Membeli untuk membantu mereka !

by - Sabtu, Jun 25, 2016


Aku dapat message di Facebook…

“ Assalamualaikum en ben Salam Jumaat. Salam Ramadhan .Selamat Berpuasa. Akak doakan semoga En Ben sekeluarga diberikan kesihatan yg baik,dianugerahkan usia yg berkat,dan sentiasa brd dlm rahmat dn lindungan Allah Taala.Amin.
En.Ben , kak harap sgt jika dapat promosikan jualan kak sempena nak raya ni..Serunding daging,serunding ayam, serunding ikan, crunchy mini popia dan crunchy mini karipap,popia simpul..
En Ben, anak kak yang sulung..Alhamdulillah dapat 9A dlm SPM.. Sekarang sedang  sambung belajar asasi sains di UITM Dengkil , Selangor. Bercita cita nak sambung asasi Sains Hayat Perubatan.. Baru masuk  dan belum dapat lagi elaun. Buku2 mahal juga ya.. Voucher buku pun tak dapat2 lagi... Kak bukan minta bantuan kewangan tapi melalui pembelian jualan kak..
Terima kasih..Kak pohon maaf sebab menganggu.. “
Aku masuk Facebook kak Alia Haryani. Dan memang dia sedang promote produk produk yang dia jual untuk mencari wang seperti yang dia perkatakan.. Sebenarnya , ini bukanlah kali pertama aku masuk Facebook dia.. Sememangnya dia dah memang dikenali oleh orang orang tertentu..
image
imageimage
Ok.. dah tengok ? Teringin nak membantu akak Alia dan anak anaknya ? Sila beli serunding dan sebagainya , yang dia jual ! Dia bukan mengemis yer.. Dia meniaga…
Satu coretan di Timeline dia ..
“ Rintihan aiman pada mama..."Mama janganla kuat sangat buat kerja..Mama kenala rehat juga..Mama tu bukannya sihat pun..Aiman pun bukannya ada sape2 selain mama..Sentimental pula Aiman ni..
Terkedu juga seketika..terasa sebak...Mama cepat2 bangun cuba sembunyikan wajah ....Ya Aiman ....Kita semua ni hanya pinjaman...Doakanlah agar mama dapat membesarkan anak anak mama...Diberikan kesihatan yang baik dan kesembuhan.amin.
Apa yang berlaku..pemergian ayahandanya...walau tidak dibesarkan oleh ayah ...tapi hati seorang anak kan...Aiman tetap terasa kehilangan... “
Jika nak order atau buat tempahan boleh pm atau message akak Alia di 012 921 8016..

You May Also Like

3 comments