Bila hujung minggu , laluan lebuhraya pasti akan dipenuhi dengan motor motor pelbagai bentuk. Tahniah bagi konvoi yang berdisiplin dan terurus dan bagi yang ‘kelam kabut’ serta ikut tekak , rasanya kena gi kursus berkonvoi dulu gamaknya.. Merbahayakan pengguna jalan raya yang lain !
Dan selain berkonvoi , ada juga aktiviti aktiviti permotoran yang memberi kepuasan serta mendatangkan faedah pada peminatnya. Contohnya hari ni , aku dan rakan rakan blogger ke FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONCHIP 2016 yang diadakan di Shah Alam.
Bagi aku , ini adalah salah satu inisiatif buat mereka yang berbakat serta minat dalam bidang ini , menonjolan kebolehan mereka ! Dan ternyata ramai yang berminat dalam sukan ini tanpa mengira usia dan bangsa , mengambil peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat acara permotoran yang bakal menjadi agenda tahunan.
Puashati dapat tengok mereka yang ‘berhati kering’ serta berskill , mempamerkan aksi aksi gempak mereka di depan mata !
Moga tahun depan , lebih banyak penganjur berminat untuk menaja pertandingan sebegini dan juga ada trek lumba motor mesra rakyat ada di setiap bandar mahupun negeri.. Huuhuh.. Barulah mereka tak berlumpa di jalan raya , kan ?