Tidak cukup positifkah aku ?

 

Teringat kata seorang rakan..

“ Ben , positif je .. “

image

Dulu , aku seorang yang cukup negatif ! Kesan dari pengalaman hidup yang sering kena tipu bila beri kepercayaan.. aku nekad untuk tidak bulat bulat percaya pada mereka yang rapat dengan aku… terutama .. ala.. paham paham dah laa .. yang aku maksudkan.. hehe..

Tapi bila kenal wife aku , aku terasa aku boleh kembalikan sikap positif aku. Belajar mempercayai manusia lain.. Payah tapi aku cuba.. Aku takut terluka lagi akibat ‘dikencing’ hidup-hidup..

Selepas aku mengenali dunia blogger.. Aku merasainya lagi. Aku cuba bersikap positif. Beri kepercayaan namun berkali juga aku dihampakan..

Sehingga sekarang .. aku masih cuba tapi bukan mudah ! Apatah lagi bila mengendalikan komuniti blogger yang ada lebih 100 blogger , pastinya ada macam macam peel dan perangai ! Hurmm..

Niat aku cuma satu.. Nak bantu membantu sesama insan. Namun.. hurmm… Payah nak kata.. Kata kawan aku lagi..

“ Positif je la Ben.. “.

Yer.. kalau aku asyik berpositif , aku juga yang stress akhirnya ! Masalahnya , sampai bila ?

9 ulasan:

  1. Ditipu atau dikencing bukan sebab tak positif. Tapi tak berilmu atau tidak berpengalaman. Pengajaran agar tidak berlaku lagi. Just my 2 cents opinion!

    BalasPadam
  2. Kita akan rasa benda yang sama berulang kali. Sebab jumpa orang yang berbeza dan perangai yang berbeza. Cuma, pengalaman yang membezakan kita cara mengendalikan sikap positif.

    BalasPadam
  3. Pengalaman lalu tu pengajaran untuk masa depan, zaman sekarang susah nak percaya kat orang, susah nak mencari yang betul2 ikhlas.

    BalasPadam
  4. Nama pun manusia Ben. Memang akan adalah manusia yang sentiasa mempunyai niat yang tak baik dengan kita. Jika kita berhadapan dengan manusia sebegini, anggaplah ini adalah sebahagian ujian dari Allah SWT untuk menjadikan kita lebih matang & kuat.

    BalasPadam
  5. Semoga terus diberi kekuatan untuk kekal positif. Memang bukan senang tapi kita cuba. ;)

    BalasPadam
  6. pengalaman akan memberikan kita pengajaran dan kita pun lebih tahu cara mengendalikan sikap positif atau negetif

    BalasPadam
  7. Kata nasihat "positif je ben" macam usaha sekerat jalan je...positif kena disusuli dengan tindakan...sama ada tindakan tu dari segi tegas, secara santun mahupun diselesaikan secara baik kedua-dua pihak...harap 100 orang lebih tu ada lah juju dalam tu hihi...insyaAllah ben, selesai masalah 1 persatu secara profesional...insyAllah kekal maju terus ke depan #kelabbloggerbenashaari...amin

    BalasPadam
  8. believing others completely isn't fully being positive. being positive is when we can see light through darkness & expand our love when the world is full of hatred. well, that's the meaning of being positive in my definition.

    BalasPadam
  9. Berfikiran positif dan cuba lihat kebaikan dalam setiap perkara/orang tak bermaksud kita tak perlu pandang dan consider benda lain dah. Dan melihat keburukan dalam sesuatu perkara tak bermaksud kita ni negatif. Cara kita handle situation atau orang tu yang penting.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009