Viral di Twitter semalam. Di Facebook, aku tak perasan lak. Kisahnya mengenai Youtuber Sugu Pavithra yang kononnya letak harga RM10K untuk satu jam punya rakaman masakan. Apakah benar dia mintak gitu atau ada yang fitnah dia ? Huhuh..
Aku baca setiap tweet dan komen untuk fahamkan cerita. Dia dikenali dengan seorang yang merendah diri dan tidak berminat untuk 'masuk' dalam rancangan masakan. Aku percaya dia ada alasan tersendiri kenapa tak nak terlibat untuk rancangan masakan..
Sejujurnya , jika kau nak terlibat dengan rancangan tv , bukanlah sejam masa kau akan digunakan. Aku amik contoh jika aku yang pernah terlibat untuk rancangan Nona ketika untuk segmen Hari Bapa satu tika dulu. Juga beberapa rancangan tv lagi. Bayangkan untuk 5-10 minit punya 'cerita' , rakaman memakan masa setengah ari ! Tu tak perlu masak tauuu ! Pernah gak terlibat untuk rancangan masakan. Untuk bahagian aku tu, aku tunggu dari pagi hingga petang. Lepas Maghrib baru giliran aku ! Berlengas wehhh ! Hahahaa..
Kenapa aku terima ? Pertama... NETWORK ! Tak selamanya kita akan terkenal ! Bila satu hari nanti kita di bawah , kenalan kita dari pelbagai lapisan ini akan membantu kita. InshaAllah. Kedua , pengalaman. Bukan giler nak masuk tv. Kita tau, tak ramai dah tengok tv di masa kini. Dok abiskan masa dengan media sosial atau layan tv berbayar ni. Tapi bagi aku, rancangan di TV ni ada peminat tersendiri. Tak kisah la kita ni dah popular setinggi mana.. view beratus ribu mahupun cecah juta.. tapi jangan sesekali tepikan media media yang lebih otai dari kita seperti majalah dan rancangan tv ni. Maaf la.. aku guna bahasa mudah jer..
Bina rangkaian yang baik dengan semua pihak. Ianya bakal memanfaatkan kita satu hari nanti. Bayangkan satu hari nanti, kita kehilangan keupayaan pada kedua tangan kita tu. Ko rasa sapa akan bantu ko ? Sekarang boleh la sembang ko popular.. berkemampuan. Satu hari nanti ? Huhuh..
Jaga nama. Kalau betul betul tak nak , bagitau je tak nak. Jangan letak harga tinggi sebab ianya bakal mendatangkan nama buruk buat kita dalam kita tak sedari. Aku tau.. dia nak tolak secara halus. Tapi letak harga yang sebegitu , nama ko akan automatik disenarai hitam oleh 'wartawan' yang mana satu hari mereka ni berkemungkinan boleh jadi client kita .
Mereka perlukan kita.. kita perlukan mereka. Duit bukan segalanya..
Silapnya ialah.. Dia tak perlu letak harga gitu jika tak nak. Nanti reputasi dia jadi buruk. Tak comel gitu.