menekan ENTER berkali kali dan juga spacebar !
Dengan muka bangga dia senyum kat aku … lalu berkata .. SIAPPP ! Pastu terus dia tutup flip laptop tu ! Aku nak kata apa dah ??? Tak dapat nak update entri langsung..
“ Ok.. jom tidur.. “
Dia pun keluar dan memandang ke belakang… tunggu aku ikut .. Dan aku kena ikut jugak !
Tidur awal aku .. Fresh aku pagi ni.. huhuhuh.. Kalau tak ? Confirm aku tak cukup tidur punya.. Terima kasih Qhaliff !
Adakalanya , kita tak sedar anak kita membantu kita dalam diam. Kita asyik fikir mereka nak ‘kacau’ kita jer .. kan kan ?