" Bang.. nak ikut mana balik esok ? Terengganu atau Gua Musang ? ". Soalan yang aku dah berkali kali dengar tapi aku belum beri kata putus walhal aku dah tau dah nak ikut mana.. Heheheh.. Ikut jam berapa aku bangun tidur esoknya yakni selepas aku tidur balik sesudah subuh. Aku sekarang tengah giler layan siri drama AfterMath di IFlix. Cerita lama tapi baru berkesempatan nak tengok. Leh tahan gak la cerita dia..
Jam 11 pagi aku bangun. Heheheh.. Hari terakhir. Nak kena cukup tidur sebab nak kena memandu lama.. Berapa jam , aku tak pasti tapi yang aku tau confirm lenguh tubuh badan punya. Bersiap... Jam 12.30 tengahari , bertolak dari rumah mertua.
Pasang Waze. Dia suruh ikut Terengganu. Hurmm... Cam malas jer ! Aku gerakkan kereta ke arah Kuala Krai.. ikut Gua Musang. Tapi baru setengah jam bergerak... dah sangkut dalam jammed yang berkilo meter panjangnya. Oh nooooo ! Tamo tamo... Aku tukar haluan... ikut arahan Waze... Ke Terengganu ikut LPT.
Masalah aku bila guna LPT ni , aku akan ikut Jalan Pantai dulu.. nak menikmati keindahan pantai sebelah sana. Pantai belah sini , memang cantik cantik la pemandangan dia.. Pastinya aku akan abiskan masa dalam sejam duduk makan bertemankan bunyi deruan ombak.. bersama anak anak.
Alhamdulillah.. cuaca cantik sekali !
Cantik sangat tempat ni. Pastu ada jual udang goreng tepung..sotong.. ikan. fuh , memang terbaik ! Beratur panjang orang... tapi aku tak sanggup nak beratur. Nak kena pulang segera ke Kuala Lumpur sebelum malam. Aku tak nak memandu di LPT2 , tengah malam ! Heheheheh... Enggak berani dong.
Berhenti beberapa kali untuk solat , mandi dan bersihkan diri.. akhirnya jam 3 pagi , kami sekeluarga selamat tiba di Sepang. Huhuhuh..
Nasib baik aku dah biasa.. Lama tu tak pe asalkan bukan jammed ! Kalau redah jammed macam ramai yang kena ketika nak pulang berhari raya ari tu , aku confirm gi berurut terus kat Phuket. Hahahaha..
Apa apa pun.. pulang beraya di kampung halaman lagi best dari duduk nganga depan tv , tengok cerita tah hapa hapa tah... selepas solat sunat Aidiladha , kan ? Heeeee.. Maka , silalah cari jodoh jauh jauh.. baru best !