Raikan pasangan tersayang di Dinner In The Sky Malaysia !

 

image

Satu pengalaman yang tak patut dilepaskan sementara ada di negara kita ni iaitu makan malam di restoran terapung di langit terbuka !

Heee… cam sedap je bunyi dia kan ? Hahahaha.. Tapi itulah yang aku rasa semalam ! Secara jujurnya aku ni sebenarnya agak takut dengan ketinggian namun aku keringkan hati dan ikut naik juga ! Tertanya gak aku apakah akan dapat aku menikmati juadah bila di atas sana nanti ? Huhuh.. tinggi kot ! Walaupun cuma 45 meter atau setinggi tingkat 12 ,  bagi aku tu dah cukup tinggi. Aku tak nak bicara soal negatif di sini.. semua tu kehendak Allah ! Lebih baik aku menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di malam hari selepas hujan ! Hhuhuh..

Oh ya.. ada video viral pasal Dinner In The Sky ni yang negatif kan ? Tu fake video yer.. Jangan percaya sama sekali ! Biasalah laa kaann ! Heee..

Bagaimana rupa bentuk Dinner In The Sky ?

Keselamatan adalah paling utama ! Dan pastinya mereka yang ikut sama berada di meja makan ni , jenis manusia beradab dan berdisiplin punya ! Hee…

image

Dari jauh. Meja makan ditarik dek kren.

image

image

Dari dekat. Meja makan dan kerusi.

Amacam ? Best tak ? Best ok ! Aku duduk terus. Tak pikir panjang dah. Dengan perut lapar , pastinya makan malam kali nii adalah dari chef terbaik punya ! .. Ditambah lagi dengan baru lepas workout ! Hehehe..

Ok.. sedap ke ? Seperti biasa.. ada pembuka selera , hidangan utama dan pemanis mulut ! Semuanya tip top sangat !

image

image

image

Ok.. Jom naik ! Hahahahaah.. Aku buat Go Live Facebook masa ni. Dan ramai rakan rakan , gayat ! Hahahaa…

Dan makan di langit malam ! Wowwwww.. romantik gituu.. hahaha.. Pastinya makanan akan bertambah lazat gituuu.. heeee…

image

image

image

Amacam ? Kalau nak tengok video dia , boleh tengok di SINI. Heee… Harga seorang ?  Info mengenai Dinner In The Sky Malaysia ni boleh check di web mereka , Dinner In The Sky Malaysia.

Terima kasih buat En. Zain Azrai , Pengarah Matic kerana sudi menjemput saya untuk merasai pengalaman sekali seumur hidup. Kalau wife nak rasa , boleh gi sekali lagi tapi dia penakut ! Hahahaha…

28 ulasan:

  1. Restoran diangkat kren? apa agaknya pihak JKKP/DOSH comment pasal benda ni..bahaya tu mmg bahaya, best tu mmg lah best..huh tak tau nk kata apa..

    BalasPadam
  2. menakutkan..itu je nak komen..erks....

    BalasPadam
  3. Nak try.. nak try.. nak try..

    BalasPadam
  4. best giler. ada rezeki nak cuba jugak!

    BalasPadam
  5. Berpeluh tgn. Sebab gayat. Haha

    BalasPadam
  6. Mesti bertambah romantik suasana nya kalo bersama yang tersayang 😝

    BalasPadam
  7. Best weii..bila nak blanje.. hehehe.

    BalasPadam
  8. Bestnyaaa. Sambil makan boleh tengok panorama di kl

    BalasPadam
  9. Bestnyaaa. Sambil makan boleh tengok pemandangan di kl

    BalasPadam
  10. Syok ni..satu pengalaman berharga kalau dapat makan sini

    BalasPadam
  11. xdek lantai tu mmg gayat tak hingat.
    nak gak merasa nanti..
    tgk macam best je.
    tp susah nak cari patner yg hati kering.
    heheheh.

    BalasPadam
  12. Huwaaa bestnya teringin sgt dr tahun lepas tau.. Tgu lebih sket rezeki leh gi sinj.. Nak gak try.. 😍😍😍😍👍

    BalasPadam
  13. Nampak best nie,tapi Kak Sue tak berani..gayat..

    BalasPadam
  14. Kaki kamera macam ai ni, memang tak makan lah, dok sibuk amik gambar je... Hahahaha

    BalasPadam
  15. Kot tak termakan jer bila duk kat atas tu.

    BalasPadam
  16. macam best ni ! unik .. nak try jugak lahh

    BalasPadam
  17. Mengigil2 kalau macam nie...hehehe...tapi macam best je tengok

    BalasPadam
  18. makanan dia tu nmpk best.. tapi lantai pun clear xtau leh mkn x

    BalasPadam
  19. Nak cuba gak dinner tergantung di di ruang angkasa ni..

    BalasPadam
  20. Takut tapi menarik gak kan, at least rasa sekali pun jadilah.Teringin nak try tapi hubby i jenis gayat hehe.

    BalasPadam
  21. urmmmm memang tak dapek la nak romantik ngan en eddy,gayat...naik sorang la jawabnya hahhahah

    BalasPadam
  22. Gayat, tapi idea tu sangat menarik. Once in a lifetime gitu kan 😊

    BalasPadam
  23. scary...tapi macam menarik untuk dicuba...

    BalasPadam
  24. Nampak macam seronok. Tapi rasa takut juga nak makan.

    BalasPadam
  25. Makannya nampak menyelerakan.. Tapiiiii tang tempa tinggi tuh, tang sky tuh.. Aduu.. Mau luruh jantung hihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009