Semakin mencabar aku nak mengupdate blog !

Bukan takda idea tapi setiap kali buka laptop , akan ada yang datang.. Kalau tak Zahra , mesti Aariz. Bila diorang datang , nak tak nak , aku kena tutup laptop. Kalau tak , laptop HP Envy yang tak sampai usia setahun ni lagi , akan mengikut jejak langkah Acer aku... Zahra kasi lingkup ! 
Kekadang terfikir gak untuk bersara je dari dunia media sosial ni dan tumpu perhatian pada anak anak.. tapi risau gak mulut mulut sumbang bersuara... laki makan hasil bini ! Hurmmm.. Nak tak nak, aku kena 'bekerja' dari rumah gak ! 
Aku tak boleh dah macam dulu.. tidur lewat bangun awal..update blog di mana mana sebab kena fokus pada anak anak.. sedikit leka boleh mendatangkan kemalangan pada mereka... seperti berlaku pada Zahra beberapa bulan lepas ! 
Semangat blogging pon dah mula pudar namun kawan kawan tetap beri kekuatan.. Aku akan cuba dan terus mencuba. Sememangnya blogging ni minat aku tapi keluarga adalah segala-galanya.

13 ulasan:

  1. Keluarga lebih utama.. Boleh gak update sehari sekali..

    BalasPadam
  2. dunia blogging dah ditenggelamkan oleh dunia influencer

    BalasPadam
  3. boleh jer update blog selagi Sony jadi teman sepanjang masa.

    BalasPadam
  4. @Scha Nazri oh tidak sama sekali.. Blogger juga dikenali sebagai media influncer..yg bukan sekadar menayang muka yg diedit saja.. Blogger lebih bisa dgn kata katanya..

    BalasPadam
  5. Faham sangat tu.. anak2 kecil bila rapat sangat dengan kita, dia takkan bagi kita buat kerja melainkan teman dan layan dia je. Moha pun cuma dapat buat kerja dengan aman bila waktu malam. Itupun kalau tak terlena awallah😅😅

    BalasPadam
  6. Faham sangat tu.. anak2 kecil bila rapat sangat dengan kita, dia takkan bagi kita buat kerja melainkan teman dan layan dia je. Moha pun cuma dapat buat kerja dengan aman bila waktu malam. Itupun kalau tak terlena awallah😅😅

    BalasPadam
  7. Saudara Ben masih rajin ya..tahnia

    BalasPadam
  8. Saudara Ben masih rajin ..tahniah ya

    BalasPadam
  9. Moga terus menulis, jadikan anak² pembakar semangat.

    BalasPadam
  10. Teruskan menulis. Semoga dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  11. Menulis blog satu kerjaya mulia..

    Pahala memngalir bagaikan air.

    Nasib Anak saya dan besar bro..

    Buat Kerja blog lebih teratur

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.