Jom ke Chocolate Expo 2017 di Mid Valley !

 

Yer.. dah bermula semalam dah ! Dari 20hb Januari 2017 hingga ke 22hb Januari 2017. Chocolate Expo yang mendapat sokongan penuh dari Tourism Malaysia dan Malaysia Cocoa Board ni bakal menjadi expo tahunan bermula dari tahun 2017.

image

image

Ada lebih 100 jenis coklat dijual dengan potongan harga yang takkan dapat di luar sana ! Khas untuk Chocolate Expo 2017 ni jer ! Dan kebanyakkannya adalah coklat buatan tempatan yang sangat sedap rasanya !

Aku sempat pusing tadi.. hehe.. nasib baik hari ni datang sebagai ‘wartawan tak bertauliah’ je.. Kena bawak wife datang lagi ni sebab segala pembelian coklat akan diluluskan oleh dia jer. hehehe.. Akauntan Rumahtangga gitu..

Jom tengok apa yang ada.. Bukan semua tau aku letak gambar dalam ni.. penuh sangat nanti ! Huuuu..

image

image

Ni terbaru di pasaran.. Perisa durian original gitu ! Jumpa , sila beli !!

image

Lengang ? Tak.. baru je bukak aku terus masuk ! Hari Jumaat , maka paham paham je la yer. Ada banyak booth termasuk dari Korea sempena Korea Expo 2017. Event ni bergabung. Maka sila jangan pelik yer.. Hehehehe..

Sedap woo.. nasib baik aku diet ! Kalau takkk ???

image

image

image

image

image

Buka jam 10 pagi hingga 9 malam ! Soooooo.. tunggu apa lagi ? Esok lusa cuti ! Beli banyak banyakkkk laa.. sementara murah ! Kan kan ? Huhu…

Untuk lebih lanjut.. oh ya.. ada pelbagai pertandingan juga dianjurkan sempena expo ni ! Hee.. Ok , untuk maklumat lebih lanjut , sila ke Facebook The 1st Malaysia Chocolate Expo 2017.

Selamat bershopping !

6 ulasan:

  1. Coklat memang mahal..bila ada expo macam nilah peluang penggemar coklat membeli lebih...lagi satu siapa yang nak bertunang ke..bernikah ke boleh beli buat hantaran...hihi..

    BalasPadam
  2. wahhhh nak pi jugak. ai chocolate lover!

    BalasPadam
  3. banyak nye coklat.. semua nampak sedap

    BalasPadam
  4. coklat durian? uishh mcm nak kena pi cari je ni

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009