Alhamdulillah.. Segalanya kerana NETWORK ! Kena paham apa itu NETWORK dan bagaimana nak menjadikannya BERFUNGSI sebagai sebuah SISTEM yang berjaya ! Bila sebut berjaya , bukan dari segi kewangan atau populariti semata mata ! Kena banyakkan lagi kutip pengalaman dalam kehidupan ni..
Semalam , ‘aku’ muncul di Berita Harian .. Walaupun gambar lama digunakan , tapi aku tetap berbangga. Terima kasih pada Kak Huda yang tak jemu jemu promosikan aku serta #kelabbloggerbenashaari.
Dan Alhamdulillah , berkat kesabaran..kesungguhan . beberapa blogger-blogger baru dibawah #kelabbloggerbenashari mula mendapat tempat dan mencipta nama .. Antaranya Emas Putih , Fatin Bella , Farah Waheda , Yaya Natsumi , Que Achmad , Mawardi , Lan Careno dan berpuluh lagi .. Nak tulis semua nama , tak cukup ni.. Yang dah lama , ramai.. cam Ujang , Faizal Friedly dan yang terbaru join ialah , blogger otai iaitu Eyriqazz !
Ramai pikir bila duduk di bawah KELAB BLOGGER BEN ASHAARI , ianya akan menaikkan nama aku .. Aku sengih jer laa ! Yeke ? Perlu apa aku untuk susah payah kendalikan kelab ni walhal aku dah lama naik pon ?? Aku bukan baru buat blog semalam , kan ? Dah lama dah ponn !
Dalam #kelabbloggerbenashaari , kami pentingkan KERJASAMA ! Apa saja job yang masuk , akan dibuka pada semua blogger dan client akan pilih sendiri ! Aku makan sorang ? Hehee.. Aku dah lama ada PR aku sendiri yang senantiasa kasi job setiap minggu ! Alhamdulillah.. Aku cuma akan perkenalkan mereka yang berkaliber pada PR aku .. mana tau ada rezeki untuk bekerjasama dengan PR PR yang terkemuka di Malaysia ni .. Dan ada yang berjaya pon !
Makan sorang ?
Sapa rajin dia dapat ! Dan Emas Putih adalah antara blogger yang tidak kenal erti putus asa dan senantiasa bersemangat untuk berjaya ! Dia tahu apa dia inginkan dan dia kejar ! Dan ramai blogger sedang meniti kejayaan sepertinya .. InshaAllah.. Dan rakan rakan di dalam #kelabbloggerbenashaari senantiasa memberi sokongan tak berbelah bagi ?
Tengah bulan ni , seorang rakan blogger #kbba yang bernichekan sukan akan ke London bersama Air Asia untuk buat laporan berkenaan sukan bola sepak. Kawan tu tak sampai setahun pon buat blog.. Dah dapat jemputan dari Air Asia yang mana kami telah memohon untuk sertai mereka secara berkumpulan dan Air Asia memilih blogger blogger tertentu saja untuk sertai mereka. Bukan semua dapat yer ..
Seorang lagi contoh blogger yang mengecapi kejayaan hasil blogging.. Secara individu , payah untuk naik.. Bila berjemaah ( network ) dia dapat tidur di hotel Legoland untuk kali kedua ! Satu mahal beribu ringgit yer harga sebilik ! Apa cerita ??
NETWORK adalah laluan saja selebihnya terpulang pada diri sendiri untuk menentukan hala tuju niat asal berblogging !
Dah kenapa nak sakit hati lak kalau niat sendiri dah tak betul kan ?