Kesian Bob Kuman ..

by - Isnin, April 16, 2012

 

Terbaca kisah Bob Kuman di blog MazidulAkmal.com , menyebabkan aku insaf dan ‘terasa’ betapa membazirnya masa masa aku sepanjang hidup aku ni ..

image

Aku pasti ramai dah membaca kisah Bob Kuman ni .. Bagi yang belum .. cuba baca sedikit dari entri yang aku amik dari blog abang @mazidulakmal.com ni ..

"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.  “

Korang leh baca lagi di blog http://www.mazidulakmal.com/ ni .. Hurm.. Mereka yang gemar enjoy di zaman muda tu , kembali fikirkan nasib diri bila tiada yang sudi membantu satu hari kelak , andai kita sakit nanti .. Mana nak datang duit ? Kawan kawan pon ada tanggungan mereka sendiri .. Jangan mengalir airmata waktu tu..

Teringat nasihat orang tua aku , ‘ Ingat masa tua .. Berjimatlah .. “

You May Also Like

11 comments

  1. kasihannya :'( harap Bob Kuman tabah..

    BalasPadam
  2. masa mudalah kna jimat..skrg smua duit..moga bob kuman tabah hadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  3. time sihat ade je orang nak perlukan khidmat.. bila sakit.. usahkan nak tolong.. buat tak tahu je.. duit pun x ade nak biayai sakit sndiri.. sedih..

    BalasPadam
  4. subhanallah..kesiannya :'(
    semoga beliau tabah dan diberi kekuatan..hanya doa yang mampu diberi~

    BalasPadam
  5. Erm...sedih gak baca...
    Sebelum nih sy xsuka ngat ngn Adlin Aman Ramli.. Cam overrrr ja dia tuh.
    tp tanggapan sy silap......
    he is nice guy... =(

    BalasPadam
  6. Salam bro..sy juga berharap agar Bob Kuman tabah dgn ujian ini. Kita yg masih sihat, sama-sama beringat, malang tidak berbau, sekurang-kurangnya ambil insuran sbg perlindungan..tp sy bukan agen pun..

    BalasPadam
  7. Ya Allah, ksiannya.. Susah bro bidang2 artis ni sjujurnya.. Kbanyakan of course ats dsar keuntungan, smpai snggup tayang crite yg boleh rosak akhlak msyarakat. Demi keuntungan.. [Tp tak smua, ada yg ok, ada yg tak ok. Pndai2 la nilai sndiri]

    Brjimat cermat la dlm prbelanjaan..

    BalasPadam
  8. assalam, sanggup majikan biarkan pekerjanya begitu sahaja....kebajikan pelakon sape yg jaga?

    BalasPadam
  9. tak semua nasib kita sebagai manusia sama.... mmmm gi Hospital Tawakal Jln Pahang ke?... kan itu swasta...mahai... sebelah tu je HKL...murah dan agak terseksa menunggu no. giliran..hehe..tahun demi tahun hidup makin terseksa sbb duit... berjimat cermat la kita semua...

    BalasPadam