Aku punya syif , 7 pagi hingga 6 petang.. Bila wife balik , aku terus cari tilam ! Aku tak leh lawan mata dah.. nak kena lelap dalam sejam gitu..
Wife uruskan Qhaliff dan Zahra seperti mandi dan makan.. Menariknya , dia boleh buat kerja sambil layan tv ! Aku lak , tak boleh.. tv kena tutup ! Kalau bukak pon , confirm cerita Ultraman ! Hurmmm ..
Dalam kul 11 malam , wife akan tidurkan Zahra.. Dalam erti kata lain , dia pun akan ikut tidur. Dan Qhaliff , masih belajar jurus jurus Ultraman . Aku rasa dah mungkin masuk ke peringkat pertengahan. Tak lama lagi dah leh tamat pengajian. Pastu leh la bertukar jadi Ultraman ! Dan baru baru ni , aku nampak dia ‘membelasah’ adiknya ! Adiknya cuma mampu ketawa jer.. Amboiiii …
Bila Zahra dan wife tidur.. tinggallah aku berdua.. Apakah akan terjadi bila tinggal aku berdua ? Sila rujuk entri ini , Sudah jadi tabiat ?
Heee.. kan ? Esoknya , nak gi Tan Chong Motor. Settlekan cermin kereta aku yang pecah tu.. Yang mana ? Rujuk entri Kelebihan bila hantar kereta ke pusat servis ni lak ! Heeee..