Kasut raya yang dicari !

 

Alhamdulillah.. Jumpa jugak ! Bila tengok harga , memang agak membeliakkan mata tapi memandangkan aku dah di usia senja  menjelang , aku kena berhati hati.. Kena jaga kaki untuk elak dari luka dan yang penting , keselesaan dan juga keselamatan..

Dah cari di Alamanda , IOI Mall Putrajaya , KLCC. takde yang berkenan di hati.. Dan tadi , aku gi Mid Valley.. merayau dari tingkat bawah hingga ke atas sekali.. dan ternampak di dalam satu kedai ni.. kasut kasut dia memang untuk orang giler adventure punya !

Aku masuk dan tengok.. Tergoda terus ! Huhuhuh.. Terus tanya size..

“ Size 9 ada .. ? “

“ US ke UK ? “

Dah bila pulak kaki main ikut size omputeh ?

“ Kak… 9 Malaysia ada tak ?? “

Nak je aku cakap cam tu.. kang dia bantai gelak sampai terbarai usus , aku jugak yang kena..

“ Alamak.. tak pasti saya.. Akak rasa UK ke US eh ? Saya sokong Portugal je ni.. “

“ Jap yer.. “.

Dia gi amik.. Size 10 mengikut US dan aku cuba.. Perfecto ! Terus angkat .. tak tengok pon ada diskaun mahupun kompaun ! Aku tak nak pikir panjang sebab kalau pikir panjang , memang aku letak balik ! Balik rumah , confirm nyesal !

image

Heheheh.. Best ! Boleh bawak masuk sungai sebab waterproof ! Huhuhuh.. Waterproof bukan tak leh basah pon ! Adehhh , aku ni ponnn !

Wife tanya.. kasut apa ? Aiseyman.. camana nak jawab eh.. Ok ok.. guna alasan faktor usia. Maklumlah , dah tua.. kena jaga kesihatan dan tubuh badan. Apa guna kerja penat penat tapi kedekut dengan anggota badan sendiri kan ?

7 ulasan:

  1. Cantiknyeee tp sesuai dgn kaki aku kot hihihi

    BalasPadam
  2. Sekali sekala reward diri dengan barangan mahal sikit takpe aben, janji benda boleh pakai lama, 5 tahun 10 tahun 15 tahun... Berbaloi....

    BalasPadam
  3. Sekali sekala reward diri dengan barangan mahal sikit takpe aben, janji benda boleh pakai lama, 5 tahun 10 tahun 15 tahun... Berbaloi....

    BalasPadam
  4. Sekali sekala reward diri dengan barangan mahal sikit takpe aben, janji benda boleh pakai lama, 5 tahun 10 tahun 15 tahun... Berbaloi....

    BalasPadam
  5. Sekali sekala reward diri dengan barangan mahal sikit takpe aben, janji benda boleh pakai lama, 5 tahun 10 tahun 15 tahun... Berbaloi....

    BalasPadam
  6. mahal takpe tahan lama..macam husbnd suka beli mahal..sebab tahan bertahun

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009