Kedudukan kandungan bayi melintang . Perlu ke aku risau ?

 

“ Apa kata doktor ? “ . Tanya aku pada wife..

“ Sama lagi.. “.

Tertanya aku.. bahayakah kedudukan kandungan begitu ? Kedudukan melintang seperti dalam gambar di bawah.

image

image

Kesannya ? Sesekali wife terasa sakit di bahagian bawah perutnya. Apakah punca berlakunya kandungan melintang gini ? Aku pon google untuk mencari jawapanya.. Dan jumpa.

Penyebab bayi melintang adalah relaksasi/peregangan dinding perut akibat proses persalinan sebelumnya yang belum sempurna atau  pernah melahirkan empat kali atau lebih sebelumnya. “.

Aku tak pasti la samada jawapan ni tepat atau tidak tapi sekurangnya , ada gak la jawapan kepada pertanyaan aku tu. Dan apakah dia akan kembali ke kedudukan normal sebelum tiba masanya ?? Doktor beri masa lagi..

Doakan kami agar segalanya dipermudahkan urusan ini… Terima kasih.

10 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan semua Ben..biasa tu selagi belum masa bersalin baby memang pusing-pusing..nanti InsyaAllah akan okay kedudukan baby tu..

    BalasPadam
  2. in sya Allah..ameen..moga baby kembali kepada keadaan yang sepatutnya sebelum kelahiranya..

    BalasPadam
  3. Tapi saya yang sulung dalam perut ni. Melintang jugak. Sakit jugak bawah perut. Dah masuk 7 bulan. Nurse and doctor cakap nothing to worry. Masuk bulan 8 die membesar die pusing sendiri. Tapi apa2 pun semoga kandungan wife dipermudahkan. Amin

    BalasPadam
  4. harap2 xdek apa ler tu.
    mmg risau le kalau laindr lain,
    insyaallah semua ok.

    BalasPadam
  5. semoga semuanya dilancarkan abg Ben

    BalasPadam
  6. Oh. Baby melintang. Saye ig nazrahnur . Saye slalu doktor pakar puan set up kan appointment untuk check up. Last week, doc KK ckp kepala baby kat bawah. Baby saya memang tak duduk diam. Bila dia tidur tak tau. Kalau tak gerak, keje die mengeras je. Rahim pun da pandai cramp. Sakitt ya amat. So this week lepas jumpa doc pakar puan tu, scan, doc cakap baby melintang balik . Patutla sike mengeras kiri dan kanan perut timbul lain macam �� tapi doc cakap, tak perlu risau sebab banyak lagi ruang dia berakrobatik sebab tu dia jadi mcamtu. Pesan nurse n doktor doktor, jangan urut. Selain dari kawasan perut dan pinggang , boleh urut .. sebab dikhuatiri baby sangat aktif, bile urut kt bahagian perut ke pinggang ke , mane tau bole terbelit tali pusat atau ape ape la kejadian dalam perut. Biarkan natural..makan minum jaga. Kerja kerja berat takpayah buat. Semoga oke smuanya ��

    BalasPadam
  7. Insya Allah takde apa-apa tu.. banyakkan berdoa. Ada petua kata minum air kelapa jika bayi songsang.

    BalasPadam
  8. Pujuk baby...usap perut isteri...doa sambil mengharap pada bantuan Allah supaya kedudukan kembali normal...

    BalasPadam
  9. semoga dipermudahkan kak zila dan baby..insyallah baik2 je

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009