Terbaru dari Sony Mobile , Xperia XZ1. Dengan harga di bawah RM3K , spesifikasinya agak sama tapi ada perbezaan dengan Sony Xperia XZ Premium. Yelah , mesti la berbeza kan ? Mereka yang nak handphone yang kecil sedikit size dan lebih selesa di tangan mahupun di dalam poket , yer.. Sony Xperia XZ1 sangat selesa ! Melainkan jika letak cover case dan screen protector , aku tak tau la camana jadinya. Aku punya, takda lagi. Baru nak beli online. Murah gak. Beli kat Lelong.My.
Perbezaan antara Sony Xperia XZ 1 dan Sony Xeria XZ Premium , boleh dilihat kat web yang aku kasi jap lagi. Aku tak payah nak ulas panjang dah . Korang leh baca dan nilai sendiri. Ok, klik SINI untuk baca sendiri perbezaan dia.
Aku ada kedua duanya malah aku ada juga Sony Xperia XZ juga. Sony Xperia X pon aku ada tapi... heheee... Rosak dah. Byk tangan sangat.
Tapi kalau korang betul betul nak cari telefon pintar dari jenama Sony , ketiga tiga ni aku syorkan. Selepas beberapa kali Android di update , ketiga tiga ni seolah olah mencapai satu tahap yang takda masalah ! Haa.. Masalah 'sangkut atau hang' semakin jarang berlaku. Perlu tau , masalah sangkut ni bukan disebabkan telefon tu yer.. Kadang kadang aplikasi tu yang bermasalah. Maka , jangan bandingkan dengan Iphone. Lain keluarga tu ! Hahahaha..

Ok.. Aku tak nak bandingkan dengan telefon pintar yang lain. Pernah sekali tu , aku nak beli Huawei selepas handphone Asus terjatuh dalam air. Terus rosak ! Aku test kamera Huawei. Ketika tu di airport Phuket. Hurmmm.. terus aku batalkan niat aku. Kembali ke Sony ! Hahahahah.. No komen !
Ha... Sony Xperia XZ1. Lebih seksi dan lebih mudah dipegang ! Rasa macam tak perlu nak letak cover dah tapi disebabkan nak kasi tahan lebih lama dalam keadaan cantik dan berkekalan seksinya , maka aku kena letak gak la.. Hahahaa.. Anak anak nanti sibuk nak main gak tu.. Kena jaga 'keselamatannya' gak .
Yang terbaru selain rekabentuknya ialah aplikasi 3D Creator yang mana boleh buat replika 3D dan boleh diprint terus ! ! Haaaa... Maaf yer, ianya bukan sekadar guna aplikasi tetapi melibatkan juga hardware. Dilengkapi dengan sensor khas di badannya , Sony Xperia XZ1 adalah satu satunya telefon pintar di dunia memilikinya.
Dan satu lagi , gambar di kala cahaya rendah... memang best ! Kalau nak selfie, ada flash juga di bahagian depan kamera.
Amacam ?