Bila mak masak...

Gagal.. aku gagal ! Plan ari ni nak makan nestum jer. Hahahaha.. Adik aku beli makanan sedap cam bihun goreng taruk sambal kerang , aku jeling jer.. apatah lagi roti canai banjir yang dulu feveret aku tapi sekarang .. no no no ! Aku nak kuruskan badan sekarang. 
Aku nekad ! Aku ada 8 hari lagi untuk kurus ! Apaa ???? 8 hari lagi ??? Adehhhh... Tak leh jadi ni. Aku tak nak gambar kali ni  rosak. Dah la masa kat Paris dulu hancur ! Kat Korea ngan Jepun pon tak cun ! Aku takkan biarkan saat saat akhir ini dirosakkan ! 
Semalam , aku ke rumah mak aku. Aku ada meeting petang tu. Aku nak tinggalkan anak anak aku sekejap kat mak. Tak pe , adik aku pun ada.. hee.. kejap jer ! 
Dan di rumah mak aku.. seperti biasa , seorang mak akan bertanya khabar anak cucunya.. dan seterusnya , soalan yang ditunggu.. 

Mak : Hang makan dah ?
Aku : Hehee..Diet.. Nampak kurus dah kan?
Mak aku bangun..ke dapur. Aku ikut.
Aku : Mak nak masak apa ni ?
Mak : Keow teow .
Ko rasa rasa ..bila tengok keow teow goreng gini.. mak kau masak.. nak jeling je ke ??? Idok ler ! Aku terus amik pinggan dan makan sebelah kuali ! Satu... dua.. tiga ! Nasib baik ada meeting ! Kalau takda meeting , aku abiskan satu kuali gak ! Diet ? Aaahh , esok je la sambung diet ! Mana bisa aku nak lepaskan keow teow sesedap gini ! 
Esok.. mak aku kata dia nak masak bihun lak ! Adoi.. 



6 ulasan:

  1. Hehehee masakan mak, diet camne pun memang susah nak tolak!

    BalasPadam
  2. wuuuuu..ni bukan takat tak menolak...menambah sampai 2-3 pinggan terus

    BalasPadam
  3. Huwaa betul tu.. Xleh tgk kalu mak masak huhu macam ne nak diet huhu

    BalasPadam
  4. habisla kalau jumpa masakan mak kan

    BalasPadam
  5. hahahahah sedap bak hang...rugi tolak

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.