Hidup , jangan tamak .. kawan !

 

Ada kawan tanya..

image

Aku jawab.. Masa aku uruskan sendiri.. Lagi rajin aku ‘bekerja’ lagi murah rezeki aku. Kaya tu tidak la tapi aku tak la seperti aku dulu.. Adakalanya terpaksa ikat perut dan tunggu hujung bulan untuk kembali bernafas..

Pastukan.. pastukan.. Yang bestnya ,jika kita ada team ! Haaa.. Bila ada team , fuh ! Memang best ! Hala tuju ada.. Pastu team lak , dah sekepala .. Walaupun ada kekurangan .. segalanya diperbaiki.. Bila dah baiki , lagi ngam jadinya !

Konsep aku sekarang.. mudah jer.. Satu kek , aku amik bahagian aku dan selebihnya , bagi kat kawan kawan.. Aku nak makan semua , boleh jer.. tapi HIDUP JANGAN TAMAK ! Selagi kita boleh MEMBERI , kita buat.. InshaAllah , ada keberkatan di situ..

Sebenarnya.. kita akan belajar mengenai kehidupan ketika kita di bawah ! Bila kita jatuh tersungkur , ketika itulah Allah memberi kita kehidupan sebenar ! Mengeluh tak pe.. Mengadu terus pada Allah.. Akan nampak perbezaan nanti.. Jangan mengeluh kat boifren atau gelpreng.. tak berbaloi !

11 ulasan:

  1. Btul tu..hidup jgn tamak...sesekali cuba itk berkongsia..insyaallah sentiasa di murahkan rezeki

    BalasPadam
  2. Betul, rezeki yang dikongsi, InsyaAllah lebih berkat. Dan ramai yang akan mendoakan moga makin murah rezeki nanti :-)

    BalasPadam
  3. yer betul....megeluh dan mengadu pada Allah swt...sesekali dengan kawan pun boleh sebab itulah gunanya kawan....

    BalasPadam
  4. Setuju dengan konsep satu kek dibahagi bersama tu.
    Dalam islam pun ada konsep macam tu kalau hidup kita kaya kena memberi kerana setiap rezeki kita tu ada hak untuk orang lain (zakat).

    BalasPadam
  5. kekalkan dengan kawan yang sanggup bersusah payah dengan kita..in sha Allah bila dah senang sedikit tidak mudah dia lupa kita dan lupa diri..moga terus success abg ben dan KBBA..

    BalasPadam
  6. berkongsi rezeki..berkat hidup... =)

    BalasPadam
  7. btul.. stuju.. berkongsi itu rezeki..

    BalasPadam
  8. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak Allah limpahkan rezeki. Suka Ben punya analogi pasal kek.

    BalasPadam
  9. Bagus sikap tak tamak ni, setiap bahagian kita pun pastinya ada bahagian orang lain juga kan?

    BalasPadam
  10. 😍😍 sharing is caring.
    The more u share, the more u getting it back

    BalasPadam
  11. Betul tu Ben..rezeki di kongsi bersama..tq selalu beri Kak Sue peluang..semoga Ben sentiasa di murahkan rezeki lagi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009