Giveaway untuk peminat TRANSFORMERS !

by - Rabu, Jun 29, 2016

 
Aku tau korang minat punya ! Kan ? Haaa.. Kalau minat , aku ada giveaway untuk korang terutamanya yang setia membaca blog aku sejak 8 tahun dulu.. Fuh , lama tuuu ! Terima kasihhhh !
Hadiahnya ialah berupa TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot) atau TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught) bernilai RM 139.90 ! Camana rupa TRANSFORMERS Scattershot dan Onslaught ni ? Ni haaa
image
image
image
TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot)
image
 
image
image
TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught)
 
 
Suka ?? Nakk punyaa kan ?? Aku tauuu.. Mestilah nak kan ? Haa.. Aku jarang buat giveaway ni.. Maka , sila amik peluang ni yer.. hehehe.
Camana nak join ? Mudah jer…. Ada dua langkah jer. Cara-caranya ialah :
  1. Share Giveaway ni di Facebook korang. Penting share sebab nanti aku nak detect pemenang melalui Facebook.
  2. Sila tinggalkan komen di ruangan komen pada entri ini dan beritahu kenapa korang minat TRANSFORMERS dan robot mana yang korang minat ?
Tu jer ! Senang kan ? Hehehe.. Pemenang yang bertuah akan dihubungi nanti. Semoga berjaya ! Pemenang akan diumumkan sebelum 15hb Julai.

You May Also Like

16 comments

  1. Sebut sahaja TRANSFORMERS anak lelaki mana tak mau wehh huhuu saya nak TRANSFORMERS ni untuk di hadiahkan kepada anak lelaki ana yg semakin membesar mesti dia HAPPY n sayang ana selalu muhahhaaa maklum la anak lelaki ada 2 orang jer sorang besday 6.6.2016(4thn) dan sorang lagi 8.9.2016(1thn)..TRANSFORMERS yang membuatkan ana nk kasi dekat boy2 ana adalah TRANSFORMERS Generations Voyager Class, (Scattershot) yahooo

    BalasPadam
  2. Ben Ashaari wajib memilih saya sebagai orang yang bertuah menerima giveaway transformers. Kalau boleh yang TRANSFORMERS Generations Voyager Class, (Scattershot). Sebab boleh tambah koleksi. Walaupun buat masa skrg hanya ada satu. Kalau dapat, boleh jadi dua. Minat transformers sebab mmg layan cartoon dia sampai lah movie. Dan giveaway transformers ini akan dijaga dengan baik.

    BalasPadam
  3. Saya minat Transformers sebab movie dia best2. cara editing movie.. camera bergerak. angle dia. lawa. dari situ buat saya start suka pada transformers. transformers ni baik orangnya (cehh, tetiba) . transformers boleh bertukarrrr. saya harap saya juga boleh bertukarr ...

    saya suka, TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught). sbb kaki dia kuruih :D (takde kena mengena lagi.) Lepas tu, dia ada dua pistol :D


    facebook : Siti Sorfiena Syasha
    blog : http://ash-tsukidate.blogspot.my

    TQ :)

    BalasPadam
  4. Saya minat dengan TRANSFORMERS Generations Voyager Class, (Scattershot).. sebab dengan kuasanya boleh la dapat tembak sasaran dari atas.. habis semua.. hahahha... dapat ke anak ni mantap dia punya imaginasi nanti..

    BalasPadam
  5. Saya minat transformers kerana saya membesar dengan melihat kartun transformers. Kenderaan yg boleh bertukar menjadi robot dan mempunyai pelbagai jenis karakter sangat mengujakan saya dan dalam masa yang sama mengajar erti kehidupan seperti semangat setia kawan, keberanian & tanggungjawab. Memiliki robot transformers adalah idaman setiap kanak-kanak sezaman dengan saya pada masa itu. Apabila transformers ditayangkan di layar perak, ia ibarat mengimbau kenangan lalu yg sangat indah semasa kecil. Walaupun usia sudah meningkat namun keinginan memiliki robot transformers masih ada. Memiliki robot transformers adalah satu kepuasan bagi saya.

    BalasPadam
  6. 1. Done share.
    2. Saya minat transformers kerana saya membesar dengan melihat kartun transformers. Kenderaan yang boleh bertukar menjadi robot dan mempunyai pelbagai jenis karakter sangat mengujakan saya dan dalam masa yang sama mengajar erti kehidupan seperti semangat setia kawan, keberanian & tanggungjawab. Memiliki robot transformers adalah idaman setiap kanak-kanak sezaman dengan saya pada masa itu. Apabila transformers ditayangkan di layar perak, ia ibarat mengimbau kenangan lalu yang sangat indah semasa kecil. Walaupun usia sudah meningkat namun keinginan memiliki robot transformers masih ada. Memiliki robot transformers adalah satu kepuasan bagi saya.
    Robot yang saya paling minat adalah bumblebee.
    (Abaikan/Delete yang saya punya first comment sebab tak lengkap:) )

    BalasPadam
  7. Transformes generation voyagerclass(scattershot) pilihan saya.

    1. Boleh bertukar daripada robot menjadi kenderaan yang boleh terbang di langit.
    2. Warna merah pada transformer lebih menyerlah,berani dan mengujakan untuk terus kanak-kanak berimaginasi dengan lebih bergaya.
    3. Transformers yang boleh bertukar bentuk akan menjadikan otak kanak-kanak lebih bekerja keras berfikir kehebatan permainan tersebut direka.
    4. Menjadikan kanak-kanak mula berfikir untuk mereka cipta robot kepunyaan mereka sendiri menggunakan bahan-bahan terpakai.
    5. Secara tidak langsung, robot transformers mampu membentuk daya saing,semangat,berani, kebijaksanaan,kreatif pada diri kanak-kanak..
    6. Harga robot Yang mahal dan ekslusif giveaway daripada blogger ben ashaari.

    Seronok kalau tetiba dapat giveaway transformers ni.. boleh menambah koleksi permainan dirumah. Lebih-lebih lagi koleksi giveaway dari blog ben ashaari.. saya 'toys hunters'.. walaupun dah besar tapi masih membeli permainan dan berkeinginan untuk mengumpul pelbagai jenis permainan dari masa ke masa.. dan lebih penting lagi.. robot giveaway transformer dari ben ashaari akan menjadi permainan robot pertama yang saya bakal miliki.

    Semoga, ada rezeki permainan transformer merah ini untuk saya.. Aamiin.. Insyaallah..

    BalasPadam
  8. 1. Done Share : FB : Azura Aziz

    2. Saya pilih TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot). Sebab kalau saya menang TRANSFORMERS ni saya nak bagi hadiah pada anak saya Abang Adam sebab dapat 6A semasa exam pertengahan tahun haritu. Lagipun memang dia dah lama mengidam TRANSFORMERS tu. Setiap kali pergi ke AEON Alamanda mesti tengok. Saya cakap kalau Abang Adam nak TRANSFORMERS tu, Abang Adam kena simpan duit dalam tabung, tapi duit tabung tak cukup lagi katanya.

    BalasPadam
  9. Nak menang robot tu.Sebab saja nak simpan buat koleksi, kenangan menang GA ngan blogger terkenal, ehem :).Ada rezeki preggy lagi,dapat baby boy, boleh hadiahkan dekat dia, hihi.(eceh, berangan tak salah kan?).Yang penting nak colour biru tu, nampak menawan!

    BalasPadam
  10. Selesai berkongsikan post ini.

    Saya meminati kartun transfromers sejak dari kecil lagi dan hampir kesemua episode / siri telah ditonton. Tapi sayangnya sewaktu kecil, kurang fasih berbahasa penjajah, hanya berharap pada alih suara atau pun sarikata, itu pun laju benar. Siri yang Jepun punya pun layan gak terutamanya yang manusia boleh bertukar jadi kepada robot..yeah, itu adalah antara yang terbaek penceritaannya. Watak-watak robot pun ada yang tidak dikenali atas kekangan bahasa. Optimus Prime watak ketua autobot dan Megatron watak ketua decepticon..itu sahaja yang selalu diulang-ulang dalam penceritaan transformers.. walau pun begitu, memang layan semua episode / siri transformer ni..Transformer ni best die sebab robot yang boleh bertukar kepada macam-macam bentuk la..memang terbaek.

    Robot yang dipilih jika tidak keberatana ialah TRANSFORMERS Generations Voyager Class, (Scattershot).. sebab die autobot la... :)



    TRANSFORMERS Generations Voyager Class, (Scattershot)

    BalasPadam
  11. Memang minat transformer dr kecik lagi..dulu tk mampu milik..jadi main robot pakai ranting-ranting kayu je..ikat2 jadi robot.. tp pakai ranting kayu pun mencetus kreativiti juga. Kalau dapat robot ni nak yang Scattershot..sebab apa? 'Rare' sangat tau geng2 autobot nak ada robot terbang nih..slalu autobot semua jenis kenderaan darat je. "Autobots, roll out!!!"

    BalasPadam
  12. Memang minat dengan transformers sejak kecil dan antara mainan pertama yang anazarin dapat adalah robot tranformers. Alangkah indahnya jika berpeluang menjadikan koleksi bagi salah satu robot transformers di atas..

    BalasPadam
  13. Emmm, nak join ke tidak ye Giveaway ni? Jap fikir! hehehe.

    Ikutkan... bila lihat movie Transformers ataupun kartun Transformers, along dan angah akan bergaduh memilih yang mana watak mereka. "along yang ni", "angah yang ni". Mereka sukakan robot. Dan bila kena beli robot, setiap watak kena beli dua. Jika seorang satu berlainan robot, nanti akan jadi punca gaduh kemudiannya.

    Aku join giveaway ini. Dengan harapan terpilih, supaya aku dapat berikan "onslaught" kepada adik. Biar along dan angah 'berbulu' melihatnya. Hahaha. Adik tidak pernah miliki mainan robot Tranformers. Apa yang dia main, cumalah yang dimiliki oleh along dan angah.

    Biar kali ini, Transformers Onslaught khas untuknya. Hope terpilih. In Shaa Allah.

    Share : DONE!
    Fb : Izz Izz Izz Iskh

    BalasPadam
  14. Wow transformers,walaupun saya tak kenal semua watak2 dalam transformers ni,tapi saya nak join jugak giveaway ni,berhjat sangat nak hadiahkan pada seorang anak saudara yang agak kekurangan.Faiz suka minat sangat dengan transformers yg lori treler tu,tp apakan daya mak su dy tak mampu nak belikan.
    Harap terpilih dan dapat gembirakan fai'iz 😉

    BalasPadam
  15. Bestnya ada giveaway ni...

    Eirna memang suka sangat dengan Transformers sebab tu la kartun feberet masa kecik dulu.Memang fanatik giler dengan Optimus Prime.Bukan Eirna ja yang suka..Mr E dan 3Q pun minat juga.

    Kalau boleh Eirna nak hadiah TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot)kepada anak bongsu Eirna iaitu Qayyim sebab dia juga suka Transformer sama macam mak dia...Kebetulan,Qayyim suka buat koleksi toys yang kami belikan utk dia..Harap dapat hadiahkan Transformers ni untuk koleksi Qayyim.Mesti Qayyim suka kalau dapat.Insha allah....

    BalasPadam