Nasib baik aku tak marah !

 

“ Pak Ngah.. Botol air Ben 10 tu saya punya.. “.

Terkedu jap aku. Aik ? Aku tanya dan tanya lagi anak buah aku ni.. Jawapannya lancar tanpa sebarang masalah. Seingat aku , botol air ni Qhaliff punya ! Aku sendiri yang amik bagi kat Qhaliff masa dia dahaga nak minum air dan wife bawak dari rumah. Hurmm..

Aku snap gambar dan tanya kat wife .. Send melalui whatsapp.

image

Hurm… Wife kata Qhaliff punya ! Camana tu ? Takkan la anak buah aku berani bohong aku kot ? Mau gak kena smackdown ngan aku nanti !

Tiba-tiba.. aku terasa ada sesuatu dalam selimut berhampiran aku. Aku capai dan terngaga ! Huk alohhhhhh.. Punya la berjuta botol air dalam dunia ni , apa kes diorang boleh guna yang sama gak ???

image

Aku panggil anak buah aku tu dan tunjuk kat dia ! Dia sendiri garu kepala.. Aku serahkan kat dia satu dan suruh simpan elok elok.. Hurm…

Nasib baik laa tak kena marah ngan aku. Kalau tak, tak pasal pasal kena mintak maaf kat dia.. Minat benar dengan BEN 10 .. Mentang mentang aku nama BEN.. Mesti minat kat aku tu.. Hahahaha..

11 ulasan:

  1. klou ben10 boleh btukar jd rasaksa... abg ben pun boleh jd hulk..mengganas

    BalasPadam
  2. Sepupu yang sehati sejiwa ni..sampaikn botol air pun sama..heeee

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. ayat last tu memang win...hahahaha

    BalasPadam
  5. Ini salah satu bukti budak2 tak pandai nak tipu, diorang jujur ja dalam segala hal..hihi

    BalasPadam
  6. Untung tu abang ben,..ada pak ngah yang nickname nya sama dengan kartun kegemaran..2 in 1..hhihihi...

    BalasPadam
  7. okey...tgelak jugak part yg last skali tu..hihi

    BalasPadam
  8. Ben 10 memang femes kan..sama lak tu..kalu lain sket design tak pe lah..Ini siap sume sama..hihih

    BalasPadam
  9. okeh... nih kelakar tang last sekali tuh! hahaha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI