Setiap hari ada pertanyaan berkenaan aircond Midea ni. Aku pernah buat entri santai mengenai Midea ni pada tahun 2016. Masa tu beli sebab Aariz. Hehehe... Wife sedang mengandung dan bakal melahirkan si Aariz tu pada bulan September. Beli aircond ni pada Julai. Nasib baik aku ada buat log mengenainya. Hehehe.. Tu pentingnya blog.. kan ? Boleh baca di Ok ke pendingin hawa jenama Midea ni ? First page lak dia duduk. Huhuh.. patut ramai je komen. Tu pentingnya SEO dan blog. Huhuh.. Orang akan search bagi mendapatkan info. Kemudian mereka akan buat perbandingan sebelum buat keputusan.
Setelah guna hampir 5 tahun... maka inilah pendapat aku mengenai aircond Midea ni. Dari sudut sejuk , takda masalah. Kena rajin bersihkan filter dan juga buat service. Seingat aku , aku baru buat sekali je servis . Ke dua kali ? Tak ingat aku tapi tahun lepas aku ada buat la dengan kawan aku.
Part sejuk , memang takda masalah. Kalau letak 16 tu , memang membeku la.. Aku suka part beku. Wife aku tak leh. Level dia antara 21-23 jer.. Tu dah memadai bagi dia. Anak anak , suka beku dulu..baru diorang lena. Dah lena, baru tutup aircond dan pasang kipas. Lena sampai ke pagi.
Camana pulak dengan elektrik ? Yang aku punya ni , 1hp jer. Di ruangan tamu 2hb tapi bukan jenis Midea. Tu Toshiba Inverter. Yang dalam bilik ni takda inverter. Kenapa aku tak guna Inverter yang dalam bilik ni walhal akan buka lebih kerap ? Sebabnya ialah kos membaikpulih andai rosak. Toshiba aku ni pernah rosak lama.. Kena tunggu spare part dari kilang. Memang nyesal la beli time tu. Berbanding Midea dalam bilik tu , takda pernah wat hal. Tapi bil elektrik memang cecah ratusan ringgit setiap bulan. Kalau takda aircond , memang takda la cecahnya. Hahaha...
Tapi aku tak kisah part bil elektrik tu. Sebab apa ? Rumah aku ni atas bukit. Dan terbuka. Bila tengahari tu , pergh...bahang dia.. Memang boleh bikin aku pening kepala la. Anak anak pun kerap demam sebelum tu. Kos ulang alik klinik je dah berapa. Lepas sorang demam.. sorang lagi. Bila dah pasang aircond , diorang tak demam dah. Huhuh.. Manja tul ! Kena kerja keras la skit untuk cari side income bayar bil elekterik ni.. Lagi pun aku kerja dari rumah , kena la selesa. Tak pe la.. untuk keluarga gak.
Ok... ada yang tanya part bunyi. Bising katanya. Hehehe.. Bising sebab blower ? Blower eh nama dia ? Heee.. Ok.. Kalau tengah malam tu, memang boleh dengar la 'suara' dia. Tiupan dia kedengaran dengan agak kasar tapi tak menganggu aku sama sekali. Malah aku lena je tidur. Bila tak dengar dia , aku akan terjaga. Hahahaha.. Aku tau aircond ditutup dek wife yang dah membeku ! Hahahha.. Maka part bunyi tu, takda masalah. Kalau korang tak suka bunyi bising ketika tidur , rasanya tak sesuai la kot. TAPI !! Midea sekarang ada banyak jenis dah ! Haaa , masa aku beli dulu.. aku amik paling murah. Jimat dan memang menjimatkan. Jimat dari segi tak buat masalah berbanding aircond Toshiba aku.
Untuk aircond Midea ni , korang boleh tengok di web mereka , Midea.com.my . Kesimpulan... apakah berbaloi beli Midea ni ? Bagi aku...jika nak beli aircond baru , memang aku akan cari Midea. Sebab ? Takda masalah dengan dia ni. Bagi aku la.. Bagi korang , aku tak tau la..
Sekian.