Masih ingat aku lagi.. ketika aku kecil dulu , aku menangis dalam diam. Curi curi melihat wajah ayah...ibu yang kepenatan selepas bekerja seharian. Kesian jer aku lihat mereka. Penat cari duit untuk besarkan anak anak...
Sekarang.. giliran aku pula mencari rezeki. Melihat wajah anak anak yang masih kecik , aku menjadi kasihan pada mereka. Apalah nasib mereka andai aku pergi lebih awal ? Di zaman yang sangat berliku dan mencabar ini , sapalah yang sudi menghulur kasih sayang buat mereka ? Membesarkan mereka sebagaimana aku besarkan mereka. Masing masing sendiri sudah dipenuhi dengan tanggungjawab yang besar... ? Allau Akhbar..
Berkali nafas panjang dihela. Si isteri tanya mengapa. Mampu tersenyum saja. Jauh di dalam hati , hanya Allah saja mengetahui. Sampai bila nak begini.. Ada yang rela isi tekak sendiri menyebabkan insan lain menderita. Inilah hakikat yang perlu diterima. Realiti di zaman ni. Masing masing pentingkan diri sendiri.
Mereka masih terlalu kecik untuk memahami dunia ini. Hurmm... entahlah anak. Ayah mu sendiri kadang kadang tak memahami.