Hurm.. kembali panas ! Beberapa taman perumahan sekitar tempat tinggal aku dah dilaporkan kecurian atau pecah rumah dalam beberapa hari ni ..
Dan kelmarin , 2 buah rumah di kawasan rumah aku jadi mangsa pulak ! Tak pasti samada dipukau atau tidak.. Hurm.. ini kerana mereka masuk dikala penghuni rumah sedang lena tidur ! Hurmm.. Sebelum tu , taman berhampiran jadi mangsa !
Hurmm.. Dua keping gambar yang ditunjukkan dalam group whatsapp taman perumahan aku yang membuatkan semua penghuni mula tak senang duduk.. Dan satu mesyuarat telah dibuat semalam..
Beberapa perancangan disusun bagi membanteras serta menangani masalah pecah rumah… Antaranya ? Rondaan malam ! Heehehe.. Dan beberapa lagi perancangan hasil perbincangan ..
Hasil dari kawalan semalam , isu ‘burung hantu’ juga telah dikesan dan ditegur . Jangan bawak anak dara orang malam malam ! Dah la jauh dari keluarga.. awak tu merantau mencari ilmu.. Haaa..
Menurut rakan rakan di Facebook setelah aku memuatnaikan status mengenai pecah rumah ni ,kata mereka taman perumahan mereka turut jadi mangsa dalam minggu ni.. Dan ini sememangnya menakutkan mereka. Kejadian tak kira waktu.. Tak semestinya malam malah di waktu terang hari pun mereka nekad buat kerja jenayah !
Harap rakan rakan semua , berhati hati ..