Dok dengar orang bercerita pasal restoran ni jer. Tapi aku tak pernah la rasa teringin pon. Jujur aku kata , aku bukanlah kaki makan tapi makan untuk hidup jer.. melainkan kalau kena gi review makanan la.. Tu lain kes.
Nak ke Felda Residence Sg.Klah , Sungkai akan melalui restoran Nasi Bamboo Sg. Klah ni. Pasti akan tertarik untuk singgah sebab banyak kereta berenti makan kat sini. Banyak ok !! Banyakkk ! Haaa.. Kalau nak datang sini , pastikan datang sebelum jam 12 tengahari. Kalau antara 12 tengahari hingga 2 petang tu , memang penuh laaaa.
Tak jauh dari KL pon. Apakah berbaloi kalau datang makan kat sini ? Ok.. ni pendapat aku.
Ok.. nak ke sini tak sukar. Satu kelebihan buat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Keluar dari tol jer . dah boleh nampak ! Dan nak parking pon nampak tak sukar melainkan pelanggan terlalu ramai. Nampak macam mereka pun dah usahakan buka tempat parking kawasan berdekatan.
Tempat makan... Hurm..Terbuka. Ada kipas tapi jika panas di luar terik , memang akan berbahang di dalam. Jika terlalu ramai pelanggan , memang boleh jadi rimas. Tak begitu selesa. Kena guna kipas besar yang ada air tu bagi menyejukkan keadaan di dalam.
Sistem layan diri... Walaupun wife aku tak beberapa setuju dengan sistem yang digunakan kerana agak menyusahkan tapi bagi aku ianya praktikal untuk mengelakkan kes tak bayar makanan ! Satu sistem yang memudahkan semua pihak , bagi aku. Tapi bagi mereka yang tak biasa, mungkin akan jadi sedikit isu... rasa cam menyusahkan. Sila bersabar yer.
Staff.. wife aku tak cakap apa apa. Kalau tak , dia mesti akan membebel kat aku terutama part senyum dan terima kasih. Hehehe.. Yang selisih ngan aku pon nampak mudah senyum walaupun bekerja dalam keadaan tertekan.
Kedai cenderamata. Bagus inisiatif mereka.
Kebersihan , tandas dan tempat cuci tangan.. mereka lakukan kerja yang bagus di sini ! Selesa ! Tandas di dalam dan asingkan jantina. Tempat cuci tangan yang selesa dan bersih. Senantiasa di jaga. Kemudian meja cepat dibersihkan oleh pekerja mereka. Maka , takda la pelanggan nak berdiri lama tercari meja kosong gitu. Pantas ! Tahniah.
Makanan dan harga... Bagi aku , makanan memang tip top ! Harga pon ok jer bagi aku. Tak da la nak kata murah sangat tapi sesuai dengan makanan dia dan size. Kira puas la makan. Cuma pasti akan bertambah part nasi tu. Hehehe.. Sedap !
Bersih dan tersusun.
Keseluruhannya... aku kasi 4/5 bintang. Bersih adalah keutamaan diikuti dengan selesaan serta kemudahan. Bila part tu ok , makanan yang dijual automatik jadi tarikan tekak ! Heee... Kalau tanya aku , apakah aku akan datang lagi ? Yer... tapi kali ni pakai baju nipis sikit.. hehehe...