Perubahan usia kah ???
Tapi belah siang , tidur tak hengat punya ! Lepas makan .. mudah je nak tidurkan dia! Tapi kalau malam , pakat bergilir berusaha tidurkan dia.. huhu ..
Perubahan usia kah ???
Tapi belah siang , tidur tak hengat punya ! Lepas makan .. mudah je nak tidurkan dia! Tapi kalau malam , pakat bergilir berusaha tidurkan dia.. huhu ..
Wife confident hari ni bonus ! Maka semalam , dia abiskan baki gaji yang ada dengan membeli barang dapur . Aku , malas nak kata apa apa .. Duit dia , duit aku gak. Duit aku , sah sah duit dia .. Sama je la kan ?
Dan wife pon gi la shopping dengan Qhaliff kat Tesco Nilai. Ikutkan nak membeli belah kat Alamanda jer tapi sewaktu kat Alamanda , Qhaliff boleh bantai tidur sepanjang perjalanan .. Bila nak balik rumah , baru dia terjaga . Adeh , geram betul ..
Sementara wife g ngan Qhaliff , Zahra ngan aku di rumah. Aku tidurkan Zahra sambil layan internet. Tiba tiba terbaca status pasal bonus ! Eh , takkan kot ??? Byk fitnah skang ni dan juga gurauan nakal !
Aku pun mesej kat wife.. Jangan perabiskan duit. Dan sejam kemudian , wife sampai rumah dengan muka yang cukup gembira ! Beli macam macam ..
Aku suruh dia baca mesej .. Dia tak percayaaa ! Mentang mentang laaa aku ni berstatus keyboard warrior tahap 2 jer.. Tak percaya kata kata aku.. Ok fineeee ….
Dan pagi tadi .. Lebih tepat lagi.. sejak kul 1 pagi tadi .. dia dok cek bank dia ! Dia nak buktikan kata kata aku tu salah sama sekali ! Tetiba aku dapat mesej bergambar. Aku baca dan terus gelak !
Setepek kena kat muka kalau aku bagi kat wife aku ! Hahahaha.. Aku tunjuk kat dia , dan dia ketawa terbahak bahak ! Hahaha.. Sah dia cek bank dia sehingga subuh tadi ..
Akhirnya ..
“ Pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus kepada penjawat awam dan bantuan khas kepada pesara kerajaan diawalkan pada 15 Januari ini. “.
Info sahih dikeluarkan ! Dan terduduklah ramai penjawat awam gara gara percaya hari ni , dapat bonus seperti mana yang dijanjikan.. hehehe … termasuklah wife aku.. lalaala..
Nasib baik la aku blogger ! Walaupun tak berpendapatan tetap , tapi alhamdulillah.. boleh sara keluarga aku lagi.. huhuh.. InshaAllah. Thank You !
Sekarang ni , dia dah pandai wooo !! Tengok gambar ni . dia nampak seperti selamba je kan ? Ala ala gambar candid !
Ok.. Menurut wife aku yang snap gambar ni , Qhaliff terus meluru ke arah dia dan mintak nak tengok gambar yang wife amik tu !! Maknanya , dia tau kamera menghala ke arah dia dan amik gambar dia sedang buai adik dia tu !! Ini bermakna , dia berlakon je laaa .. Hahahahah .. Adoiyaiii ..
Budak budak sekarang ni , dah cukup advance dah ! Tau jee apa yang berlaku dengan dia .. hurmm..
ShawlarisSignature .. satu lagi ‘kedai’ untuk pengemar Shawl membeli belah dengan harga yang amat berpatutan ..
Shawl yang dijual di ShawlarisSignature yang menepati syariat Islam yang bagi aku amatlah sesuai dipakai oleh semua golongan dan peringkat umur.
Shawlaris ini direka khas daripada fabrik terbaik agar lebih mudah dibentuk ketika memakainya , flowy dan nyaman. Elemen selesa dan anggun kedua-duanya direka pada Shawlaris Tulip, Lily serta Roses, berdasarkan Kualiti Patuh Syariah (SCQ).
Bagi yang ingin membeli secara online , bolehlah ke instagram ShawlarisSignature atau ke Facebook mereka , RIDOMA. Nak lagi best ? Boleh terus ke vendor ShawlarisSignature . Tonton je youtube Peta ke vendor SHAWLARIS ini..
“ Yeayyy.. Kasut pertama Zahra ! “. Aku up di instagram aku , BEN ASHAARI.
Sekali , wife komen kat insta aku tu ..
“ Pembetulan… Kasut no 2 .. “.
Alamak .. Mana kasut no 1 dia ??? Dan aku delete semua komen yang ada ! Heeee..