Meningkatkan kualiti diri sebagai blogger !

 

Terpaksa.. bukan nak membazir tapi untuk meningkatkan kualiti sedikit demi sedikit.. Walaupun menelan sedikit kos tetapi demi tanggungjawab serta kerjaya yang dipikul.. nak tak nak.. kena bersaing juga dengan blogger blogger baru yang bagus serta berkualiti. Secara tak langsung , persaingan sihat wujud dan memberikan aku peluang memperbaiki lagi mutu penulisan aku.

Paling penting ialah kamera.. Kebelakangan ni , job food review banyak. Nak kena amik gambar cantik cantik.. Perlukan kamera yang bagus. Tak kira la telefon pintar atau pun kamera. Kalau nak jadi blogger komersial , kena ada la dua dua ni. Huhuh..

image

Pikir panjang gak aku sebelum nak membeli lens yang baru ni. Bukan apa.. bila aku gi event yang ada perasmian sebagainya , aku gagal amik gambar yang aku nak. Terpaksa nganga je tengok.. Pastu nak buat live update . gagal ! Hurmm.. Jadi malu pada diri sendiri.  Gi event tapi tak buat kerja !

Nak tak nak.. kena gak laa rembat lens baru..

image

Terpaksa.. Tutup mata masa nak beli ni. Tu pun , pinjam duit orang.. hahaha.. Guna duit sendiri ? Aku bukan kaya wooo.. Hehehehe.. Demi kerjaya.. Rasanya pon tak lama dah.. pastu nak bersara dari dunia maya ni.. Nak tumpu pada jaga anak yang makin bertambah.. Huhuh.. dan  cari kerjaya lain yang lebih senang skit.. Ingat jadi blogger senang ke ??? Adehh..

Yer.. template blog ni pon aku nak tukar tak lama lagi.. Tunggu masuk 2017.. hehehehe.. InshaAllah…

9 ulasan:

  1. Gambar yang cantik dan menarik menjadi salah satu faktor org nak baca blog. Cuma, perlu korbankan sikit duit untuk dapatkan camera yg terbaik.

    BalasPadam
  2. Pengorbanan yang blogger buat namun masih ada pihak yang buat-buat tak nampak.
    Sedihkan...

    BalasPadam
  3. Terpanah dengan soalan...ingat senang nak jadi Blogger Profesional...gulpp...juju nak x nak kena beli gak kamera gedang tu...kdg2 fail lihat hasil gambar...ye bila kita dah selalu snap gambar...akan perasan satu perasaan timbul...aku tak puas dengan hasil gambar...bila mengarang blog dengan hasil gambar cun perghhh mmg terus siap keje...

    BalasPadam
  4. boleh la try buat video dgn lense tu kang... yaaayyy

    BalasPadam
  5. Pelaburan untuk kerjaya jangka panjang..in sya Allah..wah tak sabar nak tengok wajah baru blog ni..terbaiklah.

    BalasPadam
  6. Tu la tuan..demi kerjaya mmg kena tukar..walaupun blog tuan foto dh cntik2..

    BalasPadam
  7. Entry ni agak kejam utk blogger baru spt SS kah kah kah

    BalasPadam
  8. Ni antara benda yang org tak nampak...bahawa blogger pun 'invest' untuk hasilkan entri yang terbaik. Gambar cantik jadi tarikan untuk org baca entri.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009