“Waaaa.. Daddy , nak tengok Boboiboy Galaxy !! “. Jerit Qhaliff lepas tengok teaser di Youtube. Huhhh.. abis la akuuu ! Jenuh nak gi beratur kat panggung wayang nanti. Nasib baik la aku dapat jemputan ke Pra Tonton Boboiboy Galaxy dan nak nilai sendiri , apakah Boboiboy Galaxy lebih best dari sebelum ni ?
Petang tadi aku ke Pavillion , Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan yang aku terima melalui email. Dan..
Yess.. maka masuklah aku dan rakan blogger yang lain ke dalam panggung. Tak sabar nak dah weh ! Siap popcorn dan air lagi ! Hehehehe..
Sekaliiiii.. tengok kat layar..
Bakal di kaca tv anda pada 25hb November 2016 , jam 5 petang di TV3 ! Ingatkan filem lagi . Rupanya tidak sama sekali ! Tak payah kuar duit dah wehhh… hahaha.. Tengok kat tv je la.. Jimat jimat..
Tapi apakah ianya sebest dari sebelum ni ? Sebab adegan berlaku kat angkasa kan ? Hurmm.. Tertanya di dalam hati dan mereka tayangkan episod pertama..
Dan… ini dalam bentuk komik !
Memang menarik dan sangat menarik lagi tertarik untuk ditonton seisi keluarga ! Dialog dialog yang lucu adalah kekuatan dalam Boboiboy Galaxy , bagi aku serta animasi yang menarik. Banyak sangat watak watak baru dan semua watak memang ada kekuatan. Tak membosankan pon !
Tahniah buat team Boboiboy ! Semoga berjaya capai cita cita iaitu hasilkan lebih 600 episod seperti Pokemon !