Qhaliff ponteng buat pertama kalinya !

 

“ Qhaliff.. bangun… “. Dia tidur lewat malam tadi. Ikut aku gi Alamanda dan makan aiskrim Baskin Robin. Gula terlebih maka malamnya bermain dulu dengan adiknya yang demam tu.. Zahra , dah 2 hari demam akibat tonsil. Kalau dia makan bukan bukan , dapat la sakit tu.. Qhaliff pon gitu gak !

Takda masalah nak bangun dah Qhaliff. Nak gi tadika pon ok je dia. Tak meroyan dah. Cuma hari ni aku pulak yang meroyan. Badan rasa tak sedap sangat. Tak bermaya. Zahra pulak demam. Bila dia demam , aku kena dukung dia. Bila aku dukung dia… Aariz sapa nak dukung ? Wife tak leh cuti sebab ada kerja luar ! Boss nak dia datang. Hurmm.. Terpaksa.

“ Qhaliff teman abang je la ari ni. Boleh gak dia tolong tengokkan Zahra. Zahra pon ada kawan nak lepak baring kat depan tu. “. Wife setuju.

Aku bagitau dia.. seronok la dia ! Terus gi depan dan pasang tv. Mintak roti dan milo kotak dia. Perfect ! Aku ngan Aariz dalam bilik. Tidurkann dia. Zahra yang demam , terus ceria. Bermain dengan abang dia..

Tengahari.. Badan Zahra panas. Aku check suhu badan Zahra. Panas !

image

Qhaliff tengokkan Aariz. Kasi susu sambil mata tengok tv. Huhhh.. tak kisah la.. asalkan membantu aku. Tak tidur petang pon dia. Aku roger wife. Ajak gi klinik untuk check Zahra. Dan wife balik awal skit dan nasib baik Qhaliff tak sekolah hari ni. Cepat skit sampai. Kalau tak kena gi amik dia dulu..

Hurmm… Aku jadi lembik semacam 2-3 hari ni. Petang , aku paksa diri gi jogging dan gym. Di gym , aku pekena air 100 Plus. Zasssss ! Tenaga rasa cam baru direcharge ! Aku minum sebotol lagi ! Terus hilang rasa lemah badan. Hurmm..patut la ! Aku kurang gula rupanya.

Balik rumah , Zahra macam dah ok skit. Panas la skit. Dah kasi ubat antibiotik dan ubat demam. Tengok camana keadaan dia esok. Harap dah ok sebab aku ada kerja esok. Abang dia pon kena gi sekolah. Tidur awal malam ni dia.. Huhuh..

2 ulasan:

  1. semoga satu keluarga di berikan kesembuhan dan dijauhi daripada sakit . AMin ..jom dhuha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009