Cita cita aku satu tika dulu , nak jadi pereka fesyen pakaian lelaki ! Jangan tak tauuu.. Hahaha.. Aku cukup suka tengok rekaan baju lelaki. Memang gempak la.. Nampak segak dan macho..
Ketika aku berusia 17 tahun , ketika tu baju batik jadi satu trend. Aku ada banyak koleksi baju batik santai.. pakai dengan jeans. Bukan baju batik gi kerja setiap hari Khamis tu yer.. hehehe.. Sehinggalah aku mereka sendiri satu pasang baju raya yang bentuknya seperti kurta… Aku tertarik dengan baju kurta bangsa Punjabi punya design , kalau tak silap aku dan aku menggunakan kain baju kurung ! Hahahaha.. Mak aku kata aku mengarut ! Aku tak kisah ! Aku nak jugak.. Mak aku malas nak bertekak.. Maka tahun tu , aku beraya dengan pakaian rekaan aku sendiri ! Kawan kawan tengok , rasa kagum.. Tak de la nak kutuk bagai.. Sekurangnya , aku punya lain dari yang lain. Bukan pelik tapi kelainan..
Minggu ni , viral baju kurung untuk lelaki ! Aku tersenyum.. Cantik design dia.. Tapi warna dia memang warna ‘perempuan’. Kalau digarangkan lagi , bagi aku tak nampak la cam perempuan punya !
Design ok dah.. Warna je masalah.. Memang warna sesuai untuk perempuan.. Lelaki punya kalau digarangkan , memang nampak cun ! Hahahaha..
Bukan apa.. aku sendiri pun dah boring nak beli baju melayu kosong. Kalau ada design skit , ok la.. memang aku amik.. Kalau kosong , cam nak gi menikah je lagi.. hahahaha..
Apa pun bagi aku.. selagi mana tutup aurat , ok jer.. Ni semua cumalah rekaan pereka fesyen. Cam aku kata tadi , selagi mana tutup aurat.. ok la kan ? Sesekali nak ‘beraya ‘ dengan kelainan.. apa salahnya , kan ?
Jangan bogel dah la.. kan !