Lega mata memandang.. Hahaha.. Ikutkan nak kasi kerinting je tapi .. hurmm.. malas nak menunggu ! Hahaha… Maka , aku suruh gunting pendek je.. paras leher , ok dah !
Gi Alamanda.. selepas makan dan buang air besar dengan banyak sekali , Zahra bersetuju untuk gunting rambut. Risau gak aku memula memandangkan sejarah abang dia.. jadi Tarzan Malaya kat Alamanda , satu tika dulu..
Tapi keajabian berlaku. Zahra seperti wanita dewasa.. tenang je dia ! Hahahaha.. Rela je asalkan cantik ! Gitulah seolah olah mata dia membisik ke mata aku sewaktu mata kami bertembung ! Hahaha..
Rambut sebelum dipotong.. Gi salon , bayar RM33 ! Bapak dia gunting kedai biasa jer.. Baru RM10.. Huhu…
Dan… tadaaa !
Pendek ? Haahaha.. baru nampak kepala kecik dia ! Lega gueee ! Si abang ? Aku panggil nak gunting.. dia larik jauh jauh dan akhirnya dia berak banyak banyak ! Terlepas dia dari gunting rambut. Sekali lagi rambut dia terselamat dari dibotakkan !