Lama dah teringin ni.. nak main macro ..heheeh.. Rezeki lebih bulan ni , leh la rembat satu.. G beli kt Low Yatt jer.. malas nak pusing sana sini..Dapat , amik dan bayar!
Ok ke ? Hurmm ..baru nak test mengetest! Heee..
Lama dah teringin ni.. nak main macro ..heheeh.. Rezeki lebih bulan ni , leh la rembat satu.. G beli kt Low Yatt jer.. malas nak pusing sana sini..Dapat , amik dan bayar!
Ok ke ? Hurmm ..baru nak test mengetest! Heee..
Fuhhh ! Tak tahaann weh ! Dulu selalu kena tapi tak ingat camana aku selesaikan masalah aku tu.. Baru baru ni post kt FB pasal ni dan teringat komen seorang kawan. Guna kapit kuku tang yg melengkung tu..
Dan , semalam .. aku berjaya tarik keluar kuku yang jd duri dalam daging !! Huhuh..sakittt wehhh..
Cam ni pon dah sakit kan ? Dalam kubur nanti ? Akhirat nanti ? Astagfirullah al a'zim..
Dia memandang aku dengan sejuta harapan. Dan kemudian dia memegang salah satu kotak yang ada di depan dia.. seperti jangkaan aku !
Aku tengok harga.. Gulp ! Tertelan air liur daddy ! Daddy baru beli cap The North Face dengan harga RM79.90. Dah mak kamu tu jeling semacam..
“ Eh , kata Hari Ibu.. nak belanja kan ? “.
Yelah.. memang pon.. Tapi Hari Bapa hari hari ! Hahahaha.. Maka ni hadiah Hari Bapa laaa .. Sendiri beli punyaa!
Aku suruh Qhaliff letak balik dan ajak jenjalan tengok mainan lain ! Dan tu diaa ! RoboCar Poli.. Harga RM100++ ! Terus aku dukung dia dan keluar dari situ dengan sepantas kilat ! Dia merengek tapi sekejap je la.. Huhuhuh..
Bankrupt gue setiap kali masuk kedai mainan , harga 100++ jadi pilihan ! Gulp….
Amboiiii… Ayah Su diorang datang , daddy tiada guna lagi ! Terus tak kisah daddy ada ke tak.. Hurmm.. Dipandang sipi sipi je aku ni.. Huk , hukkkk …
Pakat berebut perhatian Qhaliff dan Zahra.. Ayah Su pening nak main ngan sapa .. hahahaha .. Daddy leh rehat sebentar.. sebentar je ponnnn …
Sian kat Qhaliff.. Dia nak berkawan sebenarnya. Rasanya dah leh antar ke playgroup center ni… Macam yang aku gi baru baru ni kat Bukit Jelutong tu.. Hurmmm.. Nak kena cari area dekat dekat sikit.. Seminggu 2-3 kali dah la kan ?
Stress ! Janji lain.. bila dah siap lain jadinya ! Kononnya segala maintenance akan dibuat andai ada masalah. Tetapi janji tinggal janji !
Apa masalahnya ? Masalah dinding yang aku buat renovation atau ubahsuai terdapat retak retak ! Panggil berkali kali namun hampa !! Tindakan terlalu perlahan..
Akhirnya masalah aku dapat diselesaikan dengan menggunakan Onetime Lightweight Spackling dan Onetime Wall Repair Patch yang dibekalkan oleh Sri Ribuan Industries Sdn.Bhd : How D.I.Y. Should Be.
Masalah utama aku ialah dengan retakan halus di dinding. Ini memang mencacatkan permandangan serta semut halus mula bersarang di dalamnya !!
Dengan menggunakan Onetime Lightweight Spackling yang mana produk ini jauh lebih ringan dan mereka mudah mengendalikannya terutama pada mereka yang takde pengalaman langsung dalam bidang ni , mampu membuat pembaikan ini sendiri ! Contohnya aku ! Kalau aku tau la semudah ini . lama dah aku buat sendiri !!!
Selain retakan halus Onetime Lightweight Spackling ni sesuai digunakan jika dinding rumah punya kerosakkan kecil seperti lubang akibat dipaku atau drill. Juga sesuai digunakan diatas permukaan plaster walls / drywall , stucco , particle board serta wood surfaces.
Dan hasilnya selepas 5 minit aku buat… ni pertama kali yer aku buat ! Takde skill dan takde pengalaman !
Bila dah kering , amik kertas pasir dan gosok laa.. Baru kemas dan kembali cantik dinding tu.. kan ? Yang penting , semut tak leh buat sarang dahhh.. Haaaa , kan kan ?
Manakala dengan OneTime Wall Repair Patch lak , berperanan untuk menutup permukaan dinding yang berlubang kesan dari akibat dipaku dan ditebuk. Hanya tampal saja OneTime Wall Repair Patch dan kemudian sapukan Onetime Lightweight Spackling ke atasnya. Selesai !!
Harga Onetime Lightweight Spackling ? Murah je… GST 6% telah diserap oleh pembekal iaitu Sri Rx andai korang beli melaluinya ! Haaaa !!! Ni masanya untuk berjimat.
Jika korang berminat untuk membelinya , bolehlah email ke srirx@sriribuan.com.my dan nikmati harga promo !! Jimat banyak dah tuu..
Ok… Ada giveaway kali ni ! Ahaaa.. Syarat mudah jer.. Share entri ni di Facebook korang dan tinggalkan komen di sini , dan sila jawab soalan ini .. Siapakah pembekal Onetime Lightweight Spackling dan Onetime Wall Repair Patch ? 5 terpantas jawapannya akan dapat produk ni nanti ! Jangan lupa tinggalkan email yer..
Nak makan malam.. gi satu tempat ni..tempat ni dulu mmg kerap gi.. Tiba tiba mlm , mlm ni gi ..Qhaliff meraung tak nk turun kereta.Takut katanya. Aku paksa dia turun gak..Tak sampai 10 saat , berlari dia masuk dlm kereta sambil dikejar oleh wife.. Kebetulan aku ada di dalam kereta. Plan nak lelap mata dalam 5 minit sebab sakit kepala.
Akhirnya tukar port makan..Gi ke PICC. Aku kata kat wife.. Nak tgk apakah Qhaliff wat perangai macam tadi gak ? Kalau dia wat perangai , mmg dia yang bermasalah..
Dan setibanya di tempat tu , dia lak tak sabar nak turun dari kereta walhal tempat ni baru sekali dua je dtg !! Dia seolah serasi lagi tempat ni .. Hurm....
Tempat yang aku kata pada awal tu , aku tak leh cerita kat mana. Takut jadi fitnah. Risau gak.. dulu tempat tu macam dah kurang orang.. sekarang ni ramai balik ! Nak kata sedap sangat situ , tak gak.. hurmm..
Antara dua.. Samada aku kurangkan amik job atau berhenti terus ? Bukan mudah nak bahagikan masa untuk cari rezeki memandangkan urusan anak anak ni bukan ada masa tertentu.. Bila mereka tidur saja baru aku ada masa untuk blog ! Manakala bila amik job , aku perlu ikuti dateline dan perlukan kreativiti untuk membuat advertorial tersebut.. Haish…
Perhatian perlu 100% pada anak anak atau jika lalai , ianya mampu mengundang kecelakaan.. Mereka ni bergerak pantas ! Dalam sekelip mata saja boleh berlaku apa saja walaupun mereka berada di depan mata.. Hurmm ..
Sebenarnya aku dalam dilema.. Anak anak penting tapi blog adalah punca mata pencarian utama aku. Bukan sedikit pulangannya… berganda dari apa yang aku pernah dapat sewaktu menjadi kuli orang.. Hurmm..
Anak ? Atau kerja ? Hurmmm.. Bukan aku je alami masalah ni.. Ramai lagi ibu bapa di luar sana ..
Terus terang aku bagitau.. sebenarnya aku pon dah tak de masa untuk diri sendiri ! Nak melepak ngan kawan kawan sesekali pon kena pikir panjang..
“ Boleh ke wife jaga anak sorang sorang ? Diorang dah mula lasak.. Haishh.. “
Macam tadi… Berlaku di IOI Mall , Putrajaya. Qhaliff berlari sana sini . Nak tak nak aku kena dukung dia tapi dia meronta nak turun..Bila lepas , dia berlari dan ajak main nyorok nyorok.. Risau aku kalau terlepas pandang…
Ada sekali tu terlepas sebab ada email masuk.. aku terbelek hp jap dan dia dengan pantas berlari keluar dari premis H&M.. Aku cuba kejar , payah..kaki sakit akibat cekam kuku.. Terpaksa tahan sakit dan kejar sambil main psikologi dengan harapan dia tak lari jauh. Yang merisaukan aku ialah takut dia lari ke arah ekslator.. Maklumlah , lagi kita kejar , lagi dia lari.. Dengan cara aku tu , dia akan berhenti berlari dan akan kembali kepada aku.
Bila dah dpt tangkap , akhirnya wat la gini.. Nasib baik sado..kalau tak , mau gak pancit dukung 20++ kg sambil jalan ..
Di rumah lak.. dok sibuk memanjat sofa. Aku dok sibuk ngan adik dia , dia tergolek jatuh.. kepala dentum dulu .. bibir darah ! Cepat cepat demah dengan ais.. Nasib baik rendah jer.. Haihhh.. Geram betul aku.. Pandang sana sini kena.. Pandang sini , sana kena !
Setiap hari , aku tidur kul 2-3 pagi.. bangun awal dan mula bertugas ! Jaga anak dan layan dunia maya ! Aku tak leh buat jadual sebab dunia maya ni sibuk 24 jam ! Serius aku penat kepala otak.. Ini bukan yang aku nak sebenarnya. Nampak menyeronokkan tapi sebenarnya sukar sangat !
Perkara perkara gini buat aku rasa macam nak berenti terus blogging dan tumpu pada mereka jer .. Aku tak mampu nak bahagi kepala otak aku kepada banyak bahagian ! Hurmm..
Daddy yang manjakan anak perempuan ? Kalau aku kan , aku memang manjakan dua dua anak aku sebab mereka perlukan manjaan. Takkan nak layan mereka macam komando lak kan ? Huhuh…
Anak perempuan mesti lebih ? Tak gak.. tapi kena jaga anak perempuan lebih skit… maklumlah , perempuan kan ? Hurmmm..
Pantang nampak daddy , jadi gini laa..
Terlalu rapat dengan daddy.. kan ? Hahahahhaa… Dah jaga dia dari sehari usia hingga setahun dah ni.. hahahaa…
Adeh.. serius sakit woo bila kena ! Nak jalan pun payah.. Macam aku sekarang ni laaa.. Apa yang aku buat , memang jadi Rambo jap laa.. Kasi cungkil dan potong ! Tapi masih tak dapat potong sebab terlalu dalam ! Uhuk…
Tapi aku terlupa ! Aku bukan di usi 20 an macam dulu ! Kalau cungkil gitu jer , pasti berdarah n luka ! Bayangkan dalam tak sedar ada kencing manis ??? Adoiiiii .. nayaaaaa oiii !
Ada beberapa tips dishare di media sosial antaranya gunakan inai , minyak gamat dan ada yang hardcore guna lilin.. hahahaha … Sebaiknya cegah sebelum kena !
Potong kuku tu betul betul. Ikut standard piawaian yang ditetapkan ! Jangan main potong je… kan kan ?
Huhuhu.. sekali lagi.. huhuhu.. Sewaktu aku terima email dari Haikal’s Outdoor Playgroup , aku teruja dan gembira. Sebab ? Ini kali pertama aku akan hadiri majlis ilmu keibubapaan yang mana ianya berguna untuk aku sangat sangat !
Bertempat di Dewan Bahtera Ilmu Kindergarden , Bukit Jelutong ini seminar yang bertajuk “ Cabaran Mendidik Anak-Anak Alaf Baru “ sangat membuka mata aku ! Banyak yang tak tahu , aku dah tau. Banyak yang salah , akan aku perbetulkan nanti !
Ok ok.. tapi sebelum majlis tu start , aku terkedu jap.. Hehehhe. Tak sangka lak layanan sampai tahap gini. Terharu aku.. huhuhu… Tapi aku tak parking sini la sebab aku dah parking tempat yg sama dengan pengunjung..
Apa yang bestnya ? isu yang dibangkitkan dan aku mengaitkan dengan dua orang anak aku .Topik pembelajaran di usia awal ni yang seronok bagi aku.. Umur 4,5 tahun dah kena gi taksa dan belajar ! Perghhh… Mana bisa gini !
Panel yang hadir ialah Puan Adli Rajiah , Dr.Putri Afzan dan Fynn Jamal. Masing masing ada pengalaman , ilmu dan kekuatan yang mana telah berjaya membuka mata aku , sebagai seorang bapa !
Kensel niat aku nak hantar Qhaliff ke taska tahun depan ! Hehehe.. Tunggu 5 tahun baru gi yer.. Ke 6 tahun ke.. Hehehehe.. Skang , masa bermain.. kita main !!! Bila belajar , belajar la yer …
Terima kasih buat Haikal’s Outdoor Playgroup kerana sudi jemput aku. Hehehehe…
Disambut dengan penuh gilang gemilang ! Tu diaaa aihhh.. ramai jemputan vvip dijemput. Antaranya blogger-blogger popular seluruh tanah air dan luar negara dijemput !
Baca leh.. percaya jangan ! Hahahaha.. Tak de maknanyaa ! Sambut di Secret Recipe, Alamanda jer. Malas nak buat besar besar. Duit tarak. Kalau ada pon , baik masukkan dalam tabung PTPTN diorang. Lagi berbaloi. Takde la nak berhutang masa nak belajar belakang hari nanti .. kan kan ?
Simple kan ? Yang penting , Zahra dah pandai kiss pipi daddy dia ! Satu pencapaian menakjubkan ! Hahahaha .. Qhaliff dulu , lama gak nak kiss pipi daddy dia.
Qhaliff camana pulak ? Dia tak cemburukah ? Nehhh.. dia apa heran.. Dulu kek dia , terpacak muka dia ! Haaa… Dia wat hal dia sendiri jer… Apa dia kisah..
Hurmm…
Hurmm.. dia dah start main Ultraman , kereta kecilnya dan permainan yg dia abaikan satu hari dulu.. Apakah dia dah mula punya imaginasi ? Sekarang ni pun dah pandai menyanyi menghiburkan hati..hurmm..
Aku teringat segala apa yg dia buat.. memang aku pun dulu gitu.. Permainan pon aku mula cipta sendiri.. Hurmm...
Sian Qhaliff.. takde kawan nak ajak main sama.. Tapi nanti bila ada kawan , abis lupa dunia dia bermain ! Hurmm.. Ikut perangai ayah. Kuar pagi , petang baru nampak muka ! Selagi mak tak menjerit , selagi tu tak balik ! Hahahaha..
Benjol di dahi ! Semoga jadi pengajaran.. Adehh ! Abang dia dah rasa dulu , ni adik lak.. Hurmm..
Aku kena jaga dia ni betul betul. Sebijik ikut perangai aku. Hurm.. Semoga Allah lindungi Zahra Nur Iman dan Muhammad Qhaliff Iman.
Selamat Hari Lahir , sayangku…
Jangan gaduh gaduh dengan abang Qhaliff tau ! Pening daddy nak jadi pengadil.
Nak workout , si kecik dok sibuk panjat tangga. Si besar lak sibuk nak join sama ! Kalau aku dok memanjang usung diorang , jawabnya , aku akan boroi berterusan la ! Adoi.. Mana boleh tahan gini weh !
Dan akhirnya aku dapat idea ..
Dapat la gak bersenam dalam setengah jam ke 45 minit ! Haaa.. Asal berpeluh dah la.. Sado ? Hurmm.. Tak sasar nak sado dah ! Asal tak mengah naik tangga dah la.. heheehe ..
Bukan aku je dah jadi Tarzan.. Wife pon dah follow me dah ! Hahahaha.. Suara si ibu boleh kedengaran sehingga bilik air di tingkas atas ! Hahahaha.. Suara dok melarang Qhaliff aniaya adik dia ! Hahahahha..
Zahra bakal setahun usia , pada 8hb ni.. Tingkah lakunya jauh berbeza dari Qhaliff yang setahun usia , 2 tahun dulu.. huhuh.. Zahra jauh lebih matang dari abangnya.. Ini sebab dia dok tiru perbuatan abang dia dan kelihatan Zahra bijak seperti.. aku ! Hahahaha..
Diorang ni tak leh rapat.. Kalau rapat , jadi gini laaa !