Hurm.. tengok dah video yang hot di FB semalam ? Ok.. bukan aku yang viralkan yer ! Aku tak share pon di FB aku sebab aku tak tau hujung pangkal kisah sebenar mereka ! Tapi yang terpampang di video tu , ada anak dara dan seorang lelaki berusia..
Aku tak nak komen sapa betul sapa salah.. sapa kurang ajar .. tapi apa yang perlu kita buat sepatutnya , bila kita berada dalam keadaan begini ..
Ok.. aku bagi satu contoh yang berlaku pada kawan aku satu tika dulu.. Diorang ni gi jenjalan KL pada lewat malam.. Saja cuci mata.. Tiba-tiba kereta diorang dilanggar dari belakang.
Kawan tu dan rakan-rakan lain pakat turun tengok. Tau tau pemandu kereta yang langgar kereta diorang tu , mabuk ! Hurmm.. Diorang diskus dan pemandu tu bayar ganti rugi.. Kesilapan mereka ialah , mereka tak rujuk balai polis mengenai insiden tu.. Mana tau kot kot pemandu tu buat report polis kan ?
Dan.. benarlah pemandu tu buat report polis mengatakan dia diugut oleh samseng jalanan. Tak pasal pasal meringkuk dalam lokap berhari hari dan selepas tu bertahun terpaksa naik turun mahkamah untuk selesaikan kes tu !
Nampak tak ? Hanya dengan sedikit kesilapan , impaknya memang menakutkan ! Sepatutnya bila berlaku kejadian gini , dapatkan nasihat orang berpengalaman. Bukanlah dengan ikut nafsu dan amarah !
Akhirnya , ramai pihak terlibat ! Daripada sedikit je isunya dah tak pasal pasal satu Malaysia tauuu ! Hurmmm…
Kita jangan pikir kita je jaguh atau ada kabel bagai.. Kita tak tau apa orang lain mampu buat bila dalam keadaan tertekan atau di luar kawalan. Sebaiknya gunakan akal dan toleransi. Bawa berbincang atau paling mudah pon , serahkan aja pada pihak berkuasa ! Selagi kita selamat , itu dah lebih dari cukup.. Kereta ? Kan ada insuran.. Buat apa nak pening pening ?