Akar Fatimah sebagai air selusuh ..

by - Isnin, April 16, 2012

 

image

Hahaha .. lari terus genre blog aku neh ..  Ok ok .. Gambar kat atas ni ialah akar fatimah yang mana orang dulu dulu ( skang ni pon masa ada ) gunakan untuk dijadikan air selusuh ..

Apa tu air selusuh ? Secara ringkasnya air selusuh ni diminum oleh wanita yang hampir nak melahirkan anak .. Tujuannya adalah untuk memudahkan baby ..

Air selusuh ni pulak ada banyak cara nak buat .. Ada yang gunakan air zam zam kemudian dibacakan selawat atau ayat Al-Quran . Ada yang guna je air biasa tetapi si suami akan bacakan ayat ayat Al-Quran disusuli dengan doa kepada Allah agar isterinya bersalin dengan mudah ..

Dan akar fatimah ni pulak , kalau rendam , makin dia kembang .. makin mudah la si wanita tu nak bersalin .. Betul atau tidak , wallahualam ..

Bagi aku , panjatkan doa pada Allah dan tawakal. Cuba tu tak salah tapi jangan lupa , Allah penentu segalanya ..

You May Also Like

20 comments

  1. yupp! ikhtiar xsalah asalkn xmemesongkn akidah & xmelanggar syariat. paling penting, doa & tawakkal pd allah.

    BalasPadam
  2. hehehe....nak gelak jugak baca entry ben pagi ni.akar siti fatimah ni...2 tahun lepas waktu mengandungkan anak yang kecik niada sorang kawan bg saya try benda ni.kebetulan dia pun tgh mengandung jgk>>>due date nya awal dari saya....sy rendam tak sampai 5 minit dah kembang 1 baldi.naik seram pun ye jgk...2 hari lepas tu alhamdulillah...bersalin.yg kawan tu dah seminggu rendam tak kembang jgk....sian dia...bersalin kena paksa...wallahua'lam....jadi...kalau takut,jgn cuba...

    BalasPadam
  3. saya guna minyak kelapa asli yg disediakan khas oleh bidan kampung...

    BalasPadam
  4. ikhtiar aje :) habis cerita.. kalo Allah izinkan, akn mudah la segalanya ^_^

    BalasPadam
  5. anak pertama je saya dpt buat, yg lain x smpt rendam pun ben sbb awal sgt bersalinnya.apa pun kita cuma usaha, doa moga Allah mudahkan semua urusan kita.

    BalasPadam
  6. nama dia akar fatimah eh? kami panggil sanggul siti fatimah..dulu masa anak no 2 pun ada guna benda ni..pinjam dgn org.. makin kembang bermakna makin luas jalan nak keluar kan ben? itu org cakap la sbb tu dipesan kalau nak guna benda ni bila dah start sakit baru leh guna...alhamdulillah mudah bersalinnya..

    masa anak ke 3 tak jumpa pulak nak cari..mana nak beli ye?

    BalasPadam
  7. oh ya? thanks for sharing papa ben :)

    BalasPadam
  8. wajib guna masa nk bersalin...hihihi...awat hr ni citer pasai akaq kayu...hehehe

    BalasPadam
  9. usaha, tawakal dan kemudian diiringi doa...insyallah dipermudahkan...

    BalasPadam
  10. my sis time nk bersalin pon ade gune gak air selusuh nie..yg penting berbekal kn doa moga segala nya berjalan dgn baeknye

    BalasPadam
  11. baru tau,tak pernah dengar pulak..dulu pakai air zam2 dan minyak selusuh iaitu minyak kelapa yang dibaca doa..

    BalasPadam
  12. No 4org anak mmg minum air selusuh ni dan alhamdulillah, xde la sakit cam setengah2 org..dan 3anak No hampir xsakit langsung..setelah ketuban pecah br datang sakit tuh..nak kate betul macam ade benarnya..

    pe2 pun sume tu datangnya dari ALLAH TAALA kan..kite hanya minta dan serah padaNYA supaye dipermudahkan..insyALLAH..

    BalasPadam
  13. tak kawin Lagi...Tambah ilmu jer.ihihihi

    BalasPadam
  14. salam..jauh benar nak cari akar si fatimah tu.... Petua senang beranak ialah jangan durhaka pada suami... lagi satu waktu mandi bagi yang rambut panjang tu, minum sedikit air dari hujung rambut sendiri...wallahualam

    BalasPadam
  15. kat umah cikniza pun ade jugak..mak cikniza masih lgi gunekan, lagi2 de akak2 cikniza yg nak bersalin..huhu :p

    BalasPadam
  16. Wah. Baru sy tau bnda ni wujud. (=__=) Apapun, ilmu mcm ni la sy sbagai org prempuan kna ambil tau. InsyaAllah, dpt la ikhtiar skit sbyk sblum tawakal smua.. Thanks bro Ben ats prkongsian ni!

    BalasPadam
  17. air selusuh penah dgr tp psl akar fatimah ni bru tau..mne tau utk pengalaman mase dpn hehe

    BalasPadam
  18. As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

    Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

    Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

    Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

    Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

    BalasPadam
  19. Pernah cuba masa nak melahirkan anak dulu..pemberian seorg kwn semasa dia balik umrah, tapi still saya bertarung dlm labour room almost 9 jam..apapun yg penting panjatkan doa pd Allah s.w.t insyaallah semuanya akan selamat. :-)

    BalasPadam
  20. Pernah cuba masa nak melahirkan anak dulu..pemberian seorg kwn semasa dia balik umrah, tapi still saya bertarung dlm labour room almost 9 jam..apapun yg penting panjatkan doa pd Allah s.w.t insyaallah semuanya akan selamat. :-)

    BalasPadam