Jangan minum KOPI PEGAGA WARISAN ! Merbahaya !!

 

image

Sahabat blogger aku , Puan Nooraini Ali ada  bagi aku sekotak Kopi Pegaga Warisan untuk aku cuba. Katanya bagus untuk kesihatan dan memandangkan aku yang dah kembali jaga kesihatan selepas bermalasan berbulan lamanya , pastinya tidak lepaskan peluang ni sama sekali.

Malam tu , aku cuba minum secawan. Kopi bagi aku tak beri kesan pon. Kalau dah ngantuk , ngantuk gak. Nak tidur , tidur jer.. Tak de maknanya tak leh tidur !

Aku ingat lagi , aku tidur malam tu .. jam 4 pagi ! Abis berpusing aku sana sini. Bertenaga jer ! Argh.. siap update blog lagi. Qhaliff dan Zahra dah lena. Ah , sudah. aku tidur lewat ni kang.. kul 6 nak bangun dah . Pastu nak gi gym. Cukup ke rehat  ? Alhamdulillah.. aku bangun dan siap gi jogging lagi walaupun tak cukup tidur !

Sejak tu , kopi pegaga ni aku minum di pagi hari jer. Malam , aku minum seawal 8 malam. Sekadar untuk dapatkan tenaga hingga ke larut malam memandangkan aku tak makan nasi di sebelah malam.. hehehe..

Selain membekalkan tenaga , dikatakan Kopi Pegaga Warisan ni mampu membuatkan kulit kita lebih cantik serta menyingkirkan toksin dalam badan ! Mereka yang stress pon digalakkan minum kopi pegaga ni. Mampu melegakan tekanan katanya.

Manis ? Bagi aku tak la. Kalau manis , aku tak minum. Aku memang tak minum sangat 3 in 1 punya kopi. Agak memilih skang ni.. Tapi Kopi Pegaga Warisan , takda isu bagi aku.

Korang yang bekerja di pejabat tu , aku tau.. korang jam 10 gitu mesti dah mengantuk ! Aku syorkan simpan sekotak dua di pejabat. Time mengantuk , kasi minum jer.

Nak beli mana ? Beli je kat Puan Nooraini tu.. add dia di FB dia pastu pm. Kata Puan , “ Saya nak 2 kotak Kopi Pegaga Warisan ! Ben cakap best ! “ . Heeee.. Harga RM30 seperti yang tertera di kotak. Jangan risau , aku tak amik komisien ! Hahahaha..

8 ulasan:

  1. Berapa paket dalam satu kotak tu?

    BalasPadam
  2. Wah...Menarik tu.Eirna mmg ada masalah mengantuk awal di opis...sbb x cukup tidur dan rehat...Nak cuba la...

    BalasPadam
  3. Boleh beli byk2 dan jual di office. Baru lah produktif masing2. Haha

    BalasPadam
  4. Dah lama tak minum kopi, rasa macam nak try juga ni :D

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009