Terima kasih JPJ dan PDRM !

by - Khamis, Ogos 08, 2013

 

Jangan hanya tau nak caci maki mereka saja .. Bila mereka lakukan tugas dengan cemerlang , selayaknya mereka patut menerima pujian walaupun mereka tak inginkannya namun sebagai pengguna jalanraya  yang selamat pulang ke kampung halaman untuk beraya , pastinya sangat bersyukur atas kelancaran jalanraya serta kehadiran mereka di bahu jalan raya bagi memastikan segalanya menurut peraturan ..

Apa yang aku perasan ialah perbezaan bila kehadiran penguatkuasa dan penggunaan kamera perangkap laju .. Apa gunanya kamera ni ? Nak tangkap mereka yang pandu laju ? Apakah ianya berbaloi berbanding dengan meletakkan pegawai bertugas di lokasi lokasi yang boleh dianggap berpotensi berlakunya kemalangan ?

Bagi aku yang melihatnya semalam , setiap kali adanya kon dan lampu amaran pihak penguatkuasa , automatik pemandu jalanraya memandu dengan perlahan. Jika ada yang engkar , mereka terus disaman di situ ! Itu lebih baik dari 2 bulan kemudian , baru terima surat saman ! Memang menyakitkan jiwa !

Janganlah nak kata kekurangan kakitangan .. Rakyat Malaysia yang menganggur berapa ramai ? Yang menanggur ni pulak bukan calang calang ! Kecik kecik dah mampu bina bom ! Dah besar mampu buat stunt dengan motor biasa je pon ! Malah kenderaan pon mampu mereka ubahsuai ! Golongan beginilah yang patut serta penguatkuasa .. hehehhe ..

Sekali lagi , terima kasih PDRM dan JPJ serta pihak pihak berwajib yang lain terlibat dalam operasi raya ni ..

You May Also Like

0 comments