SEA KOREA TOUR 2015 : Hari Pertama

by - Rabu, Ogos 05, 2015

 

Tiba di Seoul Incheon International Airport , pada jam 6.30 pagi , (waktu Malaysia).  Staff SAMSUNG dah sedia menanti untuk memulakan pengembaraan menerokai hutan batu di Seoul ni ! Yessszaahhh ! Tak sabar aku !

image

Bersama sama rombongan dari Malaysia , ada beberapa lagi influencer, Abang Nara dari BeautifulNara dan CityGal dari KampungBoy CityGal  dan wartawan dari beberapa akhbar.

image

Kenderaan untuk membawa kami ke hotel dah sedia.. Jom !! Gerakkk ! Cepaatt !!

DSC09740DSC09741

Masuk je perkarangan hotel kami menginap , aku kagum dengan persekitaran situ.. Bersih , nyaman walaupun cuaca dikatakan panas tapi bagi kitorang yang datang dari negara panas, ianya biasa jer.. ! Panas mereka , masih lagi berangin.. huhuh..

HOTEL SHILLA SEOUL

image

imageDSC09745image

Memandangkan kami hanya boleh check in jam 3 petang , maka kami diberi keistimewaan.. boleh gunakan spa hotel untuk membersihkan diri dan menukar pakaian ! Yup , hotel yang sangat bersih ! Kawasan persekitaran , nak jumpa sampah pon susah woo !!

Selepas mandi , bersiap dan.. rombongan influencer dari negara lain sekitar Asia Tenggara juga turut tiba. Indonesia , Thailand, Singapura Vietnam dan Filipina.

DSC09751

Ada rakan di Facebook bertanyakan mengenai kawalan keselamatan memandangkan baru-baru ni Korea antara negara yang diserang wabak penyakit MERS. Kerajaan Korea telah mengisytiharkan negara mereka telah bebas dari penyakit tersebut namun mereka tetap membuat persediaan dan kawalan keselamatan yang ketat.

image

Kamera Thermal Graphics ni diletakkan di setiap pintu masuk lapangan terbang dan juga hotel.

Siap daftar.Kami diberi satu ID iaitu badge Samsung untuk memisahkan mereka yang hanya amik HALAL dan tidak ketika makan tengahari dan makan malam nanti.

image

Ok… Jom ke destinasi pertama !

BISTRO SEOUL yang bakal kitorang tujui. Terletak di Samseong-Dong Oakwood , bistro yang dikatakan menyediakan makanan Korea yang sedap dan menarik ini pastinya tak sabar untuk aku rasai ! Hehehe.. Lapar pon satu hal..

imageimageimage

Jom makan ! Mereka asingkan yang HALAL dan NON HALAL.

imageimageimage imageDSC09763DSC09771

Sedap ! Nampak skit tapi cukup mengenyangkan ! Huhuhuh..

Selesai makan.. Semua bergerak ke destinasi yang ditunggu tunggu !

 

SAMSUNG INNOVATION MUSEUM ( SIM )

Di sini , pengunjung dilarang amik gambar kawasan persekitaran ! Haaa… Atas faktor keselamatan gituuu… Maka , sila jangan gatal gatal amik gambar yer .. Tapi dalam muzium , tak pe !

image

Bagi mereka yang gemarkan barangan elektronik dan gadget pasti akan teruja sungguh ! Aku sendiri pon teruja tapi tak sempat nak luang masa lama sangat sebab kena ikut jadual ! Maka , mana yang sempat buat , buat cepat cepat ! Hahahaha .. Sila bergambar dan amik gambar !

Sejarah SAMSUNG dan segala inovasi mereka diletakkan dalam muzium ini ..

imageDSC09775image

Gambar atas ni , obor yang digunakan untuk menyalakan api di sukan Olimpik !

Gambar bawah ni.. Mesin basuh pertama di dunia ! Bayangkan berapa banyak info boleh dapat dalam muzium ni ! Hahahaha .. Ada television , vacuum , telefon bimbit pertama di dunia .. dan banyak lagi !

image

imageimageDSC09777DSC09784

Kalau tak silap aku ada 3 tingkat kesemuanya untuk diterokai. Seronok dan menarik sekali !

Kemudian ke GAROSU-GIL untuk menerokai syurga membeli barangan kosmetik ! Huhuhuh.. Haa , disini sapa yang mampu berbahasa Korea ..pasti akan ada kelebihan ! Dalam group aku , AbangNara fasih berbahasa Korea kerana dulu dia belajar kat sini.. 7 tahun !

DSC09798DSC09795DSC09802

Selesai cuci mata  ! Jom makan malam lak !! Nak beli ,tak tau nak beli apa ! Hahahaha… Semua best je nampakkkk ..

ITAEOWN – WOL HYANG

image image

image imageimageimage

Cantik kan gambar ? Ni guna Samsung Galaxy S6. Hehehehe..

Ok.. Perut dah kenyang , kan ? Hehehe.. Tiba masa untuk bershopping di Dongdaemun !

DONGDAEMUN MARKET TOUR

Fuhhhhh.. Shopping kat sini tak perlu risau kena marah atau kena jegil bijik mata ! Hahaha.. Tanya la apa pon , mereka jawab dan takkan marah..

imageDan aku berjaya abiskan RM400 di sini saja ! Huhuhuh… Terus terang aku katakan.. sangatlah bersih walaupun kawasan ni dipenuhi orang ramai dan menariknya , mereka berniaga 24 jam tanpa henti !!

Abis shopping.. terus balik hotel dengan teksi. Teksi guna meter dan takkan kena tipu punya. Pesan AbangNara, jangan amik teksi warna hitam. Tu ekslusif punya.. hehee..

Di bilik.. lepas mandi.. tak sampai seminit letak kepala atas katil ,terus lenaaaaa !

You May Also Like

10 comments

  1. ha dah kluar pun entry korea dia.. tunggu2 jugak ni hehe..

    BalasPadam
  2. rasa nak gi geletek abang ben suh senyum. hahahha

    BalasPadam
  3. Abang ben..up banyak banyak entry kat korea..best..serious..

    BalasPadam
  4. Okkk terujaaaa!!
    Nak sangat pergi sanaaaaa .huwaa jelesss

    BalasPadam
  5. terliur tengok mknn tue.. :)

    BalasPadam
  6. Wah bestnyer g korea..untungla..ada tajaan p sana...agak2 bila la dapat tajaan mcm abg Ben ni...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah rezeki...dapat tengok gambar pun jadilah....huhuhu

    BalasPadam
  8. bestnya jadi blogger.. hahaha.. bila pulak kita nak kena bawak p korea..

    BalasPadam
  9. bestnya..
    bila lah nak sampai korea ni.. hehehee

    BalasPadam