Tujuan aku membuat Kelab Blogger Ben Ashaari adalah untuk mendidik serta berkongsi pengalaman sesama sendiri dalam dunia media sosial. Bagi aku , setiap blogger ada keunikan tersendiri dan itu yang perlu sama sama pelajari.
Dalam komuniti blogger yang aku tubuhkan , ada ramai dah berjaya mencipta nama sendiri dan membawa haluan masing masing selepas menempa nama. Alhamdulillah. Moga ilmu yang mereka dapat dari KBBA9 bermanfaat buat mereka dan memberi tunjuk ajar pada rakan rakan yang baru.
Dan aku terus mencari blogger blogger yang aku rasakan punya bakat dan pakej untuk membawa mereka ke persada yang sepatutnya. Tapi , kriteria camana yang aku cari ?
“ Ala.. Ben nak cun jer.. “. Gurau seorang rakan blogger.
Hurmm.. 8 tahun dah aku bersama KBBA9. Aku dah jemput macam macam blogger tanpa kira rupa, fizika , usia , pangkat , jantina malah yang tak pernah nampak muka pon ada ! Haaaa..
Akhirnya aku buat keputusan.. Aku kena ikut kehendak pasaran ! Kualiti ditentukan oleh client itu sendiri tapi pastinya setiap blogger perlu ada personaliti tersendiri sebab mereka perlu berdepan dengan masyarakat. Melainkan mereka mmg nak underground jer ! Segalanya terpulang pada niat dan hala tuju masing masing..
Secara jujurnya , berdasarkan pengalaman aku dalam dunia media sosial ni , mereka yang punya rupa lebih berpeluang untuk pergi lebih jauh ( tapi tak semestinya berjaya ) berbanding mereka yang punya bakat !
Tetapi kesilapan mereka ialah terlalu bergantung pada fizikal mereka.. rupa ! Merasakan rupa adalah aset untuk menarik job job atau mendapatkan projek projek best , bagi aku.. itu satu kesilapan besar !
Komitmen terhadap blog itu penting ! Walaupun ada yang merasakan Facebook atau Instagram itu lebih bagus tapi bagi aku yang selalu berdepan dengan client atau agensi pengiklanan , mereka inginkan blog blog yang senantiasa update dan punya trafik yang tulen. Follower dah boleh dibeli tapi penulisan yang jujur serta ikhlas , itu yang payah nak jumpa.. sekarang ini ! Penyampaian dalam blog , amat penting juga ! Ramai blogger terutama yang muda muda ni , makin tiada komitmen pada blog dan menumpukan pada Facebook atau Instagram.
Nasihat aku.. Jaga blog andai anda seorang blogger di samping jaga personaliti serta disiplin diri. Jika ingin pergi lebih jauh , jangan sesekali lupa asal usul. Tak selalunya kita di atas..