Menarik bersantai bersama keluarga di Putrajaya FoodTrucks Hotspot

Lama dah aku tengok... nak singgah tu , tak teringin lagi. Sehinggalah semalam , aku dah tak tau nak makan di mana.. aku ajak wife gi santai di Putrajaya. Memandangkan hari ni cuti Maal Hijrah , maka malam tadi tu boleh la merayau hingga lewat malam.. heee..
Terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin , Presint 2 , Putrajaya Foodtrucks Hotspot memulakan operasi perniagaan jam 5 petang hingga 11 malam.. setiap hari ! 



Aku rasa 3 jenis makanan semalam... Nasi Ayam Abah , Nasi Pataya dan Nasi Kerabu.. semua sedap ! Harga dalam RM5-6 setiap satu. Mahal ? Hurm.. Di Putrajaya ni , payah nak jumpa 'murah'.  Tapi ok la bagi aku.. tempat ni bersih dan terjaga.. Sesekali bersantai dengan kawan kawan , keluarga.. ok la kan ? Disamping tu dapat la gak membantu ekonomi peniaga foodtruck ni kan ? 
InshaAllah.. malam ni gi lepak sini lagi.. malam atau petang ? Hurm.. petang la pulak.. hehehe.. Makanan byk abis kalau lewat datang.. 

3 ulasan:

  1. Aikk kalau harga dalam rm5 ke rm6 tu murah dah tu.. kat kuantan ni nasi grg pon ada yang jual rm6 ke rm7 sebekas..dah laa sikit huhuhu

    BalasPadam
  2. kalau pergi putrajaya boleh singgah ni..

    BalasPadam
  3. Wahhhh menarik, baru tau ada food truck kat sini. Nanti boleh lepak dan makan kat sini.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.