Khamis, 28 September 2017

Hari terakhir sebelum ke New Zealand..

Alhamdulillah.. hari yang ditunggu tunggu dah tiba. Perancangan pada awal tahun , akhirnya menjadi kenyataan. Sapa sangka ? Aku pun tak sangka sebenarnya. Tapi aku yakin sangat sebab aku ada pasukan yang sangat boleh diharap dan memberi kerjasama sepenuhnya dari awal lagi hingga hari ini. Dan segala urusan di sana telah pun siap.. hanya menanti masa saja. 
Aku , berat sebenarnya nak pergi. Qhaliff tak sekolah ari ni. Zahra pun tak beberapa sihat. Aariz , demam lak. Kalau boleh tukar orang, aku tukar dah.. Hahahaha.. Tapi bila ingat kembali saat saat aku nak ke Paris beberapa tahun lepas , gini gak la perasaannya. Bila dah pergi, terus WOWWW ! 
Yer.. aku simpan perancangan.. nak pergi bersama keluarga aku... sementara diorang masih kecil sebab Qhaliff dan Zahra dah pandai 'teruja' dan memuji keindahan alam. Aariz , pon dah pandai dah.. Kalau bawak jenjalan pagi hari , dia akan tengok langit... burung.. apa saja yang mengujakan dia.. dan pastinya mulut ternganga.. Heheheh
Hurm.. sekarang aku berada di Times Square , Bukit Bintang. Nak beli sesuatu kat sini. Pastu balik umah mak aku jap.. amik barang dan seterusnya balik ke rumah. Mak mertua aku jaga budak budak tu jap. Sian kat dia.. Hurm.. Pasni nak travel jauh jauh , kena pastikan berbaloi trip tu.. Atau aku main je la domestik. 
Perancangan selepas balik nanti pun dah siap diuruskan. Ada beberapa trip dalam negara dalam bulan Oktober dan November. InshaAllah.. Kena selesaikan satu satu.. Alhamdulillah , berbaloi segala apa yang aku buat selama 8 tahun ni.
Oh ya.. ada yang kata.. Gi New Zealand pon nak kecoh. Hehehehe.. Betul , aku kecoh.. tapi bersebab wooo ! Semua orang mampu gi New Zealand.. tapi ??? Haa.. biarlah mereka je tau ! Nak cerita lebih lebih , payah.. Ini adalah salah satu kejayaan aku ! Aku berjaya menggunakan nama aku untuk mengapai impian... aku dan rakan yang lain ! Tarak makan sorang punya olang laa ! 

Doakan kami selamat tiba di sana yer.. Sedang keraskan hati.. huhu.. kang berair mata dalam kapal terbang.

8 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

ok nk tgk. ada x air mata. hehe. moga smua smooth.. inshaa Allah

mas saari berkata... [Reply to comment]

Moga selamat semuanya, pergi dan balik. Kongsi gambar cantik² yer!

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Selamat pergi..selamat kembali...pasti telah DIA aturkan..ada sesuatu yang boleh dikongsinkan untuk kebaikkan bersama sekembalinya nanti..amin.

Lynda Che Lah berkata... [Reply to comment]

Selamat pergi dan balik..Tahniah juga dengan hasil usaha ben.

noorhaidaz eyda berkata... [Reply to comment]

selamat bergumbira semua...

IQ = Izyan Balqis berkata... [Reply to comment]

aben nak mengalirkan air mata, just do it aben, tapi mintak jugak kak she ambkkn gambar. hehe..

semoga selamat pergi dan pulang. FM satu! =P

PERMATABIRU berkata... [Reply to comment]

SELAMAT BERCUTI

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan segala urusan pergi balik ... aamin

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI